{"id":16682,"date":"2024-06-25T09:14:51","date_gmt":"2024-06-25T01:14:51","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=16682"},"modified":"2024-06-25T09:15:00","modified_gmt":"2024-06-25T01:15:00","slug":"ncdrc-dedah-kemahiran-saintifik-kanak-kanak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2024\/06\/25\/ncdrc-dedah-kemahiran-saintifik-kanak-kanak\/","title":{"rendered":"NCDRC Dedah Kemahiran Saintifik Kanak-Kanak"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Oleh:<\/strong> <strong>Nurul Husmi Sulaiman<\/strong><br><strong>25 Jun 2024<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim:<\/strong> Pembelajaran melalui kemahiran saintifik memberi impak positif kepada perkembangan awal kanak-kanak dengan menekankan kemahiran sains awal. Kemahiran ini fokus kepada perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran. Kanak-kanak mempelajari sesuatu konsep dengan baik melalui pendedahan aktiviti yang dilakukan dengan pemerhatian, penerokaan, dan penyiasatan mendalam terhadap topik yang diminati.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi memastikan setiap kanak-kanak di Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) mendapat pendidikan terbaik, NCDRC mula mengorak langkah mendedahkan kanak-kanak berusia empat tahun kepada aktiviti penerokaan alam sekitar melalui penyiasatan sifat bahan. Aktiviti ini melibatkan penerokaan dan pemerhatian penyiasatan terhadap buah lemon dan soda. Seramai 20 orang kanak-kanak terlibat dalam aktiviti ini yang dijalankan oleh pendidik NCDRC.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/WhatsApp-Image-2024-06-25-at-07.25.15_37a1ff3b-768x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-16683\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/WhatsApp-Image-2024-06-25-at-07.25.15_37a1ff3b-768x1024.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/WhatsApp-Image-2024-06-25-at-07.25.15_37a1ff3b-225x300.jpg 225w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/WhatsApp-Image-2024-06-25-at-07.25.15_37a1ff3b-600x800.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/WhatsApp-Image-2024-06-25-at-07.25.15_37a1ff3b.jpg 960w\" sizes=\"(max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Pengarah NCDRC, Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa, menyatakan bahawa kanak-kanak lebih memahami sesuatu topik jika terlibat secara langsung dalam aktiviti penyiasatan, terutamanya dalam penerokaan bahan dan alam. Kanak-kanak dapat memerhati dan melihat sendiri perubahan yang berlaku serta dapat menyatakan pandangan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengurus NCDRC, Norazlina Khairuddin, berkata bahawa kanak-kanak di NCDRC sudah mula didedahkan dengan aktiviti saintifik sejak usia bayi lagi. \u201cAktiviti sebegini telah kami dedahkan kepada kanak-kanak sejak mereka berusia bayi melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang secara bersesuaian dengan perkembangan umur. Kita dapat lihat perbezaan yang berlaku dari segi tindak balas kanak-kanak mengikut usia.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>NCDRC terus komited melestarikan pembelajaran yang bersesuaian, seimbang, dan menarik bagi memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan terbaik. NCDRC juga bersedia berkongsi kepakaran pendidik kepada komuniti dan masyarakat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nurul Husmi Sulaiman25 Jun 2024 Tanjong Malim: Pembelajaran melalui kemahiran saintifik memberi impak positif kepada perkembangan awal kanak-kanak dengan menekankan kemahiran sains awal. Kemahiran ini fokus kepada perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran. Kanak-kanak mempelajari sesuatu konsep dengan baik melalui pendedahan aktiviti yang dilakukan dengan pemerhatian, penerokaan, dan penyiasatan mendalam terhadap topik yang diminati. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":10,"featured_media":16684,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[49,71,29,102],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16682"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/10"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16682"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16682\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16685,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16682\/revisions\/16685"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16684"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16682"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16682"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16682"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}