{"id":19930,"date":"2024-11-07T08:21:34","date_gmt":"2024-11-07T00:21:34","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=19930"},"modified":"2024-11-07T08:21:37","modified_gmt":"2024-11-07T00:21:37","slug":"anugerah-akademik-bitara-beri-pengiktirafan-kepada-warga-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2024\/11\/07\/anugerah-akademik-bitara-beri-pengiktirafan-kepada-warga-upsi\/","title":{"rendered":"Anugerah Akademik Bitara Beri Pengiktirafan Kepada Warga UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 6 November 2024 \u2013<\/strong> Majlis Anugerah Akademik Bitara (AKIRA) 2023, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diadakan hari ini dianjurkan bagi memberi pengiktirafan tertinggi kepada warga UPSI yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata pengiktirafan ini adalah mercu tanda UPSI dalam melonjakkan potensi ahli akademik UPSI ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk Anugerah Akademik Negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, sebanyak 40 anugerah dipertandingkan dan pada kali ini, 50 penerima anugerah dinobatkan pada majlis yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"586\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/1-1-1024x586.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-19932\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/1-1-1024x586.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/1-1-300x172.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/1-1-768x440.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/1-1-1536x880.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/1-1-2048x1173.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/1-1-600x344.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Ahli Lembaga Pengarah UPSI, Senator Datuk Dr. Haji Azhar Ahmad (tengah,depan) bersama barisan pengurusan tertinggi UPSI dan penerima anugerah akademia sempena Majlis Anugerah Akademik Bitara (AKIRA) 2023<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cPenghargaan setelusnya kepada para pensyarah dan kakitangan akademik yang telah menjadi pendorong utama dalam mengangkat martabat pendidikan tinggi, mendidik anak bangsa dengan keilmuan dan nilai-nilai murni.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSambutan Hari Akademia ini menjadi peluang terbaik untuk kita menghargai dan mengiktiraf&nbsp; peranan penting warga akademik dalam membina generasi masa depan yang berjaya, berwibawa dan bertanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam majlis yang sama turut diadakan peluncuran tiga sistem utama dalam pemantapan kawal selia dan pemantauan di UPSI sempena bulan integriti iaitu Sistem MyADIA (Audit Division Index Accountability), Sistem Pengurusan Aduan Integriti (i-Care) dan Project Monitoring System (PMS).<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/4-1024x682.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-19935\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/4-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/4-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/4-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/4-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/4-2048x1365.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/4-600x400.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff menyampaikan ucapan aluan sempena Majlis Anugerah Akademik Bitara, Hari Integriti dan Hari Pengasasan SITC-MPSI-IPSI-UPSI<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurut Profesor Datuk Dr. Md Amin, sistem MyADIA adalah platform interaktif yang memperkukuhkan pengauditan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti (IA), menghubungkan Pusat Tanggungjawab (PTj) dengan juruaudit secara maya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui platform ini, kita bukan hanya meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan, tetapi memastikan UPSI sentiasa berada di barisan hadapan dalam menjalankan operasi secara telus dan beretika.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, Sistem Pengurusan Aduan Integriti (i-Care) pula adalah wadah bagi warga UPSI dan masyarakat untuk melaporkan kesalahan seperti rasuah dan penyelewangan yang memainkan peranan dalam memastikan keluhuran dan integriti di UPSI terus dipelihara.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala, Sistem PMS pula adalah langkah progresif ke arah pengurusan projek secara digital, memperkukuhkan pentadbiran pembangunan universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKesemua inisiatif ini mencerminkan komitmen UPSI untuk terus maju sebagai institusi yang mengutamakan integriti, kecekapan dan tanggungjawan dalam setiap aspek,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis Anugerah Akademik Bitara (AKIRA) 2023 pada kali ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Akademia, Bulan Integriti dan Hari Pengasasan SITC-MPSI-IPSI-UPSI anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC) dan Pusat Pembangunan Akademik (PPA) dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Akademik (PEKA), Unit Integriti dan Institut Peradaban Melayu (IPM).<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir merasmikan majlis tersebut, Ahli Lembaga Pengarah UPSI, Senator Datuk Dr. Haji Azhar Ahmad<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, AKIRA sebelum ini telah terbukti sebagai platform dan medium terbaik bagi persediaan calon UPSI dalam pelbagai pengiktirafan ke penganugerahan yang lebih tinggi.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"2560\" height=\"1706\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/2-1024x682.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-19933\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/2-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/2-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/2-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/2-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/2-2048x1365.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/2-600x400.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Ahli Lembaga Pengarah UPSI, Senator Datuk Dr. Haji Azhar Ahmad (empat dari kiri) menyempurnakan gimik perasmian sempena Majlis Anugerah Akademik Bitara, Hari Integriti dan Hari Pengasasan SITC-MPSI-IPSI-UPSI<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan setinggi tahniah kepada UPSI kerana telah kali pertama memenangi Anugerah Khas Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) pada tahun 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Ujarnya, anugerah tersebut dirangkul oleh Dr. Hamidah Idris sebagai Naib Johan dalam Kategori Pengajaran Transformatif menerusi inovasi \u201cUnifying PSI: Learn-Create-Deliver for Educators\u201d dan Dr. Laili Farhana Md Ibharim di Tempat Ketiga dalam Kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif (Teradun) bagi inovasi \u201cGameBIZ Challenge: Pendekatan Inovatif Pembelajaran Berasaskan Cabaran untuk Keusahawanan Permainan\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAnugerah ini bukan sahaja tanda pengiktirafan, tetapi juga pencetus semangat kepada semua warga akademik untuk terus melakar kejayaan di masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/3-1024x682.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-19934\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/3-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/3-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/3-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/3-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/3-2048x1365.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/3-600x400.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Ahli Lembaga Pengarah UPSI, Senator Datuk Dr. Haji Azhar Ahmad semasa menyampaikan ucapan perasmian.<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cDalam meraikan kejayaan akademik, Hari Akademia yang disambut ini mengingatkan kita akan peranan penting golongan pendidik dan penyelidik dalam membentuk generasi akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAnugerah Akademia Bitara 2023 akan menjadi wahana berprestij yang berterusan dalam mengiktiraf dan meraikan jasa-jasa serta pencapaian ahli akademik,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/5-1024x682.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-19936\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/5-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/5-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/5-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/5-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/5-2048x1365.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/5-600x400.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Ahli Lembaga Pengarah UPSI, Senator Datuk Dr. Haji Azhar Ahmad (tengah) bergambar bersama tetamu yang hadir<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr. Suriani Abu Bakar; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr. Abdul Rahim Razalli; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr. Norkhalid Salimin; Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak Tanjong Malim, 6 November 2024 \u2013 Majlis Anugerah Akademik Bitara (AKIRA) 2023, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diadakan hari ini dianjurkan bagi memberi pengiktirafan tertinggi kepada warga UPSI yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata pengiktirafan ini adalah mercu tanda UPSI [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":19931,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[29,154,137,206,150,144,196],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19930"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19930"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19930\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19937,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19930\/revisions\/19937"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19931"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19930"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19930"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19930"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}