Oleh: Profesor Madya Dr. Arasinah Kamis (FTV)

Surabaya- Selaras dengan aspirasi YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi di majlis Landasan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi pada Januari lalu yang mana salah satu landasan bagi meningkatkan prestasi cemerlang Pendidikan tinggi negara adalah menuju proses pengantarabangsaan.

Dengan memastikan sistem pendidikan tinggi di Malaysia mahu pun di Indonesia berkualiti dan setanding di peringkat antarabangsa. Justeru itu, pertunjukan fesyen antarabangsa ini adalah salah satu platform bagi merealisasikan hasrat tersebut bagi melonjakkan dan memartabatkan bidang TVET. Melalui acara pertunjukan fesyen antarabangsa gabungan rekaan fesyen pakaian daripada Malaysia dan Indonesia telah membawa semua warisan budaya kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO berpotensi untuk menerangi harta seni dan budaya negara ke peringkat global.

Kehebatan anak tempatan dalam dunia fesyen pada masa ini tidak dapat dipertikaikan lagi, bakat, kemahiran dan idea mereka dalam menghasilkan fesyen pakaian. Pertunjukan fesyen yang memukau bertemakan ‘Evening wear‘ iaitu ‘Reciprocal’ telah berlangsung di Ciputra World Mall, Surabaya Indonesia pada 9 Mac yang lalu yang mana menampilkan 50 rekaan diinspirasikan dengan gaya, budaya dan estetika yang menakjubkan, bersama 25 orang pelajar Fakultas Vokasi, Universitas Negeri Surabaya (UNESA), Fakulti Teknikal dan Vokasional (UPSI) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sri Iskandar, Perak.

Bakal-bakal pereka ini telah telah dibimbing oleh enam orang pensyarah dari Universitas Negeri Surabaya (UNESA) Koordinator Prodi D4 Tata Busana Fakultas Vokasi Dr. Irma Russanti, S.Pd., M.Ds, Profesor Madya Dr Arasinah Kamis, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Khalik Mustafa Universiti Teknologi mara (UiTM; Sri Iskandar). Turut hadir Wakil Dekan I, Dr. Warju dan Wakil Dekan II, Dr. Abdul Hafidz (UNESA), Alphiana Chandrajani (Juri), Aldri Indrayana (Juri), Pereka fesyen Norizan Nor@Md Nor (UPSI) dan Rofizah Ibrahim (IKBN Kuala Kubu Bharu), Malaysia.

Pertunjukan fesyen ini gabungan daripada pelbagai budaya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap fabrik tempatan sekali gus menghargai keindahan, keunikan dan sejarah warisannya dan budaya di Malaysia dan Indonesia. Selain itu, untuk mengekalkan pakaian tradisional supaya relevan hari ini boleh membantu Malaysia dan Indonesia membuat ‘perkembangan unik’ dalam soal pakaian dan fesyen bagi mengekalkan nilai-nilai yang terkait dengan rekaan modern kontemporari dan warisan.

Rekaan yang dihasilkan telah menonjolkan keindahan, keaslian serta kehalusan pelbagai seni tekstil dengan penggunaan fabrik brocade, songket, tenun, satin dan tile yang telah dimanipulasikan dengan menarik. Rekaan fesyen kontemporari banyak mengaplikasikan manipulating fabrik seperti slashing, rumbai, tulle gathering ruffle, tucking, border, flounce, pelbagai jenis ikatan, jenis anyaman dan jenis yarn dan fibre.  Rekaan juga berfokuskan daripada warna trend 2024 seperti Yellow, burgundy, Fuchia, Nude, Navy dan Broken White.

Pada acara ini juga telah mempamerkan hasil-hasil karya yang menakjubkan daripada pensyarah UNESA daripada Prodi Vokasi iaitu Karya Monumental oleh Irma Kalpataru motif Relief Candi Jawa), Banesa (Batik Tanah UNESA) Desain saya, Tiq Zena (Batik konsep Zero Waste) Desain Dosen Ratna, Sparkling Remo (Batik Budaya khas Surabaya) Desain Dosen Indarti, Batik 3D (Batik Pesona Alamku) Desain Dosen Urip Wahyuni, Batik Nyanggit Nggathok (Batik Tigo Peksi) Desain Dosen Yulistiana dan Sulam Gim (Adikriya Sulam Tradisi Keraton Jawa) Desain Dosen Inang Yuhri. Acara sebegini boleh memberi penghargaan, penghormatan dan galakan kepada para pelajar dalam seni reka fesyen untuk terus berkarya. Paling penting, acara ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengunjung mengenai seni fesyen tempatan dan antarabangsa pelbagai budaya.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)