Oleh: Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi & Mohamad Naqiuddin Abd Rahman
Tanjong Malim : Pemimpin yang mempunyai nilai keterampilan diri yang tinggi dan bermutu perlulah bermula dari bawah untuk memastikan dirinya memahami senario dalam permasalahan secara makro dan bersasar.
Ini kerana mengupayakan sesebuah organisasi dan menjalankan program yang berimpak tinggi, pasti menjadi tugas besar dan ia bergantung kepada cara pemimpin itu mempengaruhi anggotanya dalam mengawal segala jenis keadaan dan realiti yang terjadi.
Pihak Pentadbiran Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) menyahut cabaran pihak UPSI untuk sentiasa memastikan kemenjadian mahasiswa dalam pelbagai aspek terutamanya aspek kepimpinan.
Majlis Mahasiswa Kolej KHAR membuat perjumpaan bersama Rakan Exco dan AJK Blok Kediaman beserta barisan felo untuk mendapat pendedahan dan amanat dari Pengetua Kolej.
Perjumpaan yang berlangsung pada 21 November 2023 melibatkan 400 orang Rakan Exco dan AJK Blok Kediaman dimana mereka adalah tulang belakang program yang dilaksanakan dan memberi peluang kepada mereka untuk memimpin sesuatu tugasan dalam sesebuah organisasi.
Pemimpin yang berketerampilan dan matang perlulah bermula dari bawah untuk memastikan diri memahami senario dalam permasalahan secara makro dan bersasar. Ini kerana mengupayakan sesebuah organisasi dan menjalankan program yang berimpak tinggi sangat bergantung kepada cara seseorang pemimpin itu mempengaruhi anggotanya dan pelbagai kerenah masing-masing.
Dalam masa yang sama, Rakan Exco ini juga adalah untuk mencari pelapis MMK yang akan datang dengan mengikut acuan dan bentuk yang UPSI mahukan bukan sahaja pandai dalam akademik tapi mempunyai adab dan berakhlak.
Charis Frista Habis Madin, Naib Yang Dipertua Sidang Enigma menyatakan bahawa sokongan dan kerjasama serta idea rakan exco dan ajk blok kediaman sangat diperlukan untuk keberhasilan program di sidang ini.
“Kelak, KHAR mempunyai takwim yang sangat sibuk dengan menjalankan program berskala besar di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Kerjasama semua dalam bersatu memainkan peranan sangat penting kerana kejayaan itu hadir apabila kita bersama memikul tanggungjawab dan sentiasa ada bersama,” katanya.
Selain itu, pihak pentadbiran KHAR melalui MMK sentiasa menjaga kebajikan para penghuni dan juga Rakan Exco serta mencungkil bakat penghuni ditonjolkan di peringkat tertinggi.
Setiap daripada mereka perlu menerapkan ciri-ciri kepimpinan yang serba serbi boleh. Ia selari dengan apa yang gagasan Naib Canselor UPSI, Prof Dato Dr. Md Amin Md Taff di mana pemimpin yang berkualiti harus memikirkan solusi dan sentiasa melihat semua dari pelbagai sudut pandang.
Dr. Hj Che Anuar Che Abdullah, Pengetua Kolej Harun Aminurrashid menyatakan bahawa KHAR Rumah Kita adalah slogan dimana rumah adalah tempat kita faham, belajar dan lakukan persiapan untuk kita menjadi seseorang yang lebih baik.
“Kita memberi ruang kepada semua penghuni kolej terutamanya rakan exco dan ajk blok tidak hanya mengurus pengram malahan mengetuai program-program yang akan dijalankan. KHAR akan sentiasa mendidik dan memberi pengalaman kepada semua mahasiswa UPSI yang inginkan cabaran demi meraih pengalaman dengan belajar dan mencuba hal yang baru serta berdaya saing dalam membina pemimpin yang cemerlang secara holistik,” katanya.
KHAR akan sentiasa menjadi medan untuk mengeluarkan bakal pemimpin hebat dan menjadi pencetus yang akan membawa perubahan dan kejayaan di UPSI, Peneraju Kebitaraan Pendidikan.