Yogyakarta, Indonesia – Aristotle, ilmuwan falsafah Yunani Kuno pernah berkata “for the things we have to learn before we can do them, we learn by doing them”. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa pengalaman mempunyai nilai pembelajaran yang sangat berguna dalam diri seseorang.

Melalui Program Mobiliti Antarabangsa dengan jalinan kerjasama diantara Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universitas Negeri Yogyakarta, empat mahasiswa UPSI raih pengalaman berharga mengajar di Yogyakarta, Indonesia.

Ain Syafia Qutreenie Alwi, Mohamad Adam Haris Fadzilah, Nur Maisarah Jamaluddin dan Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi adalah mahasiswa yang dipilih oleh Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia untuk menimba ilmu dan pengalaman mengajar di Indonesia. Mereka ditempatkan di Sekolah Luar Biasa YAPENAS yang tepatnya di Condongcatur, Kec. Depok, Kab. Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarrta, Indonesia.

SLB YAPENAS merupakan sebuah sekolah pendidikan khas yang terkenal dengan dedikasinya untuk menyediakan pendidikan berkualiti kepada anak-anak luar biasa ini, tanpa mengira ketidakupayaan mereka. Peluang yang tidak ternilai ini membolehkan mahasiswa UPSI terjun langsung secara praktikal tentang amalan pendidikan inklusif, memupuk penghargaan yang lebih mendalam terhadap kepelbagaian dalam pendidikan serta pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang unik dengan berinteraksi dalam bahasa Indonesia dan Jawa.

Dunia Pengalaman Baru

Azam dan tekad dengan semangat untuk belajar dan kebersamaan membuatkan semua berjalan dengan lancar. Pengalaman mereka adalah transformatif, kerana mereka terlibat dengan individu yang mempunyai pelbagai ketidakupayaan seperti murid dengan ketidakupayaan pendengaran, pertuturan dan juga masalah pembelajaran lainnya seperti autisme, sindrom Down, dan cerebral palsy.

Untuk pengetahuan semua, kemahiran dan pendekatan jiwa sangat perlu dalam dunia pendidikan khas. Guru cenderung perlu bersifat spontan dan fleksibel sekiranya keadaan kelas tidak menyokong. Disini guru perlu lebih dinamik dan kreatif untuk menyesuaikan diri dan mengawal sepenuh keadaan kelas dengan kemahiran pedagogi dan metodologi pembelajaran yang pelbagai.

Fatkhurrozak dan Qutreenie turut berkongsi bahawa kekagumannya terhadap sistem pendidikan di sekolah tidak hanya berdasarkan kelengkapan fasiliti seutuhnya tetapi guru disana menggunakan rasa dan pendekatan sosial yang besar sehingga murid senantiasa seronok di sekolah.

“Memang sewaktu berada di sana banyak membuka mata kami semua apabila melihat dedikasi guru-guru dan kakitangan sekolah serta ketabahan murid yang saya percaya mereka sedar akan kekurangannya. Tetapi salute saya kepada guru disana yang sentiasa positif sehingga murid tidak merasakan kekurangan bahkan menganggap itu sebagai satu kelebihan. Saya bersyukur kerana berpeluang untuk bersama membangun semangat dan belajar hal yang sangat berguna buat diri kita semua”, katanya.

Qutrinee menambah bahawa mereka sentiasa berbincang setiap malam untuk mencari idea dalam memastikan pembelajaran berjalan dengan sempurna.

“Pengajaran di sini memerlukan kami untuk menyesuaikan diri dan berinovasi dengan luas. Keghairahan dan kemajuan murid adalah ganjaran terbesari agar kami sentiasa belajar bahawa pengajaran yang terbaik perlu melangkaui bahasa dan budaya. Ia mengenai memahami keperluan dan kebolehan individu”, katanya.

Mahasiswa UPSI disana disibukkan dengan banyak kegiatan tidak hanya aktiviti pembelajaran tetapi juga melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak pendidikan tempatan disana. Tidak hanya terlibat tetapi mereka juga menganjurkan program yang memberi manfaat kepada sesama guru dan keberhasilan murid disana.

Sesi fotografi Prof. Madya Dr. Norwaliza Abdul Wahab, (tengah), Kepala Sekolah SLB Yapenas, Ngatna S.Pd M.Pd dan barisan guru semasa perasmian Program Canva Clinic 2023 anjuran mahasiswa UPSI.

Prof. Madya Dr. Norwaliza Abdul Wahab, pensyarah UPSI yang hadir sebagai penyelia di sana menyatakan terima kasih kepada pihak sekolah dan UNY khususnya kerana memberi ruang kepada mahasiswa UPSI belajar tentang budaya pengajaran yang diterapkan disana.

“Rasa syukur dan terima kasih saya ucapkan kepada pihak UNY dan SLB YAPEBAS khususnya yang telah menyediakan pelbagai kemudahan dan menganggap mahasiswa kita sebagai anak mereka. Saya berharap kerjasama ini tidak terhenti disini dan akan terus bekerjasama demi pendidikan yang lebih baik,” katanya dalam ucapan.

Mengemudi Cabaran dengan Rahmat

Walaupun pelbagai aktiviti telah dilakukan, sejujurnya mereka juga menghadapi pelbagai cabaran dari segi perbezaan bahasa yang sedikit sebanyak menimbulkan halangan komunikasi dan interaksi sosial pada awalnya, tetapi berkat kuasa komunikasi bukan lisan, empati dan kesabaran serta ketekunan dapat menjadikan kesukaran sebagai jalan menuju penguasaan bahasa baru untuk diri mereka.

