{"id":15448,"date":"2024-05-14T16:15:57","date_gmt":"2024-05-14T08:15:57","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=15448"},"modified":"2024-05-14T16:16:05","modified_gmt":"2024-05-14T08:16:05","slug":"ncdrc-galak-hidup-lebih-sihat-melalui-program-jerayawara-pemakanan-seimbang-untuk-kanak-kanak-dan-keluarga","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2024\/05\/14\/ncdrc-galak-hidup-lebih-sihat-melalui-program-jerayawara-pemakanan-seimbang-untuk-kanak-kanak-dan-keluarga\/","title":{"rendered":"NCDRC galak hidup lebih sihat melalui Program Jerayawara Pemakanan Seimbang untuk kanak-kanak dan keluarga"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Shahaniza Shamsuddin, NCDRC<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim <\/strong><strong>\u2013<\/strong><strong> <\/strong>Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, sebanyak 21.2 peratus atau satu dalam lima&nbsp;kanak-kanak&nbsp;mengalami masalah&nbsp;bantut. Selain itu, rekod NHMS 2022 juga menunjukkan bahawa 6.8 peratus daripada remaja mengalami masalah&nbsp;bantut. Banyak kajian mendapati masalah ini turut dipengaruhi oleh masalah pemakanan dan malnutrisi. Pemakanan dan kesihatan saling berkait rapat dalam menggalakkan hidup yang lebih sejahtera.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai pusat rujukan kebangsaan terus memainkan peranan dalam menggalakkan masyarakat terutamanya ibu bapa untuk mengamalkan pemakanan seimbang kepada kanak-kanak dan keluarga. Dalam merealisasikan matlamat tersebut, NCDRC dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik TASKA dan TADIKA NCDRC UPSI, mengambil inisiatif mengadakan program Jerayawara Pemakanan Seimbang kepada ibu bapa dan komuniti pada 3 Mei dengan penglibatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Muallim dan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK).<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Timbalan Pengarah (Akademik dan Perkembangan Kanak-kanak), Dr. Masayu Dzainudin, \u201cprogram sebegini dijalankan bertujuan menggalakkan ibu bapa untuk menyediakan asas yang kukuh untuk kesihatan dan kesejahteraan anak-anak mereka dalam membantu mereka berkembang menjadi individu yang sihat dan bahagia. Anak-anak memerlukan nutrisi yang tepat untuk pertumbuhan dan perkembangan yang optimum. Pemakanan seimbang yang merangkumi berbagai jenis makanan memberikan nutrisi penting yang diperlukan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Program Jerayawara ini telah disampaikan oleh Pegawai Sains Pemakanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Muallim, Ili Dalila Tajudin dan Dr. Nurul Fadhilah Abdullah.<\/p>\n\n\n\n<p>Program Jerayawara ini telah disampaikan oleh Pegawai Sains Pemakanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Muallim, Ili Dalila Tajudin dan Ketua Jabatan Sains Kesihatan, FSSK, Dr. Nurul Fadhilah Abdullah, UPSI. Kedua-dua penceramah turut menekankan bahawa setiap manusia memerlukan makanan untuk terus hidup tetapi &nbsp;jenis makanan yang dimakan akan menentukan kualiti hidup yang kita jalani. Oleh itu, tabiat pemakanan yang sihat harus bermula sejak zaman kanak-kanak lagi dan ibu bapa serta ahli keluarga perlu bersama-sama dalam menerapkan pemakanan yang baik kepada anak-anak.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"579\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/NCD3-1024x579.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-15454\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/NCD3-1024x579.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/NCD3-300x169.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/NCD3-768x434.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/NCD3-1536x868.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/NCD3-600x339.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/NCD3.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sub>Ili Dalila dan Dr. Nurul Fadhilah turut mengadakan demonstrasi berkaitan pemakanan seimbang<\/sub><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Jerayawara pemakanan seimbang ini juga turut mendapat sambutan yang baik dari lebih 200 ibu bapa yang hadir memberi sokongan kepada program ini. Rata-rata ibu bapa berpendapat program sebegini perlu diberi penekanan berterusan bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak tentang keperluan pemakanan seimbang untuk pertumbuhan mereka.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"513\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/NCD5-1024x513.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-15455\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/NCD5-1024x513.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/NCD5-300x150.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/NCD5-768x384.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/NCD5-1536x769.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/NCD5-600x300.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/NCD5.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik (PIBP), Ts. Jamal Abdul Nasir Baharuddin berkata, program sebegini amat baik untuk diteruskan dari semasa ke semasa. Tambah beliau lagi, pemakanan yang betul sangat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa tidak boleh meletakkan seratus peratus kepada menu pemakanan di pusat asuhan atau sekolah tetapi ibu bapa jugalah yang perlu memainkan peranan besar dalam mengajar anak-anak tentang tabiat pemakanan yang sihat dari awal usia dalam menyediakan mereka untuk pilihan yang sihat sepanjang hayat.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Shahaniza Shamsuddin, NCDRC Tanjong Malim \u2013 Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, sebanyak 21.2 peratus atau satu dalam lima&nbsp;kanak-kanak&nbsp;mengalami masalah&nbsp;bantut. Selain itu, rekod NHMS 2022 juga menunjukkan bahawa 6.8 peratus daripada remaja mengalami masalah&nbsp;bantut. Banyak kajian mendapati masalah ini turut dipengaruhi oleh masalah pemakanan dan malnutrisi. Pemakanan dan kesihatan saling berkait rapat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":15457,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[185,17,102],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15448"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15448"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15448\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15458,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15448\/revisions\/15458"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15457"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15448"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15448"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15448"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}