Oleh : Nurul Aida Mohamed Adam
TANJUNG MALIM: Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) dengan kerjasama Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh sesi 2023/2024 telah menganjurkan Program Model ‘Starting-Polishing-Finishing’ (SPF) School Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan 2023 yang bertempat di Kompleks Akademik, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI pada 2 Disember. Program ini merupakan salah satu inisiatif baharu EDGE untuk memberi pendedahan tentang lima modul iaitu meliputi kesihatan, etika, kepimpinan,keusahawanan dan literasi digital dan modul usahawan tadika.
Selari dengan nama program ini iaitu, starting- polishing- finishing, pelajar akan diterangkan tentang lima modul ini secara terperinci dari segi permulaan, pelaksanaan dan tahap terakhir. Contohnya dari segi keusahawanan, kini pelajar didedahkan dengan teknologi digital bagaimana proses perniagaan semasa yang bersifat cashless. Bukan itu sahaja, bagi modul keusahawanan tadika pula, peserta turut dibawa ke Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) untuk membuat tinjauan lapangan. Kesemua penceramah memberikan 100% usaha dan tenaga mereka semasa program ini berlangsung.
Walaupun program ini dijalankan pada waktu cuti akan tetapi tetap mendapat sambutan dalam kalangan pelajar bukan sahaja dari Kolej Awang Had Salleh malahan turut disambut baik oleh pelajar lain dimana secara keseluruhannya kesemua pelajar yang hadir adalah seramai 200 pelajar. Sehubungan itu, program ini perlu diteruskan dengan bekerjasama dengan kolej-kolej lain yang pula. Sehubungan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua penceramah dan jawatankuasa yang terlibat pihak EDGE mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana turut bertungkus-lumus dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.