{"id":11675,"date":"2023-10-30T14:58:30","date_gmt":"2023-10-30T06:58:30","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=11675"},"modified":"2023-10-30T14:58:36","modified_gmt":"2023-10-30T06:58:36","slug":"three-minutes-thesis-3mt-competition-platform-memperkasa-kompentensi-penyampaian-penyelidikan-mahasiswa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2023\/10\/30\/three-minutes-thesis-3mt-competition-platform-memperkasa-kompentensi-penyampaian-penyelidikan-mahasiswa\/","title":{"rendered":"THREE MINUTES THESIS (3MT) COMPETITION: PLATFORM MEMPERKASA KOMPENTENSI PENYAMPAIAN PENYELIDIKAN MAHASISWA"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Dr. Zuraini binti Jamil @ Osman<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim \u2013 <\/strong>Menyedari kepentingan dalam meningkatkan penguasaan kompentensi menyampaikan projek tahun akhir mahasiswa, pihak Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karakter (JPMSPK), Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan &#8216;Three Minute Thesis (3MT)&#8217; kepada semua pelajar tahun akhir (Semester 7) Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral). <\/p>\n\n\n\n<p>Pertandingan ini telah merupakan acara tradisi kepada pelajar akhir dan JPMSPK bermula Semester 2 2017\/2018. Penganjuran pertandingan &#8216;Three Minute Thesis (3MT)&#8217; ini diwajibkan kepada setiap pelajar semester akhir (Semester 7) Program Pendidikan Moral dan pembentangan penyelidikan dijalankan mengikut kreativiti pelajar sendiri dalam masa tiga minit. Pertandingan ini tetap diteruskan walaupun semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan menjalankannya secara di dalam talian.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada kali ini, penganjuran pertandingan \u201cThree Minute Thesis (3MT)\u201d untuk Semester 2 Sesi 2022\/2023 (AT222) telah diadakan pada 6 Julai 2023 di Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di bawah kelolaan penasihat program Dr. Zuraini binti Jamil @ Osman selaku Penyelaras Kursus Projek Tahun Akhir (HMR3996) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Pendidikan Moral (PERMOR).<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"855\" height=\"384\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/fsk4.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-11677\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/fsk4.png 855w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/fsk4-300x135.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/fsk4-768x345.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/fsk4-600x269.png 600w\" sizes=\"(max-width: 855px) 100vw, 855px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cThree Minute Thesis<em> <\/em>(3MT) Competiton\u201d pada awalnya diperkenalkan oleh University of Queensland dan kini dijalankan di pelbagai universiti seluruh dunia yang lazimnya melibatkan pelajar pasca siswazah. Pertandingan ini memerlukan pelajar pasca siswazah membentangkan hasil penyelidikan di hadapan golongan bukan bidang dalam masa tiga minit dan menggunakan satu slaid pembentangan atau poster grafik sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, JPMSPK mengambil inspirasi pertandingan ini dengan melaksanakannya kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) untuk\u00a0 memberi pengalaman dan pendedahan awal kepada mereka untuk membentangkan penyelidikan masing-masing selama tiga minit. \u00a0Pertandingan sebegini mampu meningkatkan disiplin, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar tahun akhir.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Pertandingan 3 Minute Thesis (3MT) diadakan bertujuan melatih pelajar semester akhir untuk menyebarkan\u00a0 hasil kajian mereka kepada orang ramai sekaligus menghasilkan pelajar sebagai penyelidik yang mampu berkomunikasi mengenai penyelidikan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertandingan untuk Semester 2 Sesi 2022\/2023 (AT222) telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Akademik dan Pengantarabangsaan,FSK Dr. Norhafiza Mohd Hed. \u00a0Beliau menyatakan bahawa program ini sangat menarik kerana JPMSPK merupakan satu-satunya jabatan yang melaksanakannya di peringkat ISMP. Beliau berpandangan program ini perlu diteruskan kerana memberi ruang kepada pelajar untuk berkongsi hasil penyelidikan mereka dalam bidang Pegajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karakter. Seterusnya, beliau juga tururt mencadangkan bahawa hasil penyelidikan pelajar ini perlu juga diterbitkan di dalam jurnal yang bersesuaian supaya boleh djadikan rujukan kepada pelajar dan ahli akademik.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karakter, Dr. Vasanthan A\/L Gurusamy juga melahirkan perasaan bangga beliau dan yakin bahawa penganjuran pertandingan 3MT ini merupakan salah satu platform untuk menguji kebolehan pelajar untuk menyampaikan kandungan penyelidikan mereka kepada khalayak umum yang terdiri daripada orang di luar bidang pengajian moral, sivik dan pembangunan karakter<\/p>\n\n\n\n<p>Seramai 30 orang pelajar telah terlibat di dalam pertandingan ini yang bermula dari jam 8.15 pagi dan berakhir pada 2 petang. 30 peserta ini melalui peringkat saringan pertama sebelum 20 peserta diipilih untuk ke peringkat saringan kedua dan 10 peserta terbaik dipilih untuk bertanding di peringkat akhir. Peserta pertandingan telah diadili oleh juri jemputan yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UPSI yang berbeza fakulti dan jabatan. Dalam pertandingan sesi ini, Siti Nur Subaeda Abdul telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama, manakala V. Pirasanakumar A\/L Vijaiyan dan Nurul Hazwani Ramle masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga. Pemenang-pemenang bagi pertandingan 3MT ini masing-masing membawa pulang hamper dan sijil penghargaan. Pelajar-pelajar yang terlibat melahirkan perasan bangga dan teruja dengan pengalaman yang dilalui oleh mereka ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan berakhir pertandingan pada sesi pengajian kali ini, pihak jabatan mengharapkan program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi menyemarakkan lagi minat pelajar dalam penyelidikan dan boleh membantu mereka memahami kajian dalam bidang pengajian moral, sivik dan pembangunan karakter.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"518\" height=\"325\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/fsk1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-11679\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/fsk1.png 518w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/fsk1-300x188.png 300w\" sizes=\"(max-width: 518px) 100vw, 518px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"411\" height=\"382\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/fsk2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-11680\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/fsk2.png 411w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/fsk2-300x279.png 300w\" sizes=\"(max-width: 411px) 100vw, 411px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr. Zuraini binti Jamil @ Osman Tanjong Malim \u2013 Menyedari kepentingan dalam meningkatkan penguasaan kompentensi menyampaikan projek tahun akhir mahasiswa, pihak Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karakter (JPMSPK), Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan &#8216;Three Minute Thesis (3MT)&#8217; kepada semua pelajar tahun akhir (Semester 7) Program Ijazah Sarjana Muda [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":11678,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[29,138],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11675"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11675"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11675\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11682,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11675\/revisions\/11682"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11675"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11675"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11675"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}