{"id":10698,"date":"2023-08-25T16:14:58","date_gmt":"2023-08-25T08:14:58","guid":{"rendered":"https:\/\/www.epena.com.my\/?p=10698"},"modified":"2023-08-28T10:50:22","modified_gmt":"2023-08-28T02:50:22","slug":"i-guru-siswa-ipg-ipoh-menghayati-erti-kemerdekaan-di-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2023\/08\/25\/i-guru-siswa-ipg-ipoh-menghayati-erti-kemerdekaan-di-upsi\/","title":{"rendered":"i-GURU Siswa IPG Ipoh Menghayati Erti Kemerdekaan di UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p>20 Ogos, Tanjong Malim \u2013 Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) Perak dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru (IPG) Ipoh serta Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mengadakan Program Kembara Merdeka ke Universiti Pendidikan Sultan Idris pada Ahad, 20 Ogos 2023. Program ini melibatkan 35 orang mahasiswa\/i IPG Ipoh yang merupakan ahli i-Guru Siswa Perak dan lima orang pegawai pengiring. Mereka telah berkonvoi daripada IPG Ipoh ke Tanjong Malim menaiki sebuah van dan lima buah kereta.\u00a0\u00a0<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/meta-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-10700\" style=\"width:840px;height:629px\" width=\"840\" height=\"629\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/meta-1.png 750w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/meta-1-300x225.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/meta-1-600x450.png 600w\" sizes=\"(max-width: 840px) 100vw, 840px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Program Kembara Merdeka i-Guru Siswa IPG Ipoh ini bertujuan untuk menyuburkan semangat kemerdekaan dan patriotisme di kalangan para peserta.&nbsp; Di samping itu, i-Guru Perak juga mensasarkan untuk program ini menjadi wadah bagi membina ukhuwwah dan semangat berpasukan dalam kalangan mahasiswa\/i yang terlibat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi Kembara Merdeka ini, i-Guru Perak memilih UPSI kerana ia sinonim dengan ahli i-Guru Siswa sebagai bakal pendidik juga kerana UPSI kaya dengan sejarah pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air\u201d, jelas Encik Mohamad Norza\u2019im bin Ab. Sota, Pengarah Program merangkap Timbalan Presiden i-Guru Kebangsaan. &nbsp;<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"395\" height=\"527\" src=\"https:\/\/www.epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/meta-2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-10699\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/meta-2.png 395w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/meta-2-225x300.png 225w\" sizes=\"(max-width: 395px) 100vw, 395px\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\"><sub>YBrs. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Tanusi bin Shaaban, Pengerusi i-Guru Perak dan En. Mohamad Norza\u2019im menyampaikan hadiah kepada peserta Program Kembara Merdeka yang terlibat.<\/sub><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Ts. Dr. Nazre bin Abdul Rashid, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) FKMT, \u201cFakulti META merasa bangga atas kunjungan i-Guru Siswa daripada IPG Ipoh ini. UPSI adalah tempat yang tepat bagi mereka untuk menghayati kisah perjuangan kemerdekaan tanah air dengan sejarah panjang UPSI itu sendiri dalam melahirkan pejuang-pejuang kemerdekaan. Saya juga berharap i-Guru Perak dapat melebarkan sayapnya ke UPSI bagi memberi peluang kepada pelajar ISMP UPSI menyertai i-Guru\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Salah seorang peserta iaitu Saudara Ahamd Irfan bin Rosenizam yang merupakan mahasiswa PISMP Bahasa Melayu IPG Ipoh menyatakan, \u201cSaya begitu teruja kerana berpeluang menyertai program Kembara Kemerdekaan anjuran i-Guru Perak ini. Saya juga merasa lebih bersemangat dalam menyambut hari dan bulan kemerdekaan setelah mendapat banyak input berkenaan pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air melibatkan pendidik seperti Almarhum Pendeta Za\u2019ba dan Tun Ghafar Baba\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Di sepanjang Program Kembara Kemerdekaan ini, para peserta telah dibawa melawat kemudahan-kemudahan yang ada di kampus UPSI. Kemuncaknya para peserta telah melawat Muzium Pendidikan Nasional, UPSI di mana mereka melakukan aktiviti eksplorasi dan pemugaran sejarah kemerdekaan negara di situ.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesungguhnya usaha murni i-Guru Perak dalam menganjurkan aktiviti yang bermanfaat seperti kembara merdeka ini adalah sangat terpuji demi melahirkan pendidik yang holistik dan berketrampilan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>20 Ogos, Tanjong Malim \u2013 Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) Perak dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru (IPG) Ipoh serta Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mengadakan Program Kembara Merdeka ke Universiti Pendidikan Sultan Idris pada Ahad, 20 Ogos 2023. Program ini melibatkan 35 orang mahasiswa\/i IPG Ipoh yang merupakan ahli i-Guru [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":10700,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,29,161,147],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10698"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10698"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10698\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10724,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10698\/revisions\/10724"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10700"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10698"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10698"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10698"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}