Oleh : Prof Madya Dr. Arasinah Kamis (FTV)
Kampar: Seramai 15 belia masyarakat orang Asli dari tiga buah kampung orang asli di Daerah Kampar, Perak mengikuti program pemindahan ilmu daripada Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Peserta daripada Kampung orang asli Pos Dipang, Sg. Limau dan Sg. Gapes.

Majlis perasmian telah diadakan pada 27 Ogos bertempat di Dewan Pos Dipang, Sahnom, Kampar Perak dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah University Community Transfomation Center (UCTC), UPSI iaitu Prof Madya Dr Muhammad Aqil Aryan Wong. Program ini adalah kerjasama antara Pejabat Agama Islam
Daerah Kampar serta Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Kintar dan Kampar (JAKOA). Program ini bermula pada 27 Ogos dan dijangkakan akan tamat pada awal Disember 2022.

Prof Madya Dr Muhammad Aqil Aryan Wong menyatakan program ini adalah menyokong kerajaan yang telah merangka dan merancang program untuk meningkatkan kemahiran masyarakat orang asli melalui Jabatan Kemajuan orang Asli (JKOA). Di dalam Pelan Stategi Jabatan Kemajuan Orang Asli (2016-2020) dalam teras tiga, kerajaan memperkenalkan strategi pembangunan modal insan masyarakat orang asli dan meningkatkan kemahiran belia orang asli.

Strategi kerajaan dengan memperkenalkan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) yang melibatkan tujuh belas (17) kursus tetapi tiada dalam kursus pembuatan pakaian. Justeru itu, orang asli yang berminat dalam bidang ini tiada peluang untuk mengikuti kurus ini. Oleh sebab itu, program pindah ilmu ini akan menyokong hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemahiran di kalangan orang asli.

Prof Madya Dr Arasinah Kamis selaku Pengarah program juga berkata dalam ucapannya “Program ini merangkumi pemindahan ilmu iaitu pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan mengguna, menyelenggara mesin dan teknik-teknik mereka bentuk dan menjahit artikel kelengkapan rumah tangga dengan menggunakan bahan-bahan terpakai dengan mengaplikasikan konsep 3R, pada masa yang sama pengamalan aspek fashion sustainable. Tumpuan kursus diberikan dari aspek penggunaan alatan mengikut peraturan secara sistematik. Kemahiran dan pengetahuan yang akan diberikan kepada orang asli dengan mengadakan kelas khusus. Dengan adanya pengetahuan dan kemahiran ini secara tidak langsung akan dapat membantu mereka untuk menjana pendapatan sendiri dan juga mampu mewujudkan seramai mungkin usahawan kecil dalam kalangan orang asli”

Menurut Dr Arasinah lagi program ini mempunyai 4 Fasa yang berperingkat di mana memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari FTV, UPSI yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga bagi bersama- sama membantu dalam menjayakan program ini. Para peserta diberikan semua peralatan dan bahan serta mesin jahit setiap satu bagi mengikuti program ini.

Majlis turut dihadiri oleh Ustaz Mohd Shahrul Firdaus bin Abdullah, Ustaz Mohd Farhan Bin Abdul Basir iaitu Pegawai daripada Jabatan Agama Islam Daerah Kampar dan Mantan JKKK Orang Asli En APA pengasas Perkampungan Orang Asli Pos Dipang.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my