{"id":14367,"date":"2024-03-20T15:15:03","date_gmt":"2024-03-20T07:15:03","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=14367"},"modified":"2024-03-20T15:15:11","modified_gmt":"2024-03-20T07:15:11","slug":"upsi-hulur-bantuan-persekolahan-kepada-murid-orang-asli","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2024\/03\/20\/upsi-hulur-bantuan-persekolahan-kepada-murid-orang-asli\/","title":{"rendered":"UPSI hulur bantuan persekolahan kepada murid Orang Asli"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Tanjong Malim- <\/strong>Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan program kemasyarakatan dengan menghulurkan bantuan persekolahan kepada murid-murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Bersih, Slim River, Perak baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Program Kembali ke Sekolah itu dianjurkan dengan kerjasama Yakult, Pusat Pendidikan Daerah Mualim dan Pusat Kesihatan Muallim dalam usaha memastikan murid-murid Orang Asli tidak tidak mengalami keciciran dan dapat belajar dengan sejahtera di sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengetua Kolej Harun Aminurrashid UPSI, Dr. Che Anuar Che Abdullah berkata, program tersebut bertujuan memupuk perpaduan di antara UPSI dan masyarakat Orang Asli khususnya di negeri Perak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram sebegini dapat melahirkan rasa tanggungjawab sosial untuk bersama memberikan sesuatu yang bermanfaat dalam komuniti setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSikap ambil peduli dan ganding bahu perlu kita tanam untuk membangun masyarakat madani dan menerajui kecemerlangan intelek bagi anak-anak Orang Asli,\u201d katanya semasa pelancaran program itu di SK Pos Bersih, Slim River baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama Guru Besar SK Pos Bersih, Mohd Shah Md Nor.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"680\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/IMG_20240379_141727572-1100x730-1-1024x680.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-14368\" style=\"aspect-ratio:1.5058823529411764;width:824px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/IMG_20240379_141727572-1100x730-1-1024x680.png 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/IMG_20240379_141727572-1100x730-1-300x199.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/IMG_20240379_141727572-1100x730-1-768x510.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/IMG_20240379_141727572-1100x730-1-600x398.png 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/IMG_20240379_141727572-1100x730-1.png 1100w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em><sup>Program kesedaran kesihatan turut diadakan<\/sup><\/em><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Che Anuar berkata, dengan kepakaran dalam pelbagai bidang, sudah pasti UPSI akan terus bersama masyarakat untuk membangunkan pendidikan yang berkualiti tanpa menilai latar belakang, kaum dan nilai perbezaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKelestarian dalam menghidupkan kecemerlangan pelajar dari kalangan Orang Asli menjadi tanggungjawab bersama dan semua pihak perlu memainkan peranan untuk meningkatkan kualiti pendidikan yang ada di daerah pedalaman,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Mohd Shah menzahirkan rasa syukur dan gembira apabila UPSI dan rakan kolaborasi hadir ke sekolah dan membawa warna baharu dalam suasana persekolahan anak Orang Asli.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelihat kerjasama ini, membuatkan kami warga pendidik akan berusaha memberikan yang terbaik dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam program tersebut, murid Orang Asli diberi pendedahan berkaitan kebersihan diri, kesihatan tubuh badan dan imunisasi dalam mengelakkan diri daripada terkena penyakit berjangkit.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu juga, seramai 14 anak Orang Asli yang terpilih menerima sumbangan alat persekolahan dan suntikan motivasi bersemangat hadir ke sekolah. \u2013 Edisi 9<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tanjong Malim- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan program kemasyarakatan dengan menghulurkan bantuan persekolahan kepada murid-murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Bersih, Slim River, Perak baru-baru ini. Program Kembali ke Sekolah itu dianjurkan dengan kerjasama Yakult, Pusat Pendidikan Daerah Mualim dan Pusat Kesihatan Muallim dalam usaha memastikan murid-murid Orang Asli tidak tidak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":14369,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,17,176],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14367"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14367"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14367\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14370,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14367\/revisions\/14370"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14369"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14367"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14367"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14367"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}