Tanjung Malim: 10 Jun 2024, Bersempena program kitar semula sisa plastik bersama komuniti, Program Community Recycle Project – Plastic Waste to Fuel telah dianjurkan oleh LCERC-FSK & SDG@UPSI dengan kerjasama UCTC dan Kursus HGM3113, Jabatan Geografi dan Alam Sekitar telah menjalankan satu program melibatkan Mahasiswa dan warga penduduk Kampung Simpang Empat, Perak di bawah kelolaan Prof. Madya. TS. Dr. Nor Kalsum Binti Mohd Isa selaku Dekan bagi Fakulti Sains Kemanusiaan dan penyelaras kursus. Program ini merupakan aktiviti di bawah SULAM dan Pembelajaran Berasaskan Projek yang dijalankan di bawah kursus HGM3113 tersebut. Program tersebut dijalankan di Kampung Simpang Empat, Tanjong Malim, Perak, pada tarikh 9 Jun 2024 (Ahad).
Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk megurangkan pengunaan plastik dan pembuangan sisa plastik serta mengatasi masalah kepupusan tenaga tidak boleh diperbaharui iaitu bahan api fosil. Justeru itu, dengan adanya inovasi seperti ini, sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah tersebut pada masa akan datang . Usaha ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya berkenaan langkah-langkah mengurangkan pembuangan secara tidak terurus serta kepentingan kitarsemula terhadap kitaran gas di atmosfera. Pelaksanaan program ini melibatkan pelajar-pelajar daripada kursus kesukarelawanan, V-FSK4U dibawah seliaan Dr. Nurzaimah, serta pasukan unit beruniform Kor SISPA yang akan bekerjasama dengan penduduk kampung untuk menjayakan program ini bagi menyahut cabaran Zero Emission.
Projek kitar semula ini adalah salah satu inisiatif awal kepada pengurangan pembebasan gas rumah hijau. Program seperti ini adalah sebahagian daripada usaha Malaysia yang merancang untuk menangani plastik sekali guna dengan menggalakkan industri plastik beralih kepada produk mesra alam. Ini akan memastikan industri berkembang maju dengan menyesuaikan teknologi hijau semasa alam sekitar dilindungi. Oleh itu, pelan hala tuju ini disediakan untuk digunakan sebagai panduan ke arah sifar plastik sekali guna di Malaysia secara holistik.