Oleh : Anis Syazwani binti Mohmed Azmi (Praktikal Universiti Teknologi Mara Kampus Arau (Cawangan Perlis)
UPSI, 13 Julai – Pusat Kesihatan (PKU) dengan bekerjasama Unit Kediaman Luar Kampus, Fakulti Pengurusan Ekonomi dan Bahagian Sumber Manusia menganjurkan forum Pandemik Covid-19: Menyerah atau Terus Melangkah.
Forum yang disiarkan secara maya di Facebook Rasmi PKU itu menampilkan dua panel jemputan iaitu Pakar Psikiatri Hospital Shah Alam, Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak dan Pensyarah FPE, Prof Madya Dr. Norasibah Abdul Jalil, manakala Penolong Pengarah Perubatan PKU. Nurulfaiezah Noor Zaki sebagai pemudahcara.
i panel mengupas isu mengenai adakah Pandemik Covid-19 ini memberikan kesan kepada mental dan kesihatan. Dr. Nurul Syuhaida berkata, antara kesan yang terdapat daripada pandemik ini adalah stress atau tekanan.
“Hal ini telah menyumbangkan banyak kes-kes negatif di Malaysia meningkat seperti bunuh diri, pornografi, dadah, penceraian, keganasan rumah tangga dan sebagainya. Ada juga mengatakan kes bunuh diri telah menjadi satu penyakit berjangkit dimana terlalu terikut- ikut daripada cara artis yang memlilih untuk membunuh diri dan juga artikel-artikel yang menceritakan terlalu terperinci kes bunuh diri itu berlaku. Oleh itu, ia memberi kesan terhadap orang lain untuk merasakan bunuh diri tersebut adalah normal dan jalan penyelesaian yang mudah untuk dialaminya,”.
“ Kesan lain yang turut berlaku ialah menyebabkan masalah kesihatan mental iaitu kemurungan yang menjadi kes nombor dua tertinggi selepas penyakit jantung. Hal ini kerana pandemik telah memberi impak yang besar terhadap sektor pekerjaan,” katanya.
Menurut beliau, terdapat kajian mendapati bahawa bila berlakunya pandemik berpanjangan, 80% daripada rakyat Negara itu akan mengalami psychological casualties iaitu masyarakat tidak dapat melakukan sebarang aktiviti harian. Oleh yang demikian mereka akan menjadi murung dan tertekan kerana sebarang pergerakan mereka tersekat.
Sementara itu, Prof Madya Dr. Norasibah mengatakan bahawa kesan pandemik Covid 19 ini juga memberi kesan yang besar terhadap sektor ekonomi pada KDNK Negara seperti sektor pertanian, perkhidmatan, pembuatan, pembinaan, perlombongan dan kuari.
“Nilai sumbangan setiap sektor yang paling besar iaitu 50% daripada sektor Perkhidmatan. Seterusnya adalah Pembuatan 25%, Pertanian 8%, Pembinaan 5% dan akhir sekali Perlombongan dan Kuari 8%. Tetapi terdapat nilai kejatuhan ekonomi yang besar yang disebabkan krisis ekonomi yang melanda,” katanya.
Tambahnya, terdapat tiga golongan yang terkesan daripada pandemik Covid-19 khususnya dari kalangan B40 kerana mereka adalah kumpulan yang paling rendah dan berisiko kerana ramai terjejas dan kehilangan pendapatan iaitu peniaga milikan persendirian mahupun peniaga kecil kecilan, golongan pekerja dari sektor sektor yang mengecilkan saiz perniagaan atau perniagaan yang bukan utama (essential) dan graduan yang baru tamat pengajian.
“ Sebenarnya, semua orang tutut terkesan akibat Covis-19 dan kesan tersebut adalah berbeza. Hal ini kerana tidak semua mempunyai pendapat yang sama dan latar belakang yang sama. Maka dengan itu sebelum mengalah, senaraikan dahulu masalah yang dihadapi, rancang kewangan untuk keperluan dan rujuk kepada yang lebih berpengetahuan untuk mencari jalan penyelesaian,” katanya.
#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia #upsino1pendidikan #upsino1education #Malaysiamembaca UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI NO.1 PENDIDIKAN | NO.1 EDUCATION UNIVERSITY