{"id":10683,"date":"2023-08-24T10:11:48","date_gmt":"2023-08-24T02:11:48","guid":{"rendered":"https:\/\/www.epena.com.my\/?p=10683"},"modified":"2023-09-05T15:34:12","modified_gmt":"2023-09-05T07:34:12","slug":"dua-pensyarah-uzbekistan-bangga-jalani-program-mobiliti-fbk-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2023\/08\/24\/dua-pensyarah-uzbekistan-bangga-jalani-program-mobiliti-fbk-upsi\/","title":{"rendered":"DUA PENSYARAH UZBEKISTAN BANGGA JALANI PROGRAM MOBILITI\u00a0FBK\u00a0UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Ghazali Din<\/p>\n\n\n\n<p>Tanjong Malim: Bahasa Melayu yang&nbsp; mudah difahami&nbsp; dan dipelajari mendorong dua wanita Uzbekistan&nbsp; mendalami bahasa lingua-franca itu sehingga akhirnya mereka menjadi pensyarah di tanah air mereka .<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yang kini sedang menjalani program Program Mobiliti Inbound Tenaga Pengajar&nbsp; Bahasa Melayu Antarabangsa (Uzbekistan) &nbsp;di Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris dari 3 hingga 24 Ogos itu didedahkan dengan pelbagai aktiviti bagi memantapkan lagi penguasaan terhadap aktiviti berbahasa Melayu.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large is-resized\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/uz1-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10684\" style=\"width:600px\" width=\"600\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/uz1-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/uz1-300x169.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/uz1-768x432.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/uz1-600x338.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/uz1.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Munisa Mukhtarova Mukhitdinovna (kiri) dan Mamatkulova Mahliyo Baxtiyor Qizi dalam sesi wacana ilmu yang dipengerusikan oleh Dr. Noor Zuhidayah<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Puan Munisa Mukhtarova Mukhitdinovna dari <em>Uzbekistan<\/em>&nbsp;State World Languages University&nbsp;( UzSWLU) dan Puan Mamatkulova Mahliyo Baxtiyor Qizi dari Tashkent State University of Oriental Studies (TSOUS) berkesempatan berkongsi pengalaman sempena Wacana Ilmu \u201cBahasa Melayu di Laluan Sutera\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Dekan FBK, Prof. Madya Dr. Maizura@Mastura Muhammad berkata kehadiran kedua pensyarah berkenaan adalah sebahagian daripada misi FBK mengorak langkah ke peringkat aantarabangsa menerusi Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (JBKM).<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata bahasa &nbsp;Melayu perlu diagungkan, dan diperkasakan malah terasa bangga apabila penuturnya dari negara luar dapat bertutu bahasa Melayu dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam majlis Wacana Ilmu yang dipengerusikan oleh Dr. &nbsp;Noor Zuhidayah &nbsp;Muhd Zulkifli,&nbsp; Munisa Mukhtarova Mukhitdinovna berbangga dapat berada di UPSI khususnya dilayan dengan baik oleh warga FBK.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large is-resized\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/uz2-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10685\" style=\"width:600px\" width=\"600\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/uz2-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/uz2-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/uz2-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/uz2-600x450.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/uz2.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa ), Prof. Dr. Marzita Puteh bergambar sempena majlis makan malam meraikan Dr. Alisher Abidjanov, Munisa Mukhtarova Mukhitdinovna&nbsp; dan Mamatkulova Mahliyo Baxtiyor Qizi di Scholar\u2019s Suites, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Beliau mempelajari bahasa Melayu selama enam tahun dan sudah mengajar selama 10 tahun di Uzbeskitan&nbsp; berasa teruja dapat mempelajari bahasa berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi universiti kami, pelajar diberi motivasi dengan dipertontonkan video tentang Malaysia dan diwujudkan perpustakaan kecil yang mengandungi bahan-bahan pembacaan berkaitan bahasa Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru ,akatanya, pelajar berasa mudah dan mempunyai banyak maklumat tentang bahasa Melayu, malah ramai lagi pelajar &nbsp;Uzbekistan berhasrat datang ke UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang pernah belajar bahasa Arab, Cina dan Rusia menganggap bahasa Melayu mudah dan boleh berfikir dalam bahasa Melayu dengan tata bahasanya yang &nbsp;mudah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cStrategi dalam pengajaran saya, kalau pelajar&nbsp; &nbsp;lambat masuk kelas, mereka dikehendaki berpuisi atau menyanyi dalam bahasa Melayu,\u201d katanya. