{"id":12990,"date":"2024-01-10T16:38:25","date_gmt":"2024-01-10T08:38:25","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=12990"},"modified":"2024-01-10T16:38:30","modified_gmt":"2024-01-10T08:38:30","slug":"upsi-dan-jpwpkl-sahut-dasar-pendidikan-digital-melalui-projek-pemindahan-ilmu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2024\/01\/10\/upsi-dan-jpwpkl-sahut-dasar-pendidikan-digital-melalui-projek-pemindahan-ilmu\/","title":{"rendered":"UPSI dan JPWPKL sahut dasar pendidikan digital melalui Projek Pemindahan Ilmu"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR \u2013 Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) melaksanakan projek berkonsepkan pemindahan ilmu yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru melalui pengaturcaraan.<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang diadakan di makmal komputer di Sumber Teknologi Pendidikan Negeri W.P Kuala Lumpur menggabungkan dua bengkel pengaturcaraan iaitu Bengkel Pengaturcaraan Asas Pembangunan Animasi yang disertai oleh 20 orang guru sekolah rendah daripada pelbagai bidang yang diadakan selama dua hari. Manakala Bengkel Pengaturcaraan Lanjutan Pembangunan Permainan Digital yang disertai oleh 20 orang guru sekolah menengah yang mengajar mata pelajaran Asas Sains Komputer dan Sains Komputer yang juga diadakan selama 2 hari.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"901\" height=\"512\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/Screenshot-2024-01-10-163326-2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-12995\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/Screenshot-2024-01-10-163326-2.png 901w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/Screenshot-2024-01-10-163326-2-300x170.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/Screenshot-2024-01-10-163326-2-768x436.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/Screenshot-2024-01-10-163326-2-600x341.png 600w\" sizes=\"(max-width: 901px) 100vw, 901px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Di akhir program, guru-guru akan membangunkan bahan pengajaran melalui produk animasi dan permainan digital berdasarkan ilmu yang dipindahkan melalui bengkel yang diadakan. Produk akhir dinilai melalui pertandingan kreativiti dan inovasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sektor Pembelajaran, Dr. Siti Fa\u2019izah Said, berkata projek pemindahan ilmu ini menyediakan generasi guru yang mempunyai daya kreativiti dan inovasi selain mempunyai kecekapan dalam menggunakan teknologi untuk mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProjek ini memberi impak yang positif kepada guru-guru sejajar dengan dasar pendidikan digital dalam memperkasa kompetensi guru dan membudayakan penggunaan teknologi digital dalam kalangan pemimpin pendidikan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata Dr. Siti Fa\u2019izah, projek kerjasama antara UPSI dan JPWPKL diharap dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang dengan kandungan yang pelbagai yang bermanfaat kepada guru-guru.<\/p>\n\n\n\n<p>Selaku ketua projek, Pensyarah Kanan di Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Dr. Norshahila Ibrahim, berkata melalui latihan dan tutorial praktikal, guru-guru akan mendapat peluang untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti mereka dalam penggunaan teknologi dalam proses pengajaran.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPeserta program diberikan peluang untuk meningkatkan kemahiran pengaturcaraan mereka, dari asas hingga lanjutan. Ini akan membantu mereka memahami dan mengendalikan teknologi dengan lebih efektif dalam proses pengajaran. Ini termasuk penggunaan aplikasi pembelajaran digital, platform pembelajaran atas talian, dan alat-alat teknologi terkini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Projek pemindahan ilmu kali kedua di antara UPSI dan JPWPKL adalah langkah positif dalam memodenkan pendidikan dan mempersiapkan guru-guru untuk menghadapi cabaran-cabaran teknologi dalam dunia pendidikan masa kini. Program ini akan memberikan manfaat kepada peserta dan pada gilirannya, akan meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut terlibat dengan projek ini adalah empat orang pensyarah kanan yang juga dari Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT), UPSI dan seorang pelatih siswazah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR \u2013 Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) melaksanakan projek berkonsepkan pemindahan ilmu yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru melalui pengaturcaraan. Program yang diadakan di makmal komputer di Sumber Teknologi Pendidikan Negeri W.P Kuala Lumpur menggabungkan dua bengkel pengaturcaraan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":12991,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[204,147],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12990"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12990"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12990\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12996,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12990\/revisions\/12996"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12991"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12990"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12990"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12990"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}