{"id":12305,"date":"2023-11-29T16:47:32","date_gmt":"2023-11-29T08:47:32","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=12305"},"modified":"2023-11-29T16:47:43","modified_gmt":"2023-11-29T08:47:43","slug":"bomba-cilik-ncdrc-siap-sedia-menyelamat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2023\/11\/29\/bomba-cilik-ncdrc-siap-sedia-menyelamat\/","title":{"rendered":"Bomba cilik NCDRC siap sedia menyelamat"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Norelme binti Mokhtar &amp; Nurul Nabilla Binti Ma-Hassan (NCDRC)<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim<\/strong>: Persediaan dalam menghadapi saat kecemasan perlu dibuat lebih awal bagi menghindari segala kemudaratan berpunca dari kurangnya pengetahuan dan persiapan awal.<\/p>\n\n\n\n<p>Seperti pepatah \u2018melentur buluh biar dari rebungnya\u2019, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) berinisiatif memberi pendedahan awal berkaitan keselamatan diri dan persiapan kanak-kanak apabila menghadapi situasi kecemasan atau kebakaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Seramai 40 orang kanak-kanak yang terlibat di dalam sesi latihan kebakaran yang dijalankan di Balai Bomba Tanjong Malim pada 20 November.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-gallery has-nested-images columns-default is-cropped wp-block-gallery-1 is-layout-flex wp-block-gallery-is-layout-flex\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"818\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/BOMBA2-2.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-12309\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/BOMBA2-2.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/BOMBA2-2-282x300.jpg 282w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/BOMBA2-2-600x639.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><\/figure>\n<\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"960\" height=\"993\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/BOMBA3.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-12307\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/BOMBA3.jpg 960w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/BOMBA3-290x300.jpg 290w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/BOMBA3-768x794.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/BOMBA3-600x621.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/BOMBA3-24x24.jpg 24w\" sizes=\"(max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tanjong Malim, PPgB Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari menjelaskan bahawa pihak bomba sentiasa membuka mana-mana agensi yang melibatkan kanak-kanak untuk mendapat latihan atau pendedahan awal bagi keselamatan diri dan pusat jagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami menyediakan Program Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak (3K) yang memberi pendedahan kepada mereka mengenai persediaan dalam menghadapi insiden terutamanya kebakaran semasa di tadika ataupun di rumah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga menambah bahawa kesemua aktiviti yang membabitkan kelab 3K sentiasa dianjurkan setiap tahun di bawah program pembelajaran dan kesedaran awam Jabatan Bomba dan penyelamat malaysia (JBPM).<\/p>\n\n\n\n<p>Aktiviti kelab 3K adalah aktiviti yang berfokuskan kepada keselamatan diri kanak-kanak secara <em>hands-on <\/em>sebagai pendedahan kepada mereka berkaitan pencegahan asas insiden kebakaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara teknik yang diajarkan adalah teknik Berhenti-Rebah-Guling-Merangkak sebagai asas untuk memadamkan api pada bahagian luaran seperti baju, jaket, seluar dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Teknik ini ditumpukan kepada kanak-kanak dengan harapan dapat memupuk pengetahuan dan kefahaman asas tentang keselamatan kebakaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengurus Taska Tadika NCDRC, Norazlina Khairudin menyatakan bahawa program sebegini tidak hanya memberi kesan jangka pendek malahan ia juga memberi pengalaman berharga yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya melihat ia sebagai satu langkah berjaga-jaga yang diterapkan oleh pendidik-pendidik NCDRC khususnya Blok D untuk membawa kanak-kanak mempersiapkan diri untuk perkara yang tidak diinginkan. Kanak-kanak juga dapat menikmati pembelajaran yang lengkap dan bertanya sendiri kepada pakar tentang persoalan yang bermain dalam minda mereka,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu juga, kanak-kanak berpeluang menjalani <em>role-play<\/em> menjadi bomba dengan mengenakan pakaian bomba serta mempelajari\u00a0tentang peralatan-peralatan yang digunakan oleh anggota bomba semasa menjalankan tugas sebagai pemadam kebakaran dan penyelamat kejadian kecemasan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"926\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/BOMBA5-1-926x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-12311\" style=\"aspect-ratio:0.904296875;width:840px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/BOMBA5-1-926x1024.jpg 926w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/BOMBA5-1-271x300.jpg 271w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/BOMBA5-1-768x850.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/BOMBA5-1-600x664.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/BOMBA5-1.jpg 960w\" sizes=\"(max-width: 926px) 100vw, 926px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Pendidik dan kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang untuk \u2018bermandi hujan\u2019 dari lori bomba kerana pendidik faham betapa pentingnya keseronokan dalam pembelajaran dan sememangnya bermain itu adalah fitrah bagi kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>Nurul Izzati Mohd Nor, pendidik NCDRC menjelaskan bahawa pengalaman yang menyeronokkan akan lebih dirasai dan diingat dalam diri kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya melihat kanak-kanak seronok sepanjang aktiviti ini berlangsung sehingga ada salah seorang dari mereka berminat menjadi bomba. Dari awal datang sehingga aktiviti mandi air bomba jelas kelihatan kegembiraan dan pastinya akan memberi kenangan indah dan memori untuk mereka pada masa akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Norelme binti Mokhtar &amp; Nurul Nabilla Binti Ma-Hassan (NCDRC) Tanjong Malim: Persediaan dalam menghadapi saat kecemasan perlu dibuat lebih awal bagi menghindari segala kemudaratan berpunca dari kurangnya pengetahuan dan persiapan awal. Seperti pepatah \u2018melentur buluh biar dari rebungnya\u2019, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) berinisiatif memberi pendedahan awal berkaitan keselamatan diri dan persiapan kanak-kanak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":12313,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1,102],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12305"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12305"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12305\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12314,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12305\/revisions\/12314"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12313"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12305"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12305"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12305"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}