{"id":10175,"date":"2023-07-18T13:01:59","date_gmt":"2023-07-18T05:01:59","guid":{"rendered":"https:\/\/www.epena.com.my\/?p=10175"},"modified":"2023-07-18T15:14:00","modified_gmt":"2023-07-18T07:14:00","slug":"wacana-didik-pentingnya-kedaulatan-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2023\/07\/18\/wacana-didik-pentingnya-kedaulatan-negara\/","title":{"rendered":"WACANA DIDIK PENTINGNYA KEDAULATAN NEGARA"},"content":{"rendered":"\n<p><sup>Muhammad Kamil bersama warga UPSI yang menghadiri majlis Wacana Kedalulatan Malaysia- Governan Utama Negara<\/sup><\/p>\n\n\n\n<p>Oleh: Ghazali Din<\/p>\n\n\n\n<p>Tanjung Malim &#8211; Majlis Wacana Ilmu Kedaulatan Malaysia &#8211; Governan Utama Negara memberi pendedahan kepada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tentang pentingnya semangat patriotisme dan mempertahankan kedaulatan tanah air.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis&nbsp; Jelajah Wacana Ilmu anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara, bersama Universiti Teknikal Melaka (UTEM); Institut Peradaban Melayu (IPM)&nbsp; UPSI, serta Majlis Buku Kebangsaan Malaysia yang&nbsp; diadakan di Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah semalam dirasmikan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika berucap beliau berkata mahasiswa yang matang perlu memahami bukan sahaja kerencaman dalam pendidikan, malahan kerencaman politik, ekonomi dan sosial yang melanda negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, katanya, buku tulisan Prof. Madya Datuk Dr. Wan Mohd Fauzi membantu masyarakat memahami struktur asas pembentukan dan governan negara yang menyingkap dengan teliti pandangan sarjana.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu pandangan yang merentas budaya dan agama seperti oleh tokoh Islam, Al Maududi selain Ibnu Qaldum menerusi bukunya Al-Muqadimah yang menjadi teras kefahaman membicarakan tentang kenegaraan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kecemerlangan akademik, mahasiswa juga harus mempunyai akhlak dan moral yang baik untuk dijadikan contoh baik dijadikan teladan kepada generasi akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menyeru mahasiswa agar turun ke lapangan untuk melihat sendiri dan bergaul dengan masyarakat untuk memahami masalah dan derita yang melanda rakyat.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya menyeru mahasiswa mentelaah buku Kedaulatan Malaysia &#8211; Governan Utama Negara yang dikupas dengan bahasa yang mudah dan teliti supaya mengetahui bagaimana negara ini didirikan oleh Raja-raja Melayu dan perlu dipertahankan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/HAS_9368-1024x684.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10181\" width=\"768\" height=\"513\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/HAS_9368-1024x684.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/HAS_9368-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/HAS_9368-768x513.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/HAS_9368-1536x1025.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/HAS_9368-2048x1367.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/HAS_9368-600x401.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Dari kiri : Tan Sri Prof Datuk Wira Dr Abdul Latiff Abu Bakar, Prof Madya Datuk Dr Wan Mohd Fauzi, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib; serta Prof Dr Mohd Azhar Wahid.<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Panel wacana terdiri daripada mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib; Prof.\u00a0 Madya Datuk Dr. Wan Mohd Fauzi serta Prof. Dr. Mohd Azhar Wahid dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI dan dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara, Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata UPSI yang berdiri megah hari ini yang bermula pada zaman Sultan Idris Training College (SITC) adalah hasil cetusan kasih sayang dan usaha empat Raja-raja Melayu.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPemilihan lokasi yang strategik di tengah-tengah Semenanjung Malaysia memberi kelebihan dan keistimewaan kepada institusi ini untuk bangkit melahirkan guru-guru Melayu yang kemudiaannya berkhidmat di negara masing-masing seperti Brunei dan Singapura, malah ada yang berjaya dalam dunia politik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama, Pengarah IPM, Prof. Dr. Tajul Shuhaizam Said; Pengarah Majlis&nbsp;Buku&nbsp;Kebangsaan Malaysia (MKBM),&nbsp; Mohd Khair Ngadiron serta&nbsp; Pengarah Urusan Syarikat Galaxy Palm Oil Enterprise Sdn Bhd, Datin Angelreena Lim Shing Yeng.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada majlis sama kakitangan dan mahasiswa UPSI menerima secara percuma buku Kedaulatan Malaysia &#8211; Governan Utama Negara tulisan Prof. Madya Datuk Dr.&nbsp; Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain atas sumbangan penajaan Syarikat Galaxy Palm Oil Enterprise Sdn. Bhd.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika merumuskan wacana, Abdul Latiff berkata wacana menarik ini dan buku yang diberikan ia baik untuk mahasiswa mendalami aspek kenegaraan dan memahami fungsi Yang di-Pertuan Agong serta Raja-raja Melayu.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata Wacana Ilmu digerakkan bertujuan mendidik dan memberi kefahaman kepada masyarakat untuk Memperkukuhkan Jaringan Kerjasama bersama universiti-universiti&nbsp; awam dan agensi kerajaan ke arah Mendaulatkan Institusi Raja-raja dalam konteks Urus Tadbir Negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Buku berkenaan disempurnakan pelancarannya oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 27\u00a0 Mei lalu di Kuala Lumpur sewaktu berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/WhatsApp-Image-2023-07-18-at-12.58.48a.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10182\" width=\"720\" height=\"351\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/WhatsApp-Image-2023-07-18-at-12.58.48a.jpg 720w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/WhatsApp-Image-2023-07-18-at-12.58.48a-300x146.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/WhatsApp-Image-2023-07-18-at-12.58.48a-600x293.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 720px) 100vw, 720px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sebahagian daripada mahasiswa yang mengikuti majlis Wacana Ilmu Wacana Ilmu Kedaulatan Malaysia &#8211; Governan Utama Negara di Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.<\/figcaption><\/figure><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Muhammad Kamil bersama warga UPSI yang menghadiri majlis Wacana Kedalulatan Malaysia- Governan Utama Negara Oleh: Ghazali Din Tanjung Malim &#8211; Majlis Wacana Ilmu Kedaulatan Malaysia &#8211; Governan Utama Negara memberi pendedahan kepada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tentang pentingnya semangat patriotisme dan mempertahankan kedaulatan tanah air. Majlis&nbsp; Jelajah Wacana Ilmu anjuran Yayasan Pembangunan Buku [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":10180,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[134,29,140,154,1,57],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10175"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10175"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10175\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10183,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10175\/revisions\/10183"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10180"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10175"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10175"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10175"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}