{"id":14117,"date":"2024-03-07T08:42:30","date_gmt":"2024-03-07T00:42:30","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=14117"},"modified":"2024-03-12T15:52:12","modified_gmt":"2024-03-12T07:52:12","slug":"integriti-penting-dalam-membentuk-kepimpinan-yang-efektif","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2024\/03\/07\/integriti-penting-dalam-membentuk-kepimpinan-yang-efektif\/","title":{"rendered":"Integriti penting dalam membentuk kepimpinan efektif"},"content":{"rendered":"\n<p>Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkasa integriti dalam kalangan warganya agar sistem pentadbiran universiti berjalan dengan baik dan efektif demi kecemerlangan masa depan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, UPSI menerusi Institut Pengajian Siswazah (IPS) mengadakan program Syarahan Eksekutif bertajuk \u201cIntegriti Dalam Kepimpinan\u201d yang disampaikan oleh Pro Canselor UPSI, Tan Sri Datuk Seri Dr. Ismail Bakar di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-left\">Mantan Ketua Setiausaha Negara itu berkongsi pengalaman selama 36 tahun dalam perkhidmatan awam dan empat tahun dalam perkhidmatan swasta yang sangat bernilai untuk dikongsi prinsip pentadbiran yang menjadi amalannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menyatakan integriti sebagai unsur penting dalam kehidupan harian khasnya berkaitan kepemimpinan seseorang dalam mentadbir organisasi yang perlu memiliki integriti kendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, integriti bukan hanya pematuhan kepada peraturan, tetapi kejujuran kendiri dihidupkan dalam diri petugas tanpa mengambil kira faktor luaran seperti nama, pangkat atau perhatian awam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKejujuran tidak selalu menguntungkan, dusta atau khianat pasti merugikan\u201d tegas beliau di dalam syarahannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut memberi penekanan tentang kepentingan\u00a0 pematuhan masa bekerja, kepimpinan yang tegas, kerjasama berpasukan, pemimpin meraikan idea orang yang dipimpin,\u00a0 rasa ihsan\u00a0 dalam kepimpinan,\u00a0 memahami masalah anggota pasukan serta perasaan empati\u00a0 terhadap orang bawahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, katanya seorang pemimpin perlu memiliki pemikiran kreatif, boleh mencipta nilai diri, bersemangat dalam mentadbir, daya ketahanan yang tinggi, sensitiviti, mempedulikan persekitaran, serta mengetahui visi dan misi organisasinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berpendapat seseorang pemimpin selain memiliki ilmu yang tinggi dan fleksibel, perlu mengetahui ke mana hala tuju yang hendak di bawah sebagai nilai tambah organisasinya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"507\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/431206943_861091516066685_1467046896403256140_n-1024x507.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-14119\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/431206943_861091516066685_1467046896403256140_n-1024x507.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/431206943_861091516066685_1467046896403256140_n-300x148.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/431206943_861091516066685_1467046896403256140_n-768x380.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/431206943_861091516066685_1467046896403256140_n-1536x760.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/431206943_861091516066685_1467046896403256140_n-2048x1013.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/431206943_861091516066685_1467046896403256140_n-600x297.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\"><sub>Tan Sri Datuk Seri Dr. Ismail Bakar bersama warga UPSI<\/sub><\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antrabangsa) UPSI. Prof. Dr. Abdul Rahim Razali ketika berucap menyatakan\u00a0 bahawa UPSI tekad mempertingkat integriti dalam kalangan warganya dan\u00a0 pernah memperoleh penarafan peringkat gangsa bagi Anugerah Integriti, Governan dan Anti Rasuah Kebangsaan pada tahun 2022.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIntegriti perlu difahami iaitu bersikap jujur dan daya kepatuhan yang ditonjolkan secara berterusan terhadap nilai-nilai serta prinsip moral berlandaskan etika sesuatu pekerjaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPS) UPSI, Prof. Dr. Raja Nor Safinas Raja Harun, dalam ucapan aluannya juga menyatakan IPS memberi penekanan kepada komitmen universiti terhadap pembentukan budaya integriti dalam menguruskan pengajian siswazah dan pentadbiran.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis kemudian berakhir dengan gimik pelancaran e-Perolehan, sebuah sistem pengurusan perolehan secara elektronik inisiatif Jabatan Bendahari yang menjadi platform bagi syarikat menawarkan bekalan barangan dan perkhidmatan secara atas talian kepada UPSI.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/431411547_861092372733266_3717426802280572852_n-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-14120\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/431411547_861092372733266_3717426802280572852_n-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/431411547_861092372733266_3717426802280572852_n-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/431411547_861092372733266_3717426802280572852_n-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/431411547_861092372733266_3717426802280572852_n-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/431411547_861092372733266_3717426802280572852_n-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/431411547_861092372733266_3717426802280572852_n.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\"><sub>Tan Sri Datuk Seri Dr. Ismail Bakar melancarkan ePerolehan di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah<\/sub><\/p>\n\n\n\n<p>Sistem ini memudahkan lebih daripada 13, 000 pembekal yang berdaftar untuk mendapat perolehan di UPSI secara lebih kompetitif dan mesra pelanggan.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI, Puan Sri Datuk Seri Rohani Abdullah; Ahli Lembaga Pengarah UPSI, Datuk Seri Ahmad Burak; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Innovasi), Profesor Dr. Suriani Abu Bakar serta\u00a0 Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof. Dr. Norkhalid Salimin.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis diserikan dengan tarian tradisional dan persembahan nasyid oleh kumpulan Bitara yang menyampaikan lagu &#8216;Merancang Kerja&#8217; dan &#8216;Rahmat Ramadan&#8217;.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkasa integriti dalam kalangan warganya agar sistem pentadbiran universiti berjalan dengan baik dan efektif demi kecemerlangan masa depan.&nbsp; Justeru, UPSI menerusi Institut Pengajian Siswazah (IPS) mengadakan program Syarahan Eksekutif bertajuk \u201cIntegriti Dalam Kepimpinan\u201d yang disampaikan oleh Pro Canselor UPSI, Tan Sri Datuk Seri Dr. Ismail Bakar di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":10,"featured_media":14118,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[49,29,99,139,1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14117"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/10"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14117"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14117\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14203,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14117\/revisions\/14203"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14118"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14117"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14117"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14117"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}