{"id":19938,"date":"2024-11-07T14:24:28","date_gmt":"2024-11-07T06:24:28","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=19938"},"modified":"2024-11-07T14:24:41","modified_gmt":"2024-11-07T06:24:41","slug":"upsi-komited-lahirkan-kualiti-pendidikan-awal-kanak-kanak-melalui-program-kolokium-thalatha-tisa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2024\/11\/07\/upsi-komited-lahirkan-kualiti-pendidikan-awal-kanak-kanak-melalui-program-kolokium-thalatha-tisa\/","title":{"rendered":"UPSI Komited Lahirkan Kualiti Pendidikan Awal Kanak-Kanak Melalui Program Kolokium Thalatha Tis\u2019a"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kajang, 5 November 2024 \u2013<\/strong> Program UPSI Kolokium Thalatha Tis\u2019a menjadi satu inisiatif yang bukan sahaja menekankan aspek hafazan Al-Quran, tetapi meliputi pembentukan sahsiah, emosi dan intelektual anak-anak seawal usia 3 hingga 9 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, ia merupakan satu pendekatan pendidikan yang menekankan nilai-nilai karamah insaniah agar anak-anak membesar dengan jati diri yang kukuh, berjiwa besar dan berdaya saing dalam dunia moden yang serba mencabar ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram ini menekankan pembelajaran holistik, di mana pendidikan hafazan tidak dipisahkan dari ilmu-ilmu lain yang diperlukan untuk melengkapkan diri mereka menghadapi dunia pada masa kini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui pendekatan ini, kita berusaha melahirkan insan seimbang yang bukan sahaja mahir dalam hafazan Al-Quran, tetapi juga berakhlak mulia, berdaya fikir kritis serta mempunyai kesedaran sosial yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-06-at-09.20.03-1-1024x682.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-19940\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-06-at-09.20.03-1-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-06-at-09.20.03-1-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-06-at-09.20.03-1-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-06-at-09.20.03-1-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-06-at-09.20.03-1-2048x1365.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-06-at-09.20.03-1-600x400.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Tan Sri Datuk Seri Idris Jusoh (tiga dari kanan) bersama Pengarah Pusat Ulul Albab UPSI, Dr. Sakinah Salleh (tiga dari kiri) semasa menyempurnakan gimik perasmian di UNITEN.<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Jelas beliau, pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk peribadi dan intelektual anak-anak kerana pada waktu itu merupakan tempoh kritikal minda mereka untuk menerima segala ilmu yang bermanfaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, melalui penubuhan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) menunjukkan bahawa UPSI sentiasa komited untuk menyokong dan memperkukuhkan pendidikan awak kanak-kanak di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui pelbagai program dan penyelidikan yang dijalankan, NCDRC telah memberi impak yang besar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga turut menzahirkan rasa bangga dengan Pusal Ulul Albab UPSI (PUA) yang merupakan satu-satunya pusat seumpanya di institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui PUA, UPSI telah memperkenalkan konsep Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik dalam pendidikan awal kanak-kanak, satu pendekatan yang mengintegrasikan nilai-nilai Al-Quran dengan ilmu pengetahuan kontemporari.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKonsep ini menunjukkan potensi besar dalam membentuk generasi Ulul Albab yang mempunyai wawasan global dan pemikiran kritis, namun tetap berpaksikan nilai-nilai murni Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKolaborasi strategik antara UPSI dan institusi pendidikan lain juga diharap dapat menyumbang secara signifikan dalam meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia melalui pendekatan holistic dan integratif,\u201d ujar beliau dalam satu kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kolokium ini merupakan usaha kolaboratif antara Pusat Ulul Albab (PUA) UPSI, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak (National Child Development Research Centre, NCDRC UPSI dan UNITEN.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak Kajang, 5 November 2024 \u2013 Program UPSI Kolokium Thalatha Tis\u2019a menjadi satu inisiatif yang bukan sahaja menekankan aspek hafazan Al-Quran, tetapi meliputi pembentukan sahsiah, emosi dan intelektual anak-anak seawal usia 3 hingga 9 tahun. Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, ia merupakan satu pendekatan pendidikan yang menekankan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":19939,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,29,112,102,100],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19938"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19938"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19938\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19942,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19938\/revisions\/19942"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19939"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19938"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19938"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19938"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}