oleh: Mohd Nazirul Afiq Ismail

Foto: Fisol Ahmad

Tanjung Malim – Bagi merealisasikan hasrat dalam mencapai hala tuju universiti memantapkan ekosistem pendidikan serta jaringan strategik pihak industri, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Umorie Graphene Technologies Sdn Bhd, sebuah perusahaan pertama di Malaysia menghasilkan produk bateri kenderaan berasaskan grafena mampu dicas pantas, berkeupayaan tinggi, penggunaan yang lebih jauh dan bertahan lama.

Kerjasama di antara kedua-dua syarikat ini sekaligus dapat menyumbang peningkatan kebolehpasaran graduan melalui nilai tambah latihan industri selain mewujudkan perkongsian professional dari segi ilmu dan kepakaran masing-masing – Md Amin

        Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, kerjasama melibatkan kepakaran di Fakulti Sains Matematik (FSM) UPSI mampu menghasilkan dua produk bateri yang boleh dikomersialkan  dengan jangkaan pulangan penjanaan kewangan kepada universiti sebanyak RM satu juta selain penglibatan UPSI serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kerjasama UMORIE yang dibangunkan terdahulu bersama kerajaan Indonesia.

Md Amin bertukar dokumen perjanjian persefahaman dengan syarikat Suria Pembekal Umum.

        “Kerjasama ini sekaligus dapat menyaksikan perkembangan ilmu melalui penyelidikan bateri berasaskan grafena yang mempunyai nilai komersil yang tinggi sekaligus dapat memenuhi hasrat dan kepentingan universiti dalam membangunkan hub penyelidikan automotif di lembah ini,” jelasnya semasa ucapan aluan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Syarikat Umorie Graphene Technologies Sdn Bhd dan Syarikat Suria Pembekal Umum Sdn Bhd di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

        Menurut Md Amin lagi, kerjasama di antara kedua-dua syarikat ini sekaligus dapat menyumbang peningkatan kebolehpasaran graduan melalui nilai tambah latihan industri selain mewujudkan perkongsian professional dari segi ilmu dan kepakaran masing-masing.

        “Syarikat Suria Pembekal Umum misalnya, merupakan pembekal alatan makmal sejak 1973, dengan lebih 2000 produk, kini mempunyai produk pembuatan sendiri,

        “Menerusi kepakaran penyelidik UPSI, pemindahan pengetahuan tujuan pembangunan dan penyelidikan (RnD) untuk menghasilkan dan menambahbaik produk PdP bagi fizik, kimia, biologi dan sains dapat membantu industri sekaligus menyuburkan bidang STEM selain mewujudkan “Central STEM Lab” yang memenuhi kehendak terkini kurikulum,” jelasnya lagi.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)