{"id":20719,"date":"2024-12-06T15:42:13","date_gmt":"2024-12-06T07:42:13","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=20719"},"modified":"2024-12-06T15:42:14","modified_gmt":"2024-12-06T07:42:14","slug":"ekspedisi-ilmu-dan-budaya-stem-di-bumi-nusantara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2024\/12\/06\/ekspedisi-ilmu-dan-budaya-stem-di-bumi-nusantara\/","title":{"rendered":"EKSPEDISI ILMU DAN BUDAYA: STEM DI BUMI NUSANTARA"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: PROF. MADYA DR. MAZLINI ADNAN, CIK NUR AISYAH ASWANI MOHD ASRI &amp; PROF. MADYA DR. MOHD HAIRY IBRAHIM<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 30 November 2024-<\/strong> Ekspedisi ilmu dan budaya ini merupakan pengalaman pertama buat mahasiswa UPSI iaitu pelajar semester 6 (Aisyah, Zahirah, dan Farhah) semasa menjejakkan kaki ke Indonesia, ianya menjadikan satu detik yang sangat dinanti-nantikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai mahasiswa Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), ekspedisi ini membuka ruang untuk menerokai budaya dan sistem pendidikan di negara jiran. <\/p>\n\n\n\n<p>Bersama Prof. Madya Dr. Mazlini Adnan (FSM) dan Prof. Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim (FSK), perjalanan ke tiga destinasi utama iaitu Jakarta, Yogyakarta dan Solo menjadi platform pembelajaran berteraskan akademik dan integrasi budaya antara dua negara. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"566\" height=\"424\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/1-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-20721\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/1-1.png 566w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/1-1-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 566px) 100vw, 566px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup><strong>Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur<\/strong> <strong>(KLIA)<\/strong><\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Keterujaan jelas terpancar di wajah mereka apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).\u00a0 Hal ini kerana,\u00a0 impian untuk menyaksikan keunikan budaya di Bumi Nusantara secara langsung tercapai. <\/p>\n\n\n\n<p>Di sudut lain, ilmu serta pengalaman peribadi yang diperolehi akan dapat diaplikasikan apabila pulang ke pangkuan ibu kandung suluh budiman.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada <strong>30 November 2024<\/strong>, tepat jam 5.05 petang, Prof Madya Dr. Mazlini, Prof Madya Dr. Hairy dan tiga mahasiswa memulakan perjalanan menggunakan <em>Royal Dutch Airlines<\/em> (KLM) dari KLIA menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno\u2013Hatta. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"424\" height=\"566\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/2-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-20722\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/2-1.png 424w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/2-1-225x300.png 225w\" sizes=\"(max-width: 424px) 100vw, 424px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Di Stesen Keretapi Gambir, Jakarta<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Perjalanan udara selama satu jam dan empat puluh lima minit itu disambut mesra oleh pensyarah (Dr. Ali Sya\u2019ban dan Mas Agong) dari Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka (FKIP-UHAMKA), Jakarta. <\/p>\n\n\n\n<p>Kami dihantar terus ke Stesen Gambir untuk menaiki Kereta Api Indonesia (KAI). Keretapi malam itu digelar Kereta Api Manahan yang membawa kami menyaksikan pemandangan malam di antara bandar ke bandar. Perjalanan selama lapan jam itu sangat menarik dan berpeluang untuk melihat panorama Gunung Berapi Kerinci.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 1 Disember 2024, Kami tiba di Solo Balapan dan disambut oleh