{"id":12300,"date":"2023-11-29T11:43:30","date_gmt":"2023-11-29T03:43:30","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=12300"},"modified":"2023-11-29T11:46:06","modified_gmt":"2023-11-29T03:46:06","slug":"nyanyian-comel-kanak-kanak-ncdrc-meriahkan-pentas-istiadat-konvokesyen-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2023\/11\/29\/nyanyian-comel-kanak-kanak-ncdrc-meriahkan-pentas-istiadat-konvokesyen-upsi\/","title":{"rendered":"Nyanyian &#8216;comel&#8217; kanak-kanak NCDRC meriahkan pentas Istiadat Konvokesyen UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi<\/p>\n\n\n\n<p>Tanjong Malim: Sudah menjadi kewajipan apabila istiadat konvokesyen dihiasi dengan persembahan-persembahan yang memukau dengan iringan lagu dan melodi orkestra yang mempesonakan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Majlis <\/strong>Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sesi kelapan digamatkan dengan persembahan\u00a0\u2018comel\u2019 dari 11 orang kanak-kanak Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) berumur lima dan enam tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyelia Tadika Bitara, Mohamad Nor Zakuan Abdul Rashid menceritakan dimana pihak NCDRC menerima jemputan dari pihak Fakulti Muzik dan Persembahan UPSI dimana mereka ingin menjemput beberapa orang kanak-kanak untuk membuat persembahan di istiadat konvokesyen UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPihak mereka (FMSP) ada menghubungi kami untuk mengajak kanak-kanak untuk membuat persembahan nyanyian. Ada kira-kira sebulan sebelum mereka menghubungi pihak kami dan ini adalah peluang terbaik untuk menunjukkan kebolehan kanak-kanak NCDRC.\u201d Katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga menambah bahawa kesempatan ini tidak mungkin ditolak kerana ini membuktikan bahawa apa sahaja peluang yang boleh mengetengahkan bakat dan kemampuan kanak-kanak perlu diambil supaya segala potensi yang ada dalam diri kanak-kanak dapat dilihat dan diserlahkan di khalayak ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia juga mampu melatih keberanian dan keyakinan kanak-kanak untuk tampil kehadapan dan menunjukkan kemahiran dan kemampuan diri mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini juga menunjukkan NCDRC sentiasa menyokong segala program yang berkaitan dengan kanak-kanak selagi mana ia mampu memberi impak yang besar dalam pendidikan dan diri mereka sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam persembahan ini, kanak-kanak NCDRC akan diduetkan bersama mahasiswa UPSI dan menyanyikan lagu <em>1,2,3,4 <\/em>nyanyian Aris Ariwatan diiringi &nbsp;muzik orkestra yang memukau dan meriah.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemilihan lagu ini adalah untuk memupuk sifat menghormati ibubapa diatas pengorbanan mereka untuk sentiasa memberikan segala yang terbaik demi masa depan anak-anak mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang latihan, kanak-kanak ini dilatih oleh kesemua pendidik Tadika Bitara NCDRC dengan bantuan dari pihak FMSP untuk memantapkan lagi paduan suara dan gaya kreatif.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah NCDRC, Prof Madya Dr Mazlina Che Mustafa menzahirkan sifat bangga dan syukur kerana kanak-kanak NCDRC diberi tempat untuk mereka menonjolkan bakat dan potensi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSyukur Alhamdulillah apabila pihak NCDRC menerima jemputan persembahan lebih-lebih lagi di istiadat konvokesyen. Menjadi sebuah sejarah untuk kanak-kanak ini kenang apabila mereka sudah beranjak dewasa. Ini juga akan membawa kenangan manis dan menjadi batu loncatan untuk mereka juga dapat menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan.\u201d Katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kanak-kanak perlu diberikan ruang dan peluang untuk mereka belajar melalui pengalaman supaya apa yang mereka lalui akan diingat dan menjadi sesuafu pembelajaran berharga untuk mereka bawa dalam kehidupan mereka kedepan.<\/p>\n\n\n\n<p>UPSI dan NCDRC khususnya akan terus menjadi pintu kesuksesan dunia pendidikan negara selari dengan visi misi kementerian untuk melahirkan pelajar yang cemerlang secara holistik dalam pelbagai bidang yang diceburi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi Tanjong Malim: Sudah menjadi kewajipan apabila istiadat konvokesyen dihiasi dengan persembahan-persembahan yang memukau dengan iringan lagu dan melodi orkestra yang mempesonakan. Majlis Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sesi kelapan digamatkan dengan persembahan\u00a0\u2018comel\u2019 dari 11 orang kanak-kanak Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) berumur lima dan enam tahun. Penyelia Tadika [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":12302,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[213,102],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12300"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12300"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12300\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12304,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12300\/revisions\/12304"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12302"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12300"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12300"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12300"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}