Oleh: Nurul Aqilah binti Mohamad Nooh (MPP FSK) & Dr. Abu Zarrin bin Selamat

Pulau Pinang: Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Sains Kemanusiaan (HEPA FSK) telah bejaya menganjurkan Bengkel Hala Tuju dan Pemantapan Pengurusan HEPA di The Ship Campus, Batu Kawan, Pulau Pinang yang disertai oleh semua penasihat dan 24 orang Majlis Tertinggi persatuan pelajar Fakulti Sains Kemanusiaan. Bengkel selama tiga hari  dua malam, bermula 22 hingga 24 September turut disertai oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti Sains Kemanusiaan, YDP MPP UPSI dan 3 orang wakil MPP fakulti. Antara persatuan pelajar FSK yang hadir dalam bengkel ini ialah Persatuan Tahfiz dan Qiraat (PTQ), Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR), Persatuan Pendidikan Islam (PPI), Persatuan Geografi (PERGEO), Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS) dan Persatuan Pengajian Malaysia (PPMAS).

Bengkel berimpak ini disambut baik oleh semua ahli Majlis Teringgi Persatuan dalam berkongsi pendapat, bertukar idea dalam merancang program-program yang akan dilaksanakan sepanjang sidang 2023/2024. Bukan itu sahaja, ia juga untuk menyelaraskan program-program yang dirancang oleh setiap persatuan dan fakulti bagi mengelakkan pertindihan program akan berlaku.

Sesi Pembentangan Hasrat VC, TNC HEPA, Dekan dan TD HEPA FSK oleh Dr. Abu Zarrin Selamat

Bengkel dimulakan dengan pembentangan hasrat yang ingin dicapai oleh Naib Canselor UPSI, TNC HEPA UPSI, dan Dekan FSK kepada setiap jabatan FSK oleh TD HEPA FSK, Dr Zarrin Selamat. Hal ini bagi memastikan program-program yang bakal dirancang dan dilaksanakan oleh persatuan FSK selari dengan kehendak universiti. Antaranya, menitikberatkan elemen BANGGA UPSI dalam kalangan mahasiswa UPSI.

Sesi perbincangan antara jabatan, MPP FSK dan pengurusan FSK

Dalam bengkel ini, setiap persatuan yang diwakili oleh Majls Tertinggi berbincang bersama penasihat persatuan dalam merangka dan merancang program-program yang akan dilaksanakan sepanjang sidang. Kemudian, diteruskan dengan sesi pembentangan oleh setiap persatuan sekaligus sesi pertukaran idea dan penambahbaikan untuk setiap program yang dirancang tersebut. Lebih menyeronokkan pertukaran idea ini bukan sahaja antara persatuan dan pengurusan FSK malah terdapat juga idea-idea baharu yang dikemukakan oleh wakil persatuan.

Sebanyak 161 program yang telah dirancang oleh setiap persatuan yang akan berlangsung sepanjang sidang 2023/2024 yang merangkumi 22 program Persatuan Pendidikan Islam, 31 program Persatuan Tahfiz Qiraat, 19 program Persatuan Pengajian Malaysia, 41 program Persatuan Mahasiswa Sejarah, 30 program Persatuan Geografi dan 18 program Persatuan Moral. Segala perancangan yang struktur dalam bengkel ini adalah selari dengan KPI yagn digagaskan di peringkat fakulti dan universiti.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)