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Mamatkulova Mahliyo Baxtiyor Qizi yang mula mempelajari bahasa Melayu pada tahun 2015 , pengalaman menyertai Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu lima tahun lalu di Terengganu menjadi kenangan manis dan terkesan di hatinya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya bangga dapat mengajar bahasa Melayu di Uzbekistan, malahan&nbsp; setiap tahun terdapat pengambilan pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara yang baiknya belajar bahasa Melayu, pelajar berpeluang memperolehi pekerjaan dengan mudah seperti menjadi sukarelawan, menjadi perterjemah kepada pelancong luar, bekerja di kedutaan serta tentera . &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi TSUOS sekarang, kami mempunyai&nbsp; seramai 170 pelajar program bahasa Melayu kerana menyedari terdapat peluang yang luas jika boleh berbahasa Melayu dan diharap ia semakin berkembang seterusnya berjaya&nbsp; membuka&nbsp; Fakulti Bahasa dan Kesusasteraan Melayu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berterima kasih kepada UPSI yang menghantar pensyarah bahasa Melayu&nbsp; setiap tahun bagi&nbsp; menanamkan minat terhadap bahasa, adat, budaya Melayu, malah bahan bacaan semakin banyak atas sumbangan FBK. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya rasa bangga apabila Duta Malaysia juga datang ke unuversiti mengajar bahasa Melayu sekali gus mengeratkan hubungan Malaysia dan Uzbekistan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Program, Dr. Ariff Mohamad berkata sepanjang berada di Tanjong Malim, mereka dibawa melawat dan&nbsp; menikmati keindahan&nbsp; kawasan sawah padi di Sabak Bernam , Putrajaya dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full is-resized\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/uz3.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10687\" style=\"width:500px\" width=\"500\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/uz3.jpg 486w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/uz3-209x300.jpg 209w\" sizes=\"(max-width: 486px) 100vw, 486px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Munisa Mukhtarova Mukhitdinovna (kiri) dan Mamatkulova Mahliyo Baxtiyor Qizi gembira berkunjung ke Sabak Bernam<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Selain itu, dua pensyarah berkenaan berkesempatan mengikuti sesi ceramah \u201cMudahnya Menulis Puisi\u201d yang disampaikan oleh Dr. Ariff Mohamad serta menghadiri majlis Diskusi Khutbah Jumaat Muslimat di Masjid Ar-Rahman&nbsp;,&nbsp;Hulu&nbsp;Bernam.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full is-resized\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/uz4.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10686\" style=\"width:600px\" width=\"600\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/uz4.jpg 720w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/uz4-300x190.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/uz4-600x380.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 720px) 100vw, 720px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Berkesempatan menghadiri Majlis Diskusi Khutbah Jumaat di Masjid Ar-Rahman , Hulu Bernam<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Sepanjang berada di UPSI, mereka turut dilawati Timbalan Rektor (Hubungan Antarabangsa), UzSWLU,  Dr. Alisher Abidjanov sebelum berlepas pulang dalam satu majlis makan malam.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Alisher berterima kasih kepada FBK yang memberi peluang kepada dua pensyarahnya menimba pengalaman yang menarik selama tiga minggu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemasa berada di UPSI, saya berpeluang bertemu Naib Canselor serta menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (Moa) Antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Malaysia&nbsp; dengan Oxford Centre for Islamic Studies (Oxcis), United Kingdom.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Ghazali Din Tanjong Malim: Bahasa Melayu yang&nbsp; mudah difahami&nbsp; dan dipelajari mendorong dua wanita Uzbekistan&nbsp; mendalami bahasa lingua-franca itu sehingga akhirnya mereka menjadi pensyarah di tanah air mereka . Mereka yang kini sedang menjalani program Program Mobiliti Inbound Tenaga Pengajar&nbsp; Bahasa Melayu Antarabangsa (Uzbekistan) &nbsp;di Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":10690,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[140,17],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10683"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10683"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10683\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10802,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10683\/revisions\/10802"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10690"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10683"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10683"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10683"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}