Oleh: Hazirah Mohd Ghani

Tanjong Malim: Persatuan Mahasiswa Sejarah di bawah Fakulti Sains Kemanusiaan telah menganjurkan sebuah program yang dikenali sebagai Foodbank PERMAS atau Gerobok Kasih PERMAS bertujuan membantu mahasiswa yang memerlukan bekalan makanan. Ditambah pula kos peningkatan harga barang yang kian meningkat, inisiatif ini wajar dilakukan bagi meringankan beban mahasiswa dan menunjukkan keprihatinan persatuan dalam menjaga kebajikan mereka.

Isu yang sering kali timbul di universiti semestinya dalam kalangan pelajar adalah ‘tiada duit’ untuk membeli bekalan makanan dan ada juga yang berpuasa kerana terpaksa berjimat. Oleh hal yang demikian, Persatuan Mahasiswa Sejarah mengambil cakna terhadap isu yang sering kali terjadi ini sebagai suatu usaha untuk membantu mereka beban mahasiwa yang dalam kesusahan dan menghadapi kekurangan bekalan makanan agar terus bersemangat untuk belajar.

Program ini berlangsung di bilik Interaksi Fakulti Sains Kemanusiaan pada 18 November dihadiri oleh Dr. Abu Zarrin Selamat, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Fakulti Sains Kemanusiaan sebagai perasmi, turut hadir Penasihat Persatuan Mahasiswa Sejarah Dr. Nurulasyikin Hassan, mahasiswa Sejarah dan penerima bantuan awal bekalan makanan.

Penganjuran Program foodbank PERMAS bertujuan untuk membantu meringankan beban mahasiswa terutama mahasiswa Sejarah untuk mendapatkan keperluan makanan harian selain menggalakkan mereka untuk membantu satu sama lain sekaligus meningkatkan nilai prihatin, kasih sayang dan tolong-menolong dalam kalangan mahasiswa.

Dalam ucapan Dr. Abu Zarrin, beliau menyatakan bahawa usaha untuk menjadikan seseorang yang mempunyai sifat kemanusiaan, prihatin, saling bantu-membantu bermula dari seorang mahasiswa. Walaupun ada antara kita yang tidak memerlukan bantuan bekalan makanan ini, namun masih dalam antara mahasiswa yang amat memerlukannya. Ini menunjukkan bahawa, sekiranya kita lihat rakan atau pelajar kita yang tiada makanan, sering berpuasa dan sebagainya, kita sebagai mahasiswa yang cakna hendaklah mengambil tahu dan memaklumkan kepada persatuan atau pensyarah bagi membantu pelajar tersebut. Ada kala pelajar itu segan untuk memberitahu kerana tanggapan orang terhadapnya. Jadi, kita sebagai mahasiswa yang prihatin seharusnya mendidik diri untuk membantu apa yang sepatutnya.

”Melihat kepada keadaan mahasiwa yang terpaksa mengikat perut untuk makan, ini memberi suatu tamparan yang hebat buat pihak universiti bagi menangani isu yang dikatakan setiap tahun akan berlaku. Oleh itu, Faulti Sains Kemanusiaan ingin menubuhkan juga suatu Gerobok makanan bagi membantu mahasiwa/I untuk mendapat bekalan makanan tanpa had waktu yang mana 24 jam mahasiwa boleh mengambil. Tambahan pula, pihak fakulti juga turut menyediakan bantuan berbentuk wang sekiranya mahasiwa memang memerlukan kewangan untuk menampung kehidupan di universiti. Oleh itu, mahasiwa tidak perlu segan untuk memaklumkan apa keperluan yang mereka perlu untuk kelangsungan hidup di UPSI,” katanya.

Program FoodBank PERMAS merupakan program kebajikan yang dijalankan oleh Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan PERMAS. Program ini juga dikenali sebagai Gerobok Kasih PERMAS yang mana melalui projek ini, Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan akan menyediakan bekalan makanan di tempat yang dikhaskan dan boleh didapati oleh mahasiswa pada setiap hari dari jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)