{"id":11988,"date":"2023-11-09T21:47:44","date_gmt":"2023-11-09T13:47:44","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=11988"},"modified":"2023-11-09T21:47:48","modified_gmt":"2023-11-09T13:47:48","slug":"edu-innovate-2023-medan-pamer-inovasi-dalam-pendidikan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2023\/11\/09\/edu-innovate-2023-medan-pamer-inovasi-dalam-pendidikan\/","title":{"rendered":"EDU-INNOVATE 2023 MEDAN PAMER INOVASI DALAM PENDIDIKAN"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Tanjung Malim:<\/strong> Sempena Perhimpunan Bulanan November, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program Expo Inovasi Pendidikan Antarabangsa (Edu@Innovate) 2023 semalam di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, yang mendapat sambutan luar biasa apabila disertai lebih 300 pemamer.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Md Amin Md Taff menyifatkan program Edu@Innovate 2023 antara kejayaan besar UPSI tahun ini dalam memperkasakan inovasi dalam pendidikan di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai sebuah universiti pendidikan tersohor, UPSI menjadi rujukan pelbagai pihak\u00a0 termasuklah pemain industri\u00a0 pendidikan\u00a0 dalam memajukan negara selaras dengan hasrat Menteri Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Tinggi,\u201d katanya.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Suriani Abu Bakar itu memberi peluang kepada penyelidik dari pelbagai institusi pendidikan tinggi\u00a0 awam dan swasta, agensi kerajaan, pemimpin industri, pelajar pascasiswazah, guru dan pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Program itu, katanya, program dua hari itu diadakan sebagai menyahut gagasan Malaysia Madani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam teras ketiga wawasan Malaysia Madani\u00a0 iaitu Kreativiti (inovasi), di mana kreativiti perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Program bertemakan &#8220;Synergising Translational Education 5.0 in Knowledge, Industries and Humanities&#8221; itu mewujudkan pendekatan holistik dan inovatif terhadap pendidikan dalam melahirkan pelajar yang bakal mendepani\u00a0 cabaran masa depan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI menghayati aspirasi kerajaan dengan melaksanakan Edu@Innovate sebagai medan untuk menggabungkan konsep metaverse dengan kemanusiaan dan belas kasihan, agar teknologi yang dihasilkan bercirikan kebaikan yang bukan hanya merangkumi TVET dan STEM, malah\u00a0 dalam konteks metaverse, kecerdasan buatan, IoT, teknologi 5G, teknologi sensor, percetakan 5D, bahan termaju, teknologi neuro, teknologi biosains, rantaian blok, analisis data, serta keselamatan siber.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata Edu@Innovate\u00a0 2023 diadakan bertujuan menggalakkan kerjasama dan rangkaian semasa pameran untuk menjana idea dalam kalangan pendidik, pentadbir, dan pakar industri; mempamerkan inovasi dan pencapaian pendidikan yang boleh diterapkan dalam masyarakat, memberi maklumat kepada ibu bapa dan pelajar tentang peluang pendidikan, nilai inovasi, dan penciptaan ekosistem inovasi dalam konteks keluarga , meningkatkan kesedaran tentang trend terkini keperluan industri untuk hasil inovasi serta menyumbang kepada pendidikan masyarakat melalui bimbingan dan inovasi yang dihasilkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC), Prof Madya Rosmilah Misnan berkata sempena program diadakan pertandingan pameran inovasi merangkumi kurikulum dan pedagogi, pentaksiran dan penilaian, kepimpinan pendidikan, pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan tinggi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) , belia, komuniti dan pembelajaran sepanjang hayat;\u00a0 teknologi pendidikan, pembelajaran literasi, serta STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) itu dinilai oleh 80 juri yang dilantik.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut menyertai pameran inovasi pendidikan itu adalah\u00a0 70 peserta antarabangsa dari Indonesia, India dan China.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Selain ceramah industri, UPSI juga meraikan 15 Rakan Strategik\u00a0 dan antara figura pemain industri yang hadir termasuklah Datuk M. Nasir, Datuk Abdul Malek Mohamed Noor serta Datuk David Teoh.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berharap Edu@Innovate 2023 bermanfaat dalam mengubah minda bahawa inovasi boleh dimanfaatkan untuk membentuk ekosistem ke arah negara berasaskan nilai dan progresif.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"585\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/HAS_6870-1024x585.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11990\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/HAS_6870-1024x585.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/HAS_6870-300x171.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/HAS_6870-768x439.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/HAS_6870-1536x877.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/HAS_6870-2048x1170.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/HAS_6870-600x343.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Norkhalid Salimin dan Pendaftar, Helmi Zaifura Abdul Rahman.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada majlis sama beliau turut melancarkan Festival Seni UPSI 2023 anjuran Fakulti Seni, Kelestarian, dan Industri Kreatif (FSKIK) iaitu program pemerkasaan fakulti selepas ia dijenamakan semula pada 2022.<\/p>\n\n\n\n<p>Dekan FSKIK, Prof. Madya Ts Dr. Muhammad Zaffwan Idris\u00a0 berkata FSKIK bersama rakan strategik, Ana Muslim dan Institut Kraf Negara (IKN) terlibat\u00a0 dalam majlis pertukaran dokumen MOU sebagai tanda kerjasama kedua insitusi dan syarikat sekali gus\u00a0 bakal memartabatkan industri animasi dan kraf negara selain kerjasama strategik lain.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tanjung Malim: Sempena Perhimpunan Bulanan November, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program Expo Inovasi Pendidikan Antarabangsa (Edu@Innovate) 2023 semalam di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, yang mendapat sambutan luar biasa apabila disertai lebih 300 pemamer. Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Md Amin Md Taff menyifatkan program Edu@Innovate 2023 antara kejayaan besar UPSI [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":11989,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[121,90,144],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11988"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11988"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11988\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11991,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11988\/revisions\/11991"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11989"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11988"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11988"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11988"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}