{"id":19339,"date":"2024-10-15T09:29:57","date_gmt":"2024-10-15T01:29:57","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=19339"},"modified":"2024-10-15T09:29:59","modified_gmt":"2024-10-15T01:29:59","slug":"kecipi-jalinan-mesra-komuniti-di-99-wonderland-park","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2024\/10\/15\/kecipi-jalinan-mesra-komuniti-di-99-wonderland-park\/","title":{"rendered":"KECIPI: JALINAN MESRA KOMUNITI DI 99 WONDERLAND PARK"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Muhammad Mukhlis Wafi Mohd Lazim dan Ainur Farisya Mohamad Hafizi<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Selayang, 6 Oktober 2024 \u2013<\/strong> Setiap kali kita bercakap tentang penglibatan keluarga dalam pendidikan untuk kanak-kanak, kita membincangkan bagaimana ibu bapa, penjaga, dan ahli keluarga memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan akademik dan peribadi kanak-kanak. <\/p>\n\n\n\n<p>Penglibatan keluarga yang aktif dapat membantu meningkatkan prestasi akademik, membentuk sikap positif terhadap pembelajaran, dan menggalakkan kanak-kanak untuk mengembangkan rasa tanggungjawab terhadap pendidikan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru itu, satu program yang bertajuk Program Keluarga Cilik Pembelajaran Interaktif (KeCiPI) yang dijalankan di 99 Wonderland Park merupakan sebuah program yang bertujuan untuk mencipta memori berharga bagi kanak-kanak melalui pengalaman pembelajaran yang interaktif. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini melibatkan kolaborasi antara 99 Wonderland Park dan kerjasama daripada Persatuan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sidang 2024\/2025 dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) serta sokongan padu daripada Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini telah membawa impian seramai 71 orang pelajar semester 4 dalam kursus KAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada tarikh 5 dan 6 Oktober 2024 bakal terpahat sebagai kenangan manis dalam hati pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Semester 4 iaitu batch <em>Zealous <\/em>dengan lokasi yang menarik di 99 Wonderland Park Wildlife in the City menjadi latar belakang kepada perjalanan penuh makna ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Di bawah bimbingan pensyarah yang komited, Puan Iylia Mohamad dan diketuai oleh Pengarah Program KeCiPI, Nur Umairah Nur Muzam, program ini tidak akan terwujud tanpa kerjasama erat antara pelajar dan pensyarah. <\/p>\n\n\n\n<p>Turut dihormati, Ms Mandy, Pengurus 99 Wonderland Park, yang merasmikan program ini, memberikan sambutan hangat kepada semua pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak semester 4.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"502\" height=\"375\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/2-14.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-19342\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/2-14.png 502w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/2-14-300x224.png 300w\" sizes=\"(max-width: 502px) 100vw, 502px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>KeCiPI bukan sekadar program, KeCiPI adalah sebuah platform untuk memupuk keyakinan pelajar dalam berkomunikasi dengan komuniti, terutama ibu bapa dan kanak-kanak. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara objektif utamanya adalah untuk melatih pelajar mengurus kanak-kanak dengan bijak dan membina kemahiran sosial yang kritikal. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai salah satu program tahunan UPSI yang sangat dinanti-nantikan, program ini membawa pelbagai aktiviti interaktif seperti pameran booth yang berunsurkan penglibatan ibu bapa, di mana setiap kumpulan pelajar akan mengendalikan booth mereka sendiri.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"439\" height=\"331\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/3-14.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-19343\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/3-14.png 439w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/3-14-300x226.png 300w\" sizes=\"(max-width: 439px) 100vw, 439px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"427\" height=\"320\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/4-13.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-19344\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/4-13.png 427w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/4-13-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 427px) 100vw, 427px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Antara aktiviti menarik yang dipamerkan adalah penerangan daripada pihak 99 Wonderland Park mengenai konservasi hidupan liar, dan ini diikuti dengan sesi lawatan ke booth-booth interaktif yang dikendalikan oleh kumpulan pelajar. <\/p>\n\n\n\n<p>Setiap booth akan membawa peserta, termasuk ibu bapa dan kanak-kanak, mengembara ke dunia pembelajaran yang mengujakan. Sesi ini turut memberi ruang kepada pelajar UPSI untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti luar, yang menjadikan mereka lebih peka dan berempati terhadap keperluan dan kehendak masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapan perasmian, perasmi menekankan betapa pentingnya penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak. Antara kata-kata beliau ialah, \u201cSetiap langkah kecil anak-anak kita adalah permulaan pada langkah besar di masa hadapan. