Oleh: Nurul Ainie Abdullah

Tanjong Malim – Pusat Pembangunan Akademik (PPA) telah mengadakan Bengkel Pemantapan bersama Ketua-ketua Jabatan dan Penyelaras Program pada 12 dan 13 Oktober tahun lalu di Scholar Suites, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

PPA merupakan salah satu jentera penggerak pembangunan dan pengurusan Universiti yang bertanggungjawab secara langsung dalam perancangan dan pengurusan staf akademik Universiti. Sistem tadbir urus yang mantap merupakan tunjang kepada kekuatan dan kecemerlangan dalam sesebuah organisasi. Kerajaan umumnya dan UPSI khasnya memandang serius usaha penambahbaikan penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan/Badan Berkanun dengan matlamat agar perkhidmatan yang disampaikan sentiasa memenuhi kehendak dan harapan pelanggan.

Pengarah PPA Prof Madya Dr. Normah Jusoh berkata, ‘’Perubahan Ketua-ketua Jabatan dan juga Penyelaras mengikut tempoh perkhidmatan menyebabkan penyampaian maklumat dan proses kerja PPA tidak dapat disebarluas secara menyeluruh. Oleh yang demikian, Bengkel Pemantapan PPA bersama Ketua-ketua Jabatan dan Penyelaras ini adalah wajar diadakan bagi meningkatkan keberkesanan sistem tadbir urus supaya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan maklumat dapat dikomunikasikan dengan jelas dan tepat.’’

Mulai tahun 2023, PPA telah menerima kehadiran beberapa orang staf baharu yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan juga staf pentadbiran. PPA juga telah mengadakan Mesyuarat Penstrukturan Semula PPA pada bulan Ogos 2023 dan ini memerlukan makluman awal kepada semua Ketua Jabatan dan juga Penyelaras Program berkenaan perubahan/pemindahan fungsi tugas setiap unit agar lebih jelas sekiranya Pusat Tanggungjawab (PTj) ingin berurusan dengan PPA.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)