{"id":12144,"date":"2023-11-20T12:33:52","date_gmt":"2023-11-20T04:33:52","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=12144"},"modified":"2023-11-20T12:34:41","modified_gmt":"2023-11-20T04:34:41","slug":"upsi-sebar-kempen-kesedaran-hentikan-penderaan-kanak-kanak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2023\/11\/20\/upsi-sebar-kempen-kesedaran-hentikan-penderaan-kanak-kanak\/","title":{"rendered":"UPSI Sebar Kempen Kesedaran Hentikan Penderaan Kanak-kanak"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Dr Norly Jamil (FPM), Mohd Nor Zakuan Abdul Rashid &amp; Muhd Fatkhurrozak Sokhipul Hadi (NCDRC)<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim: <\/strong>Kanak-kanak adalah pewaris negara untuk memacu pembangunan negara pada masa hadapan. Keperluan untuk menjaga hak kanak-kanak adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh masyarakat agar kanak-kanak dapat hidup dengan aman, selamat dan bahagia.<\/p>\n\n\n\n<p>Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Pusat Penyelidik Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) dan Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) telah menganjurkan forum kesedaran masyarakat yang diadakan sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2023.<\/p>\n\n\n\n<p>Forum Penderaan Kanak-kanak dalam Konteks Kesejahteraan Keluarga berlangsung pada 16 November 2023 dan mengundang barisan panel yang berkepakaran dalam bidang undang-undang penjagaan hak kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>Perbincangan secara maya ini diketuai langsung oleh Nadia Shahira Amiruddin yang merupakan Pensyarah di Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, FPM.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara pakar yang hadir berkongi iaitu Dr. Farah Nini Dusuki sebagai Pesuruhjaya Kanak-kanak, Hamizan Ab Hamid, Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak dan Insp Raja Nabila Raja Abdul Samad, Pegawai Polis IPD Muallim.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Dr. Farah, negara Malaysia mempunyai Akta Kanak-kanak 2001 dimana akta ini ditubuhkan bukan hanya menghukum tetapi ia juga mempunyai pelbagai peruntukan untuk mewujudkan mekanisme yang boleh menghindarkan penderaan berlaku secara berleluasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita perlu faham bahawa fungsi utama undang-undang bukan untuk menghukum tetapi ia untuk melindungi kita semua dari risiko orang-orang yang melakukan jenayah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Di akhir perbahasan juga dapat disimpulkan bahawa kesemua agensi termasuklah JKM, Polis dan sebagainya tidak membenarkan sebarang jenis penderaan secara fizikal mahupun mental.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah NCDRC, Prof. Madya Dr Mazlina Che Mustafa sentiasa menitikberatkan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak apabila berada di sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai pusat pendidikan kanak-kanak, kita perlu bersama mewujudkan suasana harmoni di sekolah dan membantu kanak-kanak mendapatkan pengalaman terbaik untuk mereka bawa dalam kehidupan mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga menyatakan bahawa pendidik, ibubapa, agensi dan semua pohak perlu memainkan peranan penting masing-masing untuk menyediakan peluang dan mencungkil potensi yang ada dalam diri kanak-kanak dengan bantuan ruang belajar yang selamat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kanak-kanak berhak mendapatkan kehidupan yang sempurna dengan hidup di persekitaran yang selamat dan sihat serta mampu mendapatkan pendidikan yang terbaik buat mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang awam perlu sentiasa peka terhadap undang-undang yang melindungi kanak-kanak agar kes-kes penderaan ini dapat dihentikan dan memberi sinar baru untuk menuju Malaysia yang harmoni.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr Norly Jamil (FPM), Mohd Nor Zakuan Abdul Rashid &amp; Muhd Fatkhurrozak Sokhipul Hadi (NCDRC) Tanjong Malim: Kanak-kanak adalah pewaris negara untuk memacu pembangunan negara pada masa hadapan. Keperluan untuk menjaga hak kanak-kanak adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh masyarakat agar kanak-kanak dapat hidup dengan aman, selamat dan bahagia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":12146,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1,102],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12144"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12144"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12144\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12148,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12144\/revisions\/12148"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12146"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12144"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12144"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12144"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}