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"431\" height=\"325\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/5-7.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-19345\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/5-7.png 431w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/5-7-300x226.png 300w\" sizes=\"(max-width: 431px) 100vw, 431px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"447\" height=\"252\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/6-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-19346\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/6-3.png 447w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/6-3-300x169.png 300w\" sizes=\"(max-width: 447px) 100vw, 447px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Melalui program seperti KeCiPI, kita membuka pintu kepada dunia penuh potensi bagi kanak-kanak ini.\u201d Ucapan yang menggugah semangat itu tidak sekadar memberi motivasi kepada pelajar, tetapi juga menyuntik rasa bangga kepada ibu bapa yang hadir, memperkukuh lagi hubungan keluarga dalam pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Program KeCiPI telah berjaya menarik penyertaan seramai 250 peserta, terdiri daripada pelajar, ibu bapa, dan kanak-kanak. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara impak utama program ini ialah kesedaran yang tinggi dalam kalangan ibu bapa mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dan bagaimana mereka boleh memainkan peranan yang lebih aktif dalam membimbing anak-anak mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, pelajar yang terlibat turut memperoleh pengalaman berharga dalam mengurus program dan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat yang pastinya akan meningkatkan keyakinan diri mereka dalam mengharungi dunia pendidikan di masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiap pelajar yang terlibat juga berpeluang untuk menimba ilmu dan mempraktikkan teori pembelajaran mereka dalam situasi sebenar. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada para peserta, malah turut membuka ruang kepada pihak luar untuk memahami betapa pentingnya pendidikan awal kanak-kanak. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebagaimana yang diharapkan, program ini menjadi satu lonjakan dalam mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan oleh UPSI dalam Pelan Strategik 2021-2025, terutamanya dalam aspek kebitaraan pendidikan dan kecemerlangan graduan.<\/p>\n\n\n\n<p>Saat-saat berharga sepanjang program telah diabadikan melalui gambar-gambar aktiviti yang bukan sahaja menjadi kenangan manis buat peserta, tetapi juga sebagai bukti komitmen dan dedikasi pelajar dalam menjayakan program ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari saat persiapan tapak pameran, hingga sesi fotografi di penghujung acara, setiap detik terakam dengan penuh kegembiraan dan keazaman.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-3 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"449\" height=\"337\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/7-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-19347\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/7-1.png 449w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/7-1-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 449px) 100vw, 449px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"477\" height=\"356\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/8-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-19348\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/8-1.png 477w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/8-1-300x224.png 300w\" sizes=\"(max-width: 477px) 100vw, 477px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Program KeCiPI melambangkan sinergi antara pelajar, ibu bapa, dan masyarakat dalam membina masa depan anak-anak yang cemerlang. Dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dengan teliti dan objektif yang jelas, program ini pastinya akan meninggalkan impak mendalam kepada setiap individu yang terlibat. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini bukan sekadar memenuhi keperluan akademik, tetapi turut membentuk jiwa pelajar menjadi lebih bertanggungjawab dan berwawasan. Sesungguhnya, KeCiPI adalah satu langkah kecil menuju masa depan yang lebih cerah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Muhammad Mukhlis Wafi Mohd Lazim dan Ainur Farisya Mohamad Hafizi Selayang, 6 Oktober 2024 \u2013 Setiap kali kita bercakap tentang penglibatan keluarga dalam pendidikan untuk kanak-kanak, kita membincangkan bagaimana ibu bapa, penjaga, dan ahli keluarga memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan akademik dan peribadi kanak-kanak. Penglibatan keluarga yang aktif dapat membantu meningkatkan prestasi akademik, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":19341,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,29,1,212,245,103],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19339"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19339"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19339\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19349,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19339\/revisions\/19349"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19341"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19339"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19339"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19339"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}