{"id":18899,"date":"2024-09-19T16:58:41","date_gmt":"2024-09-19T08:58:41","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=18899"},"modified":"2024-09-19T16:58:46","modified_gmt":"2024-09-19T08:58:46","slug":"spring-picnic-ncdrc-sayangi-dan-hargai-alam-sekitar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2024\/09\/19\/spring-picnic-ncdrc-sayangi-dan-hargai-alam-sekitar\/","title":{"rendered":"Spring Picnic NCDRC: Sayangi dan Hargai Alam Sekitar"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Noor Sharizad Rohaizad<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 13 September 2024-<\/strong> Sebuah program dirancang supaya kanak-kanak dapat mempelajari tentang alam semulajadi supaya kanak-kanak lebih menghargai alam sekitar. Selain itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan kemahiran sosial semasa berinteraksi dengan rakan-rakan dan bekerjasama dalam aktiviti kumpulan supaya dapat meningkatkan semangat berpasukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang dijalankan di taman bersebelahan Muzium Nasional ini melibatkan 26 orang kanak-kanak Tadika Bitara NCDRC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Ibu bapa turut menyediakan pelbagai juadah bagi tujuan perkelahan kanak-kanak. Kanak-kanak sangat teruja dan gembira sepanjang perkelahan berlangsung.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"743\" height=\"556\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/1-20.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-18901\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/1-20.png 743w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/1-20-300x224.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/1-20-600x449.png 600w\" sizes=\"(max-width: 743px) 100vw, 743px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Kanak-kanak bersama Prof. Dr. Santharasekaran Subramaniam dan Pendidik<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurut pengarah program, Cik Lai Xiao Yue yang merupakan pelajar diploma semester 6, program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sesi 2023\/2024, program ini dapat menggalakkan kanak-kanak lebih mengenali alam sekitar ketika berkelah. \u201cKanak-kanak juga dapat menghargai alam sekitar melalui program seperti mengutip sampah, tidak memetik tumbuh-tumbuhan serta tidak membuang sampah merata-rata\u201d, katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain perkelahan, kanak-kanak juga berpeluang menyertai aktiviti sukaneka yang menarik yang dirancang oleh guru pelatih. Aktiviti sukaneka berkonsepkan alam semulajadi turut diterapkan seperti kanak-kanak diminta untuk mencari batu, ranting kayu dan daun sebagai tiket sebelum menjamu selera.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"831\" height=\"625\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/4-16.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-18903\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/4-16.png 831w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/4-16-300x226.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/4-16-768x578.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/4-16-600x451.png 600w\" sizes=\"(max-width: 831px) 100vw, 831px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Gambar kanak-kanak 5 Earth bersama pendidik<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Prof. Dr. Santharasekaran Subramaniam selaku Pengarah International Peace Human Rights Education Council (IPHREC) turut hadir dan menyertai perkelahan bersama anak-anak sambil memberikan motivasi kepada semua guru agar terus memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak kecil mendapat ilmu yang bermanfaat untuk terus menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab untuk kesejahteraan bersama.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"806\" height=\"604\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/5-12.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-18904\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/5-12.png 806w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/5-12-300x225.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/5-12-768x576.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/5-12-600x450.png 600w\" sizes=\"(max-width: 806px) 100vw, 806px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Gambar kanak-kanak menikmati juadah makanan.<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cPara guru sekolah dilihat amat komited dan peramah dalam mendidik anak-anak prasekolah. Guru-guru amat prihatin dan bertanggungjawab mengajar kanak-kanak mengenai adab berkawan, makan bersama dan saling berkongsi makanan\u2019\u2019, menurut beliau lagi. Sebelum pulang, beliau sempat berpesan kepada guru dan kanak-kanak untuk menyayangi dan memelihara alam sekitar dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Aktiviti riadah atau perkelahan perlu dimanfaatkan dalam kehidupan oleh masyarakat kerana ianya banyak memberi impak yang positif. Selain itu, aktiviti-aktiviti reakreasi mampu menjadi medium perhubungan silaturrahim antara keluarga, rakan-rakan dan juga komuniti. Bersama-sama kita melahirkan generasi yang berfikiran waja, sihat jasmani dan rohani serta hidup dalam harmoni.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Noor Sharizad Rohaizad Tanjong Malim, 13 September 2024- Sebuah program dirancang supaya kanak-kanak dapat mempelajari tentang alam semulajadi supaya kanak-kanak lebih menghargai alam sekitar. Selain itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan kemahiran sosial semasa berinteraksi dengan rakan-rakan dan bekerjasama dalam aktiviti kumpulan supaya dapat meningkatkan semangat berpasukan. Program yang dijalankan di taman bersebelahan Muzium Nasional [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":18900,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,102],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18899"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18899"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18899\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18905,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18899\/revisions\/18905"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18900"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18899"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18899"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18899"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}