{"id":12614,"date":"2023-12-13T15:10:49","date_gmt":"2023-12-13T07:10:49","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=12614"},"modified":"2024-01-29T13:01:08","modified_gmt":"2024-01-29T05:01:08","slug":"syarahan-perdana-prof-zainol-komersial-produk-sisik-ikan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2023\/12\/13\/syarahan-perdana-prof-zainol-komersial-produk-sisik-ikan\/","title":{"rendered":"SYARAHAN PERDANA PROF DR ISMAIL ZAINOL KOMERSIAL PRODUK SISIK IKAN"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Dr. Nurulsaidah Abdul Rahim &amp; Prof. Madya Dr. Lee Tien Tien<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim <\/strong>&#8211; Produk hasil penyelidikan ahli akademik di universiti berpotensi untuk dikomersialkan, namun memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak, terutamanya universiti, kerajaan, industri dan pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p>Sempena majlis Syarahan Perdana Pelantikan Profesor, Prof. Ts. ChM. Dr. Ismail Zainol dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata hasil penyelidikan akademiknya berjaya mencetuskan idea memanfaatkan sisik ikan untuk penggunaan masyarakat mengambil masa hampir 20 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara produk yang telah berjaya dikomersilkan adalah teknologi pengekstrakan kolagen bersama Hospital Islam Az-Zahrah dan hidroksiapatit untuk penapis air bersama Hijrah Water Sdn. Bhd.<\/p>\n\n\n\n<p>Prof Ismail Zainol dalam syarahannya yang bertajuk \u201cFish Scales as Biomaterials: A Journey from Academic Research to Commercialization\u201d itu menyentuh tentang tempoh masa yang lama dan komitmen kewangan yang tinggi sebelum sesuatu produk boleh dikomersilkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenggunaan sisik ikan sebagai biobahan ini menjadi alternatif kepada pengguna Muslim yang mencari produk halal dan patuh Syariah\u201d, katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Ismail, kolagen berpotensi digunakan dalam kosmetik, makanan tambahan, wound dressing dan kejuruteraan tisu, manakala hidroksiapatit sesuai untuk pengisi tulang, bahan salutan dan ubat gigi.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata hidroksiapatit yang dihasilkan daripada sisik ikan sangat menyerupai tulang haiwan atau HAp sintetik, kecuali ia mengandungi lebih beta trikalsium fosfat, menjadikannya mudah larut di dalam air.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"452\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/WhatsApp-Image-2023-12-13-at-14.50.15_15d1e185-1024x452.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-12615\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/WhatsApp-Image-2023-12-13-at-14.50.15_15d1e185-1024x452.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/WhatsApp-Image-2023-12-13-at-14.50.15_15d1e185-300x132.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/WhatsApp-Image-2023-12-13-at-14.50.15_15d1e185-768x339.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/WhatsApp-Image-2023-12-13-at-14.50.15_15d1e185-1536x678.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/WhatsApp-Image-2023-12-13-at-14.50.15_15d1e185-600x265.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/WhatsApp-Image-2023-12-13-at-14.50.15_15d1e185.jpg 1600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Syarahan Perdana Pelantikan Profesor itu disampaikan beliau di Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI dan turut disiarkan secara langsung melalui Facebook Live dan Saluran YouTube UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah UPSI, Datuk Seri Ahmad Burak dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. Dr. Abdul Rahim Razalli .<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Naib Canselor, Prof. Datuk Dr Md Amin Md Taff dalam ucapan aluannya menyatakan, majlis Syarahan Perdana Pelantikan Profesor adalah majlis yang dilaksanakan khas untuk pegawai akademik yang dilantik ke jawatan profesor.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMatlamat utama majlis ini adalah bertujuan untuk menyalurkan pengetahuan tokoh-tokoh akademik UPSI kepada warga universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menggalakkan ahli akademik UPSI untuk mengkomersilkan hasil penyelidikan mereka tidak kira bidang kepakaran sama ada Sains mahupun Sains Sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Dekan FSM, Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah membacakan biodata Prof. Ts. ChM. Dr. Ismail Zainol dan pencapaian beliau dalam bidang penyelidikan, pengkomersialan, penyeliaan pelajar, penerbitan dan perundingan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr. Nurulsaidah Abdul Rahim &amp; Prof. Madya Dr. Lee Tien Tien Tanjong Malim &#8211; Produk hasil penyelidikan ahli akademik di universiti berpotensi untuk dikomersialkan, namun memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak, terutamanya universiti, kerajaan, industri dan pengguna. Sempena majlis Syarahan Perdana Pelantikan Profesor, Prof. Ts. ChM. Dr. Ismail Zainol dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":13396,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12614"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12614"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12614\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12620,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12614\/revisions\/12620"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13396"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12614"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12614"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12614"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}