{"id":12105,"date":"2023-11-17T23:42:53","date_gmt":"2023-11-17T15:42:53","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=12105"},"modified":"2023-11-17T23:43:49","modified_gmt":"2023-11-17T15:43:49","slug":"ncdrc-upsi-komited-kekang-jenayah-seksual-kanak-kanak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2023\/11\/17\/ncdrc-upsi-komited-kekang-jenayah-seksual-kanak-kanak\/","title":{"rendered":"NCDRC UPSI komited kekang jenayah seksual kanak-kanak"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh:\u00a0\u00a0Dr. Norly Jamil (FPM), Mohd Nor Zakuan Abdul Rashid &amp; Muhd Fatkhurrozak Sokhipul Hadi (NCDRC)<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim:<\/strong> Jenayah seksual melibatkan kanak-kanak sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita semakin meningkat dari tahun ke tahun termasuklah kes penderaan sehingga kes jenayah yang meragut nyawa kanak-kanak. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara kes jenayah seksual kanak-kanak termasuklah kes rogol, cabul, sumbang mahram, cabul kehormatan, gangguan seksual, amang seksual, berkomunikasi seksual dengan kanak-kanak, penderaan kanak-kanak, pembuangan bayi, keganasan rumah tangga dan jenayah-jenayah lain yang membabitkan kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>Sempena sambutan Hari Kanak-kanak Kebangsaan 2023, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) menganjurkan Forum Jenayah Seksual Kanak-kanak: Pendidikan Kesedaran dan Cabaran Menanganinya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"501\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/NCDRC2-4-1024x501.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-12106\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/NCDRC2-4-1024x501.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/NCDRC2-4-300x147.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/NCDRC2-4-768x376.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/NCDRC2-4-1536x751.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/NCDRC2-4-2048x1002.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/NCDRC2-4-600x293.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Forum yang bersiaran langsung melalui <em>facebook live <\/em>pada 15 November 2023 menampilkan barisan penceramah yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknolgi dan jenayah siber, bidang undang-undang, pendidikan awal kanak-kanak dan &nbsp;ilmu kaunseling.<\/p>\n\n\n\n<p>NCDRC mengundang Penasihat BjaQ Group (M) Sdn Bhd, Ridzwan Azzahari, Jameyyah Sheriff selaku Penasihat Mahkamah Kanak-kanak Kuala Lumpur merangkap pengasas<em> <\/em>Sekolah Belantara Eco Education dan Dr. Sayyidatina Che Rozubi selaku pensyarah di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI yang juga  Kaunselor berdaftar (Global Felo Childlight University of Edinburgh).<\/p>\n\n\n\n<p>Forum juga diserikan lagi dengan kehadiran pegawai dari Jabatan Kemajuan Masyarakat Daerah Muallim, Ghazawi Zulkarnain sebagai moderator perbahasan yang berlangsung selama dua jam ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara topik yang diperbahaskan adalah berkaitan seputar perundangan yang melibatkan jenayah kanak-kanak serta solusi dalam mendidik masyarakat untuk lebih peka terhadap persekitaran kanak-kanak yang boleh mengundang berlakunya jenayah seksual.<\/p>\n\n\n\n<p>Jenayah ini tertakluk kepada Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) yang telah berkuatkuasa bermula dari tahun 2017 untuk semua kanak-kanak dibawah umur 18 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Sayyidatina Che Rozubi menjelaskan berkenaan statistik menunjukkan 90 peratus mangsa jenayah seksual kanak-kanak di seluruh dunia adalah dari pemangsa yang berdekatan dengan kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai ibu bapa kita perlu tahu bila statistik seluruh dunia menunjukkan peratusan mangsa itu adalah dari pemangsa yang dikenali, kita perlu sentiasa berjaga-jaga dan mengawal apa yang mereka lihat di <em>gadget <\/em>supaya anak-anak kita sentiasa di bawah pengawasan dan hidup dengan selamat.\u201d katanya .<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut ketua aktiviti bagi forum Jenayah Kanak-kanak kali ini, Dr. Norly Jamil menyatakan bahawa tujuan forum ini dianjurkan adalah supaya masyarakat lebih peka terhadap undang-undang yang membela hak kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya ingjn menyebarkan <em>awareness<\/em> kepada masyarakat agar mereka faham dan belajar tentang undang-undang yang membela hak kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak dapat tumbuh besar di persekitaran yang sihat dan selamat, saya pasti negara akan mempunyai barisan pewaris yang akan menerajui kegemilangan negara untuk masa akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>UPSI sentiasa komited dalam membanteras jenayah, tambahan pula apabila melibatkan elemen kanak-kanak, nilai perpaduan dan kasih sayang yang diterapkan dalam diri kanak-kanak. Nilai-nilai ini \u00a0akan terus menjadi benih kedamaian demi kehidupan negara untuk terus aman dan makmur.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh:\u00a0\u00a0Dr. Norly Jamil (FPM), Mohd Nor Zakuan Abdul Rashid &amp; Muhd Fatkhurrozak Sokhipul Hadi (NCDRC) Tanjong Malim: Jenayah seksual melibatkan kanak-kanak sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita semakin meningkat dari tahun ke tahun termasuklah kes penderaan sehingga kes jenayah yang meragut nyawa kanak-kanak. Antara kes jenayah seksual kanak-kanak termasuklah kes rogol, cabul, sumbang mahram, cabul [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":12107,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[112,102],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12105"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12105"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12105\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12110,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12105\/revisions\/12110"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12107"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12105"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12105"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12105"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}