Oleh : Anis Syazwani Mohmed Azmi (Pelajar Praktikal UiTM Arau)

UPSI, 26 Jun – Warisan adalah tinggalan sejarah yang amat berharga bagi sesebuah negara. Kepentingan warisan menyebabkan banyak negara di dunia berusaha untuk memulihara dan menjaga bahan-bahan ini. Namun untuk menjaga dan memulihara warisan tersebut perlulah ada usaha yang berterusan supaya nilainya dapat dikekalkan untuk tatapan dan rujukan generasi akan datang.

 

Melihat peri pentingnya tinggalan ini, Exco Perhubungan Awam Persatuan Sahabat Muzium (PESAMU) dengan kerjasama Muzium Pendidikan Nasional Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil langkah proaktif menganjurkan Webinar bertajuk Tinggalan Sejarah : Warisan Negara. 

Dalam majlis yang diadakan secara maya menerusi laman Facebook Persatuan Mahasiswa Sejarah UPSI itu,  Panel Jemputan, Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Dr. Yunus Sauman berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang beliau melakukan penyelidikan berkaitan artifak dan arkeologi di tapak-tapak bersejarah.

Terlebih dahulu, beliau memberi penerangan ringkas mengenai hubungan sejarah dan arkeologi. 

Menurut beliau, perbandingan yang dapat dilihat antara sejarah dan arkeologi adalah daripada sumber yang dijumpai di mana sejarah selalu dijumpai daripada dokumen atau bahan lama dalam bentuk penulisan, penganalisan dan penilaian dokumen.

“Proses terciptanya sejarah d di mulai dengan penganalisaan penilaian,menginterpretasi, dan kesimpulan untuk melahirkan satu penulisan baharu sejarah. Jadi ia boleh dikatakan bahawa sejarah itu akan terkait rapat dengan aktiviti yang terdapat di bangunan, gedung, pustakaan dan sebagainya.”.

“Arkeologi pula sering dikaitkan dengan monument-monumen lama di mana pakar-pakar arkeologi akan membuat penggalian dan pencarian. Antara bahan-bahan yang sering dijumpai semasa penggalian adalah emas, fosil, tembikar atau seramik pada peninggalan zaman dahulu. Penemuan tersebut adalah sangat berharga dan penting kepada penyelidikan malah memberi sumbangan yang besar meskipun hasil penemuan hanyalah sedikit bagi arkeologi namun ianya adalah satu data sejarah yang sangat berharga,” katanya.

Tambah beliau, penganalisis yang berkaitan dengan bahan-bahan arkeologi yang canggih terdapat di Pusat Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM).

Di situ terdapat pelbagai alat-alat dan pelaburan yang banyak seperti alatan Scanning Electron Microscope. Ia merupakan alat yang tercanggih dalam bidang arkeologi dimana dalam kajian batu-bata candi di Lembah Bujang, pakar arkeologi hanya boleh mengenali batu bata candi dari segi saiz, panjang, lebar, tebal, dan jenis tanah. 

Namun sekarang mereka juga dapat mengenali pasti jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batu bata tersebut dengan hanya meletakkan di bawah peralatan Scanning Electron Microscope. Penilaian dari segi kaedah interpretasi juga kini menjadi lebih baik dan meyakinkan disebabkan adanya kaedah dan alat-alat sains yang lebih canggih,” jelas beliau. 

 

#demiupsi #cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia  #upsino1pendidikan #upsino1education #Malaysiamembaca UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI NO.1 PENDIDIKAN | NO.1 EDUCATION UNIVERSITY

 

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)