“Pada mulanya, bahasa adalah penghalang, tetapi senyuman, gerak isyarat dan bahasa badan menjadi bahasa universal kami. Kami mendapati bahawa kasih sayang dan kebaikan mengatasi perbezaan linguistik”, kata Adam dalam sesi perkongsian bersama mahasiswa.

Perbezaan budaya dan adat di antara Malaysia dan Indonesia menambah satu lagi lapisan kesukaran. Cara bercakap yang penuh dengan budi bahasa, tunduk badan, kebiasaan pagi dan lain-lain menjadi hal baru yang sangat berkesan dalam hati mereka.

Maisarah menekankan bahawa hal ini adalah salah satu peluang untuk belajar bersama bagaimana kita untuk saling menghormati dan menerima setiap perbezaan serta belajar untuk saling bertoleransi dan hidup harmoni sebagai satu rumpun.

 “Dengan menerima adat dan tradisi tempatan, secara tidak langsung ia dapat membangunkan penghargaan yang mendalam terhadap cara hidup di Indonesia. Ia meluaskan ufuk kami dan memperkaya pengalaman kami,” katanya.

Pengalaman silang budaya membolehkan mahasiswa UPSI berkembang secara peribadi dan profesional, mengukuhkan kepentingan pendidikan inklusif dan keterjalinan hubungan pengajaran global. Ini juga sebagai langkah dan matlamat yang diterapkan oleh Naib Canselor UPSI, Prof Dato Dr. Md Amin Md Taff yang meninginkan mahasiswa dan semua warga UPSI mengambil peranan untuk terus menjalin kerjasama antarbangsa demi menaikkan nama UPSI sebagai Universiti No 1 Pendidikan di mata antarabangsa.

Perjalanan yang Perlu Diingati

Perjalanan empat Mahasiswa UPSI, Malaysia yang mendapat pelatihan mengajar di Indonesia menjadi bukti kuasa pendidikan sebagai jambatan merentasi sempadan dan perbezaan. Masa mereka di sekolah bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar OKU malah dapat memperkayakan pengetahuan dan motivasi diri mereka untuk terus memberi manfaat kepada dunia pendidikan dan khidmat komuniti.

Kisah mereka menyerlahkan bahasa belas kasihan sejagat, potensi transformasi pendidikan inklusif dan kemungkinan tanpa had yang muncul apabila budaya bersatu dalam mengejar matlamat bersama. Dunia pendidikan sudah pasti lebih cerah dengan keempat-empat mahasiswa UPSI ini yang berdedikasi untuk memupuk amalan pengajaran yang inklusif dan penuh belas kasihan, tidak kira ke mana sahaja mereka pergi.

Fatkhurrozak yang kini berkhidmat sebagai pendidik di Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) dan Qutreenie yang terlibat dalam pentadbiran di Fakulti Pengurusan Ekonomi menjadi bukti bahawa UPSI sentiasa membuka ruang dan peluang kepada alumni untuk terus berbakti dan menjadi penerus suluh budiman yang akan mengharumkan nama negara dalam pelbagai aspek dan bidang.

Mereka juga berkongsi bahawa jalinan hubungan baik sesama mereka dan guru di Indonesia sentiasa terjaga malahan mereka masih sering mendapat nasihat kehidupan sebagai seorang guru dan anak dari guru pembimbing mereka iaitu Ibu Kholifatut Diniah S.Pd M.Pd dan Ibu Rohyati S. Ag.

“Selamat bertugas dan selamat belajar karna meskipun kita mengajar, kita tetep harus belajar terus menerus bersama anak-anak. Akan selalu ada hal-hal baru saat kita menguruskan anak-anak. Nah disitu memang itu tantangan bagi guru ya untuk terus mencari informasi baik itu dibuku atau internet. Guru yang kreatif, dan punya semangat tinggi untuk mengembangkan diri itu yang dibutuhkan dalam dunia pendidikan,” katanya.

Sekembalinya mahasiswa UPSI ke bumi Malaysia, mereka membawa bersama kenangan dan pengajaran yang berharga dari Jogja Istimewa. Mereka tidak sabar-sabar untuk berkongsi pengalaman mereka, memupuk komuniti global yang komited untuk mewujudkan dunia pendidikan yang inklusif.

Aktiviti melukis batik
Aktiviti seni alam

Terima kasih kepada pihak UPSI khususnya kepada Naib Canselor, PULAMI, IMC, Wezas, BHEPA, FPM dan pihak Jabatan Pendidikan Khas yang sentiasa menyokong dan membantu mahasiswa untuk terus mengembangkan potensi diri dalam bidang pendidikan.

Terima kasih juga kepada pihak Universitas Negeri Yogyakarta dan SLB YAPENAS yang menyediakan fasiliti lengkap dan didikan luar biasa untuk mahasiswa UPSI meraih pengalaman mengajar dengan baik dan sempurna.

Kerjasama Malaysia-Indonesia di SLB YAPENAS adalah contoh yang menyentuh hati tentang bagaimana pendidikan tidak mengenal sempadan dan merupakan kuasa yang kuat untuk perubahan positif.

Aktiviti panen lele
Sesi bergambar setelah aktiviti angklung
Majlis Penutupan Program Praktek Kependidikan di Rektorat UNY
Program Canva Clinic 2023
Memperagakan baju budaya sempena Khamis Pahing
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)