Oleh: Ainnur Mardhiah binti Muhammad Helmi
28 Nov, Tanjong Malim – Persatuan Permainan Digital (PPD) FKMT bersama para mahasiswa/i Diploma Sains Komputer (Komputeran Internet telah mengadakan Program MetaDiploma Interaction Day dan Sesi Mohon Restu pada hari Selasa, 28 November 2023. Program ini melibatkan mahasiswa/i diploma serta pensyarah FKMT.
Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan mahasiswa/i serta pensyarah FKMT. Di samping itu, PPD juga menyasarkan program ini menjadi wadah bagi menguatkan lagi kerjasama dan kesepakatan dalam kalangan mahasiswa/i yang terlibat.
Dekan FKMT, YBrs. Profesor Madya Dr-Ing. Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim menyempurnakan perasmian Program MetaDiploma Interaction Day dan Sesi Mohon Restu
“Program sesi mohon restu ini dapat memberi peluang kepada seluruh pelajar META bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pensyarah, staf FKMT dan pelajar. Keberlangsungan program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada para siswa/i untuk mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam lagi tidak kira bangsa, agama dan usia”, jelas Sdr. Muhammad Zahid bin Zaidi, selaku Pengarah Program.
Dekan FKMT, YBrs. Profesor Madya Dr-Ing. Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim berkata, “Program ini sebenarnya banyak memberikan input yang berguna kepada mahasiswa/i sekalian terutamanya dalam mencetuskan idea dan pengalaman yang baru. Melalui program ini, peluang untuk mempelajari ilmu secara tidak langsung akan membentuk satu transformasi gerak kerja yang berjaya berdasarkan kebijaksanaan dan kesungguhan dalam menjayakan program ini”.
Program MetaDiploma Interaction Day dan Sesi Mohon Restu dijayakan oleh mahasiswa/i Persatuan Permainan Digital dan Dipoloma sains Komputer FKMT
Salah seorang peserta program ini, Isyraf Darwisy Bin Mohammad Suhaimy daripada Diploma Sains Komputer Semester 1 menyatakan “Saya berasa amat teruja kerana berpeluang untuk menyertai program ini. Pada pandangan saya, kita perlu merapatkan lagi ukhuwah sesama mahasiswa/i serta pensyarah agar dapat melahirkan rasa perpaduan dalam kalangan warga FKMT”.
Program seperti ini perlu terus dilaksanakan agar mahasiswa/i Fakulti FKMT tidak melupakan setiap peristiwa yang boleh menyatupadukan para pelajar serta para pensyarah. Selain itu, ia juga memberi ruang kepada mahasiswa/i untuk mempelajari tentang erti kepentingan bekerjasama dalam sesuatu komuniti agar ia dapat setiasa teguh dan kuat pada masa kini, sehingga masa yang bakal tiba.