{"id":18394,"date":"2024-08-23T10:00:36","date_gmt":"2024-08-23T02:00:36","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=18394"},"modified":"2024-08-23T10:00:37","modified_gmt":"2024-08-23T02:00:37","slug":"fsk-anjur-ceramah-umum-tingkatkan-kesedaran-cintakan-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2024\/08\/23\/fsk-anjur-ceramah-umum-tingkatkan-kesedaran-cintakan-negara\/","title":{"rendered":"FSK Anjur Ceramah Umum, Tingkatkan Kesedaran Cintakan Negara"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p>Tanjong Malim, 22 Ogos 2024- Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan ceramah umum bertajuk \u2018Islam dan Kesederhanaan Dalam Kontroversi Dunia Hari Ini\u2019<\/p>\n\n\n\n<p>Ceramah yang berlangsung di Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI disampaikan oleh Profesor Adjung, Fakulti Sains Kemanusiaan, Datuk Dr. Afifi Al- Akiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, perbincangan dan pendedahan berhubung isu berkaitan dengan Islam dan kesederhanaan dalam kontroversi yang berlaku pada hari ini sangat signifikan untuk membina dan menanam \u2018karomah insaniah\u2019 kepada para pendidik dan bakal guru yang ada di UPSI ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSejak kebelakangan ini, kita sering mendengar tentang kekalutan dan kacau bilau yang timbul ekoran daripada kegagalan anggota masyarakat untuk menerima dan mengiktiraf perbezaan pandangan antara satu sama lain.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"684\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/WhatsApp-Image-2024-08-22-at-17.47.02-1024x684.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-18396\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/WhatsApp-Image-2024-08-22-at-17.47.02-1024x684.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/WhatsApp-Image-2024-08-22-at-17.47.02-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/WhatsApp-Image-2024-08-22-at-17.47.02-768x513.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/WhatsApp-Image-2024-08-22-at-17.47.02-1536x1025.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/WhatsApp-Image-2024-08-22-at-17.47.02-600x401.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/WhatsApp-Image-2024-08-22-at-17.47.02.jpeg 1600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Datuk Dr. Afifi Al- Akiti semasa menyampaikan ceramah beliau.<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, rusuhan yang dibenihkan dan dijana oleh sikap prejudis dalam anggota masyarakat yang berbeza etnik di United Kingdom atau rusuhan anti pelancong di Barcelona ekoran dari tekanan ekonomi, contohnya memperlihatkan kepada kita tentang bahaya yang timbul akibat kesukaran dan keengganan untuk menerima dengan terbuka perbezaan yang datang daripada orang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai warga Malaysia, kita perlu sentiasa sedar bahawa keengganan dan sikap prejudis kepada kumpulan yang berbeza daripada kita akan memberikan kesan yang negatif kepada keharmonian dalam negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI kini berusaha sedaya mungkin untuk meneruskan legasi kegemilangan institusi ini sejak 100 tahun yang lalu dan kini UPSI sedang bergerak untuk merealisasikan UPSI sebagai peneraju kebitaraan pendidikan di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSalah satu daripada cara untuk kita merealisasikan impian ini adalah dengan memperkasakan jati diri para mahasiswa yang bakal berkhidmat kepada anak bangsa satu hari nanti dengan mendedahkan mereka kepada input yang berguna seperti yang kita lakukan melalui majlis pada hari ini,\u201d kata beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Dekan, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI, Prof. Madya Ts. Dr. Nor Kalsum Mohd Isa berkata, sifat cakna kepada perkembangan yang terjadi dan isu yang tercetus di peringkat kebangsaan dan antarabangsa amat penting dalam usaha untuk menyuburkan nilai peribadi guru yang mempunyai sifat empati.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, sikap ini akan membolehkan mereka memahami isu yang timbul dalam masyarakat dari perspektif yang menyeluruh dan seimbang.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/HAS_2879-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-18397\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/HAS_2879-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/HAS_2879-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/HAS_2879-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/HAS_2879-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/HAS_2879-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/HAS_2879-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Dr. Nor Kalsum memberi ucapan<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI sebagai institusi pendidikan juga ingin memainkan peranannya sebagai institusi pendidikan yang menyuburkan sikap rasional dan sentiasa peka untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan dalam negara yang kita cintai ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cGuru lepasan UPSI perlulah aktif dalam usaha untuk melahirkan generasi muda yang menghargai, mengamalkan, mempertahankan dan menyuburkan perpaduan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMajlis ilmu sebegini saya harap mampu menyemarakkan usaha untuk melahirkan graduan yang sentiasa peka kepada perkembangan semasa dan komited dalam mendukung usaha bagi menjamin keharmonian negara,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir sama Pro Canselor UPSI, Tan Sri Datuk Haji Alimuddin Haji Mohd Dom; Pengarah, Jabatan Strategik, Prof. Dr. Azmi Mohamed; Penasihat Undang-Undang UPSI, Puan Salwati Mohd Aris.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak Tanjong Malim, 22 Ogos 2024- Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan ceramah umum bertajuk \u2018Islam dan Kesederhanaan Dalam Kontroversi Dunia Hari Ini\u2019 Ceramah yang berlangsung di Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI disampaikan oleh Profesor Adjung, Fakulti Sains Kemanusiaan, Datuk Dr. Afifi Al- Akiti. Beliau berkata, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":18395,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[166,138],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18394"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18394"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18394\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18398,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18394\/revisions\/18398"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18395"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18394"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18394"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18394"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}