oleh: Prof Madya Dr Abdul Halim Masnan (Penyelaras Penerbitan, Jaringan Industri dan Komuniti NCDRC)

Universiti Pendidikan Sultan Idris melalui NCDRC telah diberi peluang untuk bekerjasama sebagai Rakan Kolaborasi Eksklusif dengan Persatuan Pengusaha Pendidikan Swasta Malaysia (PEEAM) dengan mengadakan ‘Program Keusahawanan Wanita dalam Industri Pendidikan (PKWDIP), Tomorrow’s Women
Entrepreneurship in the Education Industry 2022.

Program tersebut di adakan pada 18 Disember 2022 (Ahad) bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza Seminar ini turut disertai oleh pelbagai badan kerajaan, universiti dan sektor pendidikan swasta.

Antara badan yg terlibat KPM, JKM, TEKUN,PERNAS, KUSKOP, EDUWIS dan Universiti SEGI . Seminar ini turut menampilkan pemimpin industri dan individu yang memberi inspirasi untuk merangkumi pelbagai topik berkaitan keusahawanan dalam industri pendidikan. Selain itu, perkongsian maklumat turut diberikan berkaitan dana dan peluang untuk menjadi usahawan berjaya dalam pendidikan dan pengasuhan awaln kanak- kanak. Seminar ini antara lain adalah untuk berusaha ke arah memberi sokongan kepada usahawan wanita dengan memulakan, dan mengembangkan perniagaan mereka ke arah pembangunan dan memberi peluang keusahawanan yang lebih baik dengan:

Perkongsian idea oleh Pengarah NCDRC Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa

a) Menyedari peranan penting kaum wanita dalam keusahawanan
b) Mengoptimumkan persekitaran tempat kerja
c) Memantapkan pembangunan kaum wanita dalam bidang keusahawanan
d) Merangsang potensi dalam diri kaum wanita melalui keusahawanan
e) Mencipta peluang pekerjaan dan ruang kerja yang lebih baik untuk kaum wanita
f) Menyediakan platform untuk memperkasakan kaum wanita dengan kemahiran keusahawanan.

Menurut Puan Sri Nonadiah Abdullah yang merupakan Pengerusi PEEAM, PKWDIP merupakan program penganjuran kali kedua yang bertujuan untuk memecah sempadan dan mencipta peluang perniagaan kaum wanita.

Dalam ekonomi global hari ini, perniagaan milik wanita ialah pada satu pertiga daripada kadar pemilikan perniagaan.

Nisbah wanita yang mengikuti pengajian tinggi adalah tinggi berbanding lelaki. Daripada jumlah ini, hanya 40 peratus wanita mengambil bahagian dalam tenaga buruh.

Oleh itu, menjadi keperluan untuk memperkasakan ekonomi wanita dan merapatkan jurang jantina dalam dunia pekerjaan.

Pengarah NCDRC Prof. Madya Dr Mazlina Che Mustafa juga dijemput sebagai penceramah seminar tersebut.

Program perkongsian ilmu turut disampaikan oleh Dato Freida Pilus, pengasas Cempaka School yg berkongsi pengalaman beliau hampir 40 tahun dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan
berkualti bertaraf antarabangsa.

Selain itu, terdapat aktiviti pameran berkaitan produk dan pendaftaran taska dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan iaitu disertai seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada ibu bapa, guru-guru, dan komuniti dari pelbagai agensi.

Pelajar UPSI juga tidak ketinggalan melibatkan diri sebagai peserta dan juga sukarelawan bagi meraikan seminar tersebut. Penutup seminar telah diserikan dengan persembahan Drum Circle oleh Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Masnan dan kakitangan NCDRC.

Program sebegini sangat bertepatan dengan fungsi dan peranan NCDRC bagi melonjakkan kecemerlangan pendidikan awal kanak-kanak dari segi perundingan, perkhidmatan dan pengkomersilan.

Kerjasama strategik NCDRC bersama organisasi swasta dan NGO diharapkan dapat memacu pertumbuhan dan perkembangan industri pendidikan dengan lebih rancak di Malaysia.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)