UPSI, 14 November – Sistem Maklumat Kewangan (MyFIS) hasil inovasi Jabatan Bendahari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya dikomersilkan kepada 6 agensi dengan nilai perolehan berjumlah RM14.8 juta, iaitu Universiti Malaysia Sarawak, Lembaga Penggalak Perlancongan Malaysia (TOURISM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) – 2 September 2014, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
MyFIS merupakan sistem pengurusan kewangan berkomputer yang berintegrasi dan menyeluruh bermula daripada proses pengurusan bajet sehingga ke pelaporan.
Sistem mengandungi 11 modul yang berhubung di antara satu sama lain iaitu Modul Set up, Modul Bajet, Modul Perolehan, Modul Pembayaran, Modul Terimaan, Modul Pengurusan Aset/Inventori, Modul Stor/Bekalan, Modul Lejer Am, Modul Pengurusan Tunai, Modul Gaji dan Modul GST ini turut berintegrasi dengan aplikasi utama lain di UPSI iaitu Sistem MySIS (Sistem Maklumat Akademik dan Rekod Pelajar), Sistem MyHRIS (Sistem Maklumat Pentadbiran dan Sumber Manusia), Portal MyUPSI (Portal Komuniti yang dilengkapi dengan maklumat peribadi dan pengurusan kewangan individu), Portal Vendor@UPSI (Portal pembekal yang dilengkapi dengan maklumat perolehan dan kewangan pembekal), Portal ePayment@UPSI (Kemudahan terimaan bayaran melalui kad kredit Financial Process Exchange (FPX)) dan E-Banker (Kemudahan Desktop Banking yang membolehkan urusan perbankan dibuat secara online yang merangkumi pindahan elektronik, semakan transaksi, muat turun penyata bank, semakan baki akaun dan lain-lain transaksi perbankan dibuat sendiri oleh pengguna),” katanya.
Bendahari, Puan Khadijah Hamdan berkata, pembangunan Sistem MyFIS diasaskan kepada empat rangka kerja menyeluruh bagi memastikan kejayaan pelaksanaannya iaitu capaian pengguna kepada Sistem MyFIS melalui browser yang dikawal sepenuhnya melalui konsep single sign-on, dibangunkan menggunakan perisian Oracle Form dan Report Builder yang berfungsi dengan pelayan aplikasi Oracle 11g.
“Aras perkhidmatan data pula disediakan oleh komponen integrasi iaitu pangkalan data Oracle 11g manakala sistem sokongan infostruktur Sistem MyFIS pula dilandaskan kepada rangkaian Gigabit dan sistem pengoperasian UNIX serta Linux sebagai tulang belakang,”.
“ Selain itu, MyFIS dibangunkan mengikut Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) dan mematuhi pekeliling serta Arahan Perbendaharaan, berkonsep single data entry kerana setiap transaksi yang dilakukan akan mengambil kira akaun-akaun yang berkaitan, dibangunkan secara web based yang membolehkan pengurusan kewangan boleh dibuat di mana-mana dan pada bila-bila masa, berintegrasi dengan aplikasi utama lain dan menyelesaikan masalah ketidaktepatan data,” katanya.
Tambah beliau, MyFIS juga mempunyai aplikasi portal yang lengkap dan menyeluruh berkaitan pengurusan kewangan kepada kakitangan, pelajar dan pembekal, mempunyai kawalan keselamatan yang tinggi iaitu menggunakan aplikasi Digicert dan Secure Socket Layer (SSL) – https serta mesra pengguna yang memudahkan operasi dan kerja-kerja auditan dibuat serta dapat menjana laporan dengan tepat dan cepat.
Sistem ini pernah memenangi anugerah dan pengiktirafan antaranya Anugerah Pingat Emas Dalam Pertandingan PECIPTA 2015 (The International Conference & Exposition Inventions By Institutional Of Higher Learning, Anugerah Pingat Perak dalam 26th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX) 2015, Johan Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) bagi kategori Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan 2014, Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2013 dan 2010, Johan Anugerah Inovasi Pengurusan Teknologi Maklumat Perkhidmatan Awam (AIICT) Peringkat Negeri Perak Tahun 2012.
Menerima pengiktirafan oleh Program Kerjasama MAMPU–JPA–UNDP sebagai salah satu daripada 10 Inovasi Berimpak Tinggi Sektor Awam 2015 yang akan dipaparkan dalam Hab Inovasi Sektor Awam (HISA), memperolehi Sijil Pematuhan Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) Tahun 2012, pengiktirafan daripada Kementerian Kewangan mengenai Contoh Amalan Terbaik (Best Practises) dalam Pengurusan Kewangan Sektor Awam Tahun 2009, dan pengiktirafan dalam Laporan Pengurusan Kewangan Akaun Amanah Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Tahun 2009.