{"id":18588,"date":"2024-09-02T14:35:38","date_gmt":"2024-09-02T06:35:38","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=18588"},"modified":"2024-09-02T14:35:40","modified_gmt":"2024-09-02T06:35:40","slug":"suksis-upsi-santuni-anak-warisan-pos-bakong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2024\/09\/02\/suksis-upsi-santuni-anak-warisan-pos-bakong\/","title":{"rendered":"SUKSIS UPSI Santuni Anak Warisan Pos Bakong"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Nur Zawani Abd Rasid<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Ulu Slim, 6 Ogos 2024  \u2013<\/strong> Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan program bagi menyantuni masyarakat Orang asli di Pos Bakong dengan kerjasama antara Kor SUKSIS dan Puan Shahhaiza Md Khir dari agensi Ikon Gigi Perak.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran program ini berkesinambungan dengan misi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu \u2018Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada\u2019. Slogan ini juga amat dekat dengan Kor SUKSIS UPSI yang mana, mereka bukan sahaja mahasiswa\/i Universiti Pendidikan Sultan Idris tetapi juga merupakan separuh dari pihak PDRM.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir merasmikan program Khidmat Masyarakat : Santuni Anak Warisan ialah Pegawai Penyelaras Kor SUKSIS UPSI, ASP Irwan Ahmad.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"435\" height=\"314\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/2-2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-18593\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/2-2.png 435w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/2-2-300x217.png 300w\" sizes=\"(max-width: 435px) 100vw, 435px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Penyerahan cenderahati kepada Tok Batin Pos Bakong,Yok Pace yang disampaikan oleh Pegawai Penyelaras Kor SUKSIS UPSI, ASP Irwan Ahmad<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurut ASP Irwan, program ini bukan sahaja berkesinambungan dari slogan PDRM, tetapi ia juga adalah satu inisatif untuk memberi pendedahan dan membuka minda masyarakat kampung dan pelatih Kor SUKSIS berkenaan dengan tradisi orang asli dan dunia luar. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pelatih-pelatih ini bukanlah seratus peratus dari pasukan PDRM tetapi mereka juga merupakan mahasiswa\/i yang sedang melanjutkan pembelajaran yang mana ia membantu menambah input baru yang boleh diaplikasikan semasa dalam dunia pekerjaan. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Begitu juga dengan masyarakat kampung, melalui program ini juga diharapkan agar dapat menyuntik keinginan mereka untuk maju selangkah ke hadapan yang terinspirasi dalam kalangan pelatih kami,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Penerapan inti program ini amat dititikberatkan oleh penganjur bagi memastikan salah satu objektif utama iaitu silang budaya itu wujud. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara aktiviti program yang dijalankan ialah gotong-royong memasak bersama orang kampung, ceramah Malaria dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, pemeriksaan kesihatan, aktiviti mewarna bagi kanak-kanak, sukan rakyat, wayang pacak dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"387\" height=\"291\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/3-2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-18595\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/3-2.png 387w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/3-2-300x226.png 300w\" sizes=\"(max-width: 387px) 100vw, 387px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Aktiviti menyumpit yang disedia khas oleh orang kampung Pos Bakong<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"389\" height=\"343\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/4-2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-18596\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/4-2.png 389w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/4-2-300x265.png 300w\" sizes=\"(max-width: 389px) 100vw, 389px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Aktiviti cari harta karung yang disediakan oleh pelatih Kor SUKSIS untuk masyarakat<\/sup> <sup>kampung<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>\u201cIni adalah satu penghormatan buat kami. Diikutkan ini adalah pertama kali program sedemikian dianjurkan di kawasan saya. Hal ini kerana program sebegini banyak diadakan di pos lain akibat kampung ini yang agak kurang memuaskan dari segi kemudahan untuk mengadakan aktiviti seperti ketiadaan dewan tertutup, lantai bersimen dan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p>Buat pertama kalinya saya dapat melihat secara menyeluruh orang kampung di sini seperti anak-anak kecil, orang tua, remaja dan sebagainya dapat bergembira, belajar perkara baru dan menyilang budaya kami kepada anak-anak Universiti Pendidikan Sultan Idris,\u201d ujar Tok Batin Pos Bakong, Yok Pes.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut terlibat dalam program ini Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memberi pendedahan kepada masyarakat kampung Pos Bakong berkenaan dengan nyamuk Malaria yang disampaikan oleh Dr Nurhidayah. <\/p>\n\n\n\n<p>Diselitkan juga pemeriksaan kesihatan percuma dari Unit Saringan Kesihatan Bergerak kepada masyarakat kampung Pos Bakong bagi meninjau tahap kesihatan yang dialami oleh masyarakat kampung Pos Bakong.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"410\" height=\"308\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/5-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-18598\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/5-1.png 410w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/5-1-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 410px) 100vw, 410px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Pemeriksaan kesihatan percuma kepada masyarakat kampung<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Pihak Kor SUKSIS UPSI juga amat berbesar hati dan merakamkan jutaan terima kasih kepada Ikon Gigi Perak selaku Presiden Kaum Perak, Puan Shahhaiza Md Khir kerana sudi berkolaberasi serta memerah tenaga bersama pelatih Kor SUKSIS UPSI bagi menjayakan program ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Pendedahan beliau berkenaan dengan masyarakat orang asli di sini berkenaan dengan aktiviti kegemaran mereka, makanan kesukaan dan perkara yang tidak digemarkan masyarkat di sini membantu memudahkan Skuad 18 Kor SUKSIS dalam menyusun perancangan aktiviti sepanjang program. <\/p>\n\n\n\n<p>Nasihat, perkongsian ilmu dan pengorbanan beliau dalam membimbing Skuad 18 untuk menjayakan program ini tidak dapat dilupakan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"416\" height=\"312\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/6.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-18600\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/6.png 416w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/6-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 416px) 100vw, 416px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Penyerahan cenderahati kepada Puan Shahhaiza oleh jurulatih Skuad 18, Sarjan Zulindawati<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Kor Suksis UPSI berharap melalui penyertaan aktif pelatih-pelatih Kor SUKSIS ini, program ini dapat melahirkan individu yang memiliki karisama dari segi penerapan nilai-nilai moral lebih-lebih lagi mempunyai sikap yang ringan tulang dalam membantu komuniti sekeliling. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan setakat itu sahaja, pihak Kor SUKSIS juga berharap hasil penglibatan dalam program ini dapat mengukuhkan hubungan dan nilai kerjasama antara mahasiswa\/i universiti dan masyarakat sekitar yang mampu membentuk suasana sekeliling yang harmoni dan saling menyokong.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Nur Zawani Abd Rasid Ulu Slim, 6 Ogos 2024 \u2013 Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan program bagi menyantuni masyarakat Orang asli di Pos Bakong dengan kerjasama antara Kor SUKSIS dan Puan Shahhaiza Md Khir dari agensi Ikon Gigi Perak. Penganjuran program ini berkesinambungan dengan misi pihak Polis [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":18592,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,1,177],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18588"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18588"}],"version-history":[{"count":9,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18588\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18604,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18588\/revisions\/18604"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18592"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18588"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18588"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18588"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}