{"id":20124,"date":"2024-11-12T14:56:08","date_gmt":"2024-11-12T06:56:08","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=20124"},"modified":"2024-11-13T12:08:44","modified_gmt":"2024-11-13T04:08:44","slug":"waris-allahyarham-tan-sri-dr-wan-mohd-zahid-rakam-penghargaan-kepada-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2024\/11\/12\/waris-allahyarham-tan-sri-dr-wan-mohd-zahid-rakam-penghargaan-kepada-upsi\/","title":{"rendered":"WARIS ALLAHYARHAM TAN SRI DR WAN MOHD ZAHID RAKAM PENGHARGAAN KEPADA UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p><sup>Wan Shazerina Izlin bersama Norhayati membaca buku biografi Tan Sri Wan Zahid<\/sup><\/p>\n\n\n\n<p>Oleh: Arissa Hasya Auni <\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 7 November 2024-<\/strong> &nbsp;Anak dan cucu Allahyarham Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin hadir ke Majlis Perasmian Pesta Buku UPSI Ke-19 dan Peluncuran Buku Biografi Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin pada 7 November  sebagai mewakili waris mantan Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI, Allahyarham Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Shazerina Izlin dan Mas Nurin Nasuha Mas Fazulah Bohairi merupakan dua waris yang dapat hadir ke sesi majlis yang berlangsung di Dewan SITC. Menurut Wan Shazerina, beliau mewakili ibunya, Puan Sri Rosmini Dato\u2019 Shaari yang tidak dapat hadir kerana menghadiri program lain pada masa sama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami sekeluarga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada UPSI kerana menerbitkan biografi ini. Terima kasih kerana menganjurkan majlis ini yang berjalan dengan lancar, <em>Best<\/em> sangat sangat,\u201d kata Wan Shazerina.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Wan Shazerina, Allahyarham Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid pernah memintanya untuk menulis biografi yang disekalikan dengan biografi tulisan individu lain. Namun demikian, karya ini hanya tersimpan dalam dokumentasi penulisan keluarganya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada barisan penulis di atas penerbitan buku biografi. Wan Shazerina turut berbesar hati menerima dua naskah buku biografi sebagai tanda kenang-kenangan daripada Pejabat Karang Mengarang.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-2-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-20127\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-2-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-2-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-2-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-2-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-2-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-2.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Terdahulu dalam ucapan aluannya Naib Canselor UPSI, Profesor Dato\u2019 Dr Md Amin Md Taff memaklumkan kepada tetamu mengenai kehadiran kedua waris Allahyarham Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTidak dilupakan kepada waris Allahyarham Tan Sri. Mohon berdiri. Terima kasih kerana hadir Tan Sri Wan Zahid adalah salah seorang tokoh pendidikan yang tak asing dan juga banyak menyumbang kepada negara Malaysia tercinta,\u201d kata Profesor Dato\u2019 Dr Md Amin. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"683\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-3-683x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-20128\" style=\"aspect-ratio:3\/2;object-fit:cover\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-3-683x1024.jpg 683w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-3-200x300.jpg 200w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-3-768x1152.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-3-1024x1536.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-3-600x900.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-3.jpg 1365w\" sizes=\"(max-width: 683px) 100vw, 683px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Majlis Perasmian Pesta Buku UPSI Ke-19 dan Peluncuran Buku Biografi Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin ini dirasmikan oleh  Timbalan Pengarah Kanan, Kluster Dasar, Kualiti dan Penghasilan, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mewakili Menteri Pendidikan Malaysia, Norhayati Ab Wahab.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa bangga dan terharu di atas penghormatan diberikan UPSI untuk meluncurkan buku biografi Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTan Sri merupakan seorang tokoh pendidikan. Namanya sentiasa segar meniti di bibir bukan hanya di peringkat\u00a0 di Kementerian Pendidikan tapi di Kementerian Pendidikan Tinggi dan juga dunia korporat\u201d kata Norhayati.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Norhayati, beliau pernah menguruskan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bersama Allahyarham Tan Sri Dr Wan Zahid satu ketika dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAllahyarham Tan Sri tidak lokek ilmu. Sentiasa memberi bimbingan. Saya masih ingat kata-kata yang sentiasa meniti di bibir beliau \u201cNorhayati bacalah. Tulislah sendiri teks ucapan apabila suatu hari nanti anda telah naik ke satu peringkat perlu menyampaikan ucapan. Sampaikan daripada dasar (Akta Pendidikan) dan kemudian terjemahkan melalui penulisan dasar yang lain,\u201d kata Norhayati.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau lagi, Allahyarham Tan Sri Dr Wan Zahid pernah menasihatkan Menteri Pendidikan untuk membuat kajian semula sistem pendidikan kebangsaan. Di atas bimbingan Allahyarham Tan Sri, beliau menulis kertas dasar sehinggalah lahirnya Pelan Pembangunan Pendidikan ketika Allahyarham Tan Sri menerajui Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAlhamdulllah saya berasa sangat bersyukur kerana dekat dengan Allahyarham Tan Sri pada ketika itu. Ilmu yang diperturunkan, banyak yang saya amalkan sehingga kini\u201d tambah Norhayati lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Azman Adnan turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pejabat Karang Mengarang UPSI kerana berjaya melahirkan buku &#8216;Pelopor Pembaharuan Pendidikan Negara&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada akhir ucapan, beliau akan membawa cadangan kepada Menteri Pendidikan Malaysia dan KPPM agar buku biografi ini dapat memenuhi rak-rak perpustakaan sekolah sebagai bahan rujukan dan bahan bacaan juga untuk penyedia-penyedia dasar, pegawai-pegawai kementerian dan guru-guru.