{"id":12986,"date":"2024-01-10T16:25:21","date_gmt":"2024-01-10T08:25:21","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=12986"},"modified":"2024-01-10T16:25:29","modified_gmt":"2024-01-10T08:25:29","slug":"pencapaian-2023-upsi-luar-biasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2024\/01\/10\/pencapaian-2023-upsi-luar-biasa\/","title":{"rendered":"PENCAPAIAN 2023 UPSI LUAR BIASA"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Tanjung Malim: <\/strong>Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya membuktikan ia mampu mencapai kejayaan cemerlang dan luar biasa pada tahun lalu sehingga ke peringkat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika menyampaikan ucapan pada majlis Executive Talk di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil\u00a0 semalam, Naib Canselor, Prof Datuk Md Amin Md Taff memuji seluruh kakitangan yang bekerja keras dengan semangat kasih sayang memastikan pelbagai kejayaan dalam dan luar negara dilakar universiti pendidikan tersohor tanah air itu.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"684\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/WhatsApp-Image-2024-01-10-at-12.16.01_336617ae-1024x684.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-12988\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/WhatsApp-Image-2024-01-10-at-12.16.01_336617ae-1024x684.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/WhatsApp-Image-2024-01-10-at-12.16.01_336617ae-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/WhatsApp-Image-2024-01-10-at-12.16.01_336617ae-768x513.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/WhatsApp-Image-2024-01-10-at-12.16.01_336617ae-1536x1025.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/WhatsApp-Image-2024-01-10-at-12.16.01_336617ae-600x401.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/WhatsApp-Image-2024-01-10-at-12.16.01_336617ae.jpg 1600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Katanya di hadapan lebih 500 kakitangan pengurusan universiti, Md Amin menganggap pengorbanan yang dilakukan kakitangan sangat bernilai melonjakkan nama UPSI yang satu ketika dahulu kurang dikenali masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita berjaya memacu pembangunan\u00a0 di Kampus Sultan Azlan Shah dengan membina tempat beriadah di sekeliling tasik, \u201cdriving range\u201d golf , manakala kemudahan sukan boling\u00a0 dijangka mula beroperasi Jun nanti yang akan dibuka untuk warga UPSI dan masyarakat luar , \u201c katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang tahun lalu, katanya, UPSI berjaya menjalin kolaborasi dengan beberapa universiti terbaik dunia iaitu University of Sydney, Oxford Centre of Islamic Studies, University of London, University of Otago, University of Pennsylvania, serta Lomonosov Moscow State University.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut membanggakan apabila UPSI menerusi Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi\u00a0\u00a0 menjalin kolaborasi dengan tujuh indistri sempena Langkawi\u00a0International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA).<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, UPSI melalui 10 fakulti\u00a0\u00a0 mencapai jumlah pelajar pelbagai peringkat pengajian sebanyak 30,681 selain 1,585 pelajar antarabangsa dan seramai\u00a0 1, 783 pelajar mobiliti (inbound dan outbound).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI yang\u00a0 mencapai kebolehpasaran graduan 96.0 % menjadi universiti awam pilihan pertama\u00a0\u00a0 untuk tempoh lima tahun berturut-turut, juga sudah mendapat kelulusan menubuhkan institusi pendidikan swasta iaitu Sekolah Rendah Seri Budiman, \u201ckatanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u00a0Bagi memantapkan keterampilan graduan, katanya, menyaksikan 790 pelajar mencapai pelbagai kejayaan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa dan 546 program pembangunan sahsiah dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata\u00a0 program International Educational Innovation Expo (Edu-Innovate 2023) memberi impak luar biasa apabila disertai oleh pemain-pemain industri terkemuka Malaysia dan luar negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI sedang membina kawasan rekreasi iaitu Tasik Banjaran di Kampus Sultan Azlan Shah untuk kemudahan warga UPSI dan masyarakat setempat, membina Pusat Kesihatan dan Pusat Kokurilum baharu\u00a0\u00a0 serta membangunkan projek solar di kawasan parkir,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p> Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan majlis Anugerah Buku Negara dan sesi Temu Anwar turut mengumumkan peruntukan RM25 juta untuk membina kolej kediaman bagi melengkapkan kapasiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Demi\u00a0 menghadapi cabaran dan masa hadapan UPSI, Prof Md Amin berharap seluruh warga UPSI termasuk\u00a0 menjana pemikiran strategik , memiliki \u201cmultitasking\u201d, elemen keterlihatan, kebolehan berkomunikasi, kesatuan ukhwah dan komitmen, kesegaraan, semangat bangga dan Demi UPSI, serta mementingkan Akademik, Adab dan Akhlak (3A).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya membuktikan ia mampu mencapai kejayaan cemerlang dan luar biasa pada tahun lalu sehingga ke peringkat antarabangsa. Ketika menyampaikan ucapan pada majlis Executive Talk di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil\u00a0 semalam, Naib Canselor, Prof Datuk Md Amin Md Taff memuji seluruh kakitangan yang bekerja keras dengan semangat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":12987,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[29],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12986"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12986"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12986\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12989,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12986\/revisions\/12989"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12987"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12986"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12986"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12986"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}