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"486\" height=\"953\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-4-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-20132\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-4-1.jpg 486w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-4-1-153x300.jpg 153w\" sizes=\"(max-width: 486px) 100vw, 486px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"486\" height=\"954\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-5-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-20133\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-5-1.jpg 486w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-5-1-153x300.jpg 153w\" sizes=\"(max-width: 486px) 100vw, 486px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Penulis buku biografi, Profesor Dr. Abdul Halim berkata, ucapan Norhayati merupakan ucapan yang sangat baik kerana menyentuh pemerkasaan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif agar ia seimbang dengan subjek STEM dan TVET dalam membina akhlak dan sahsiah dalam kalangan pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya akan memberi maklum balas perkara ini dalam sesi yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia\u201d kata Profesor Dr Abdul Halim yang sempat berbincang ringkas dengan\u00a0Norhayati selepas jamuan makan tengah hari.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBarisan penulis juga berasa bangga dengan kesudian pihak Kementerian Pendidikan untuk menjadikan buku biografi tulisan kami sebagai bahan bacaan warga pendidik dan pelajar seluruh negara,\u201d tambah Profesor Dr Abdul Halim.<\/p>\n\n\n\n<p>Penulis bersama buku biografi, Profesor Madya Dr Ghazali Din pula menzahirkan rasa bangga kerana sajak bertajuk &#8216;\u201c&#8217;Memimpin yang Mendidik&#8217; terkandung dalam ucapan Norhayati ketika majlis berlangsung. \u00a0Dr Ghazali sama sekali tidak menyangka sajak itu dibacakan kepada tetamu yang hadir dalam Dewan SITC, Ia menjadi satu penghormatan kepada beliau dan barisan penulis.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBuku biografi ini mencatat sejarah kerana dua hari berturut-turut ia diraikan dalam dua majlis iaitu Majlis Akademia BITARA pada 6 November 2024 kerana menerima Anugerah Penerbitan Buku dan Majlis Peluncuran Buku Biografi pada hari ini,\u201d kata Dr Ghazali Din.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, seorang lagi penulis bersama, Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain berkata Majlis Peluncuran Buku Biografi Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin menjadi kemuncak kejayaan buku ini setelah ia dimulakan pada tahun 2019.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSepanjang 5 tahun terlalu banyak pengalaman dilalui melibatkan buku ini termasuklah ia tidak sempat dilancarkan apabila Allahyarham Tan Sri Dr Wan Zahid meninggal dunia pada 16 September 2022. Kejayaan manis kepada barisan penulis pula apabila buku ini memenangi Anugerah Buku Negara 2023 pada 22 Disember 2023 lalu,\u201d kata Ahmad.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Ahmad, beliau mendokumentasikan kenangan menyiapkan buku ini dalam satu penerbitan diberi nama &#8216;Belakang Tabir Penulis Buku Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin&#8217; yang telah diusahakan sejak 2019.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"960\" height=\"640\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-7-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-20135\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-7-1.jpg 960w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-7-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-7-1-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/GAMBAR-7-1-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Penyerahan Buku Biografi kepada Wan Shazerina oleh Norhayati<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cPengalaman mengusahakan buku ini sangat berharga dan kami berbangga kerana diberi penghormatan untuk menulis biografi seorang tokoh tersohor negara. Barisan penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam pembikinan dan penerbitan biografi termasuk waris Allahyarham Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin iaitu Allahyarham Cikgu Mohd Fadzil Mohd Noordin, Puan Sri Rosmini Dato\u2019 Shaari, Wan Shahrul Zekri dan Wan Shazerina Izlin,\u201d kata Ahmad ketika mengakhiri perbualan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Wan Shazerina Izlin bersama Norhayati membaca buku biografi Tan Sri Wan Zahid Oleh: Arissa Hasya Auni Tanjong Malim, 7 November 2024- &nbsp;Anak dan cucu Allahyarham Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin hadir ke Majlis Perasmian Pesta Buku UPSI Ke-19 dan Peluncuran Buku Biografi Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin pada 7 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":20125,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[29,1,193],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20124"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20124"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20124\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20210,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20124\/revisions\/20210"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20125"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20124"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20124"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20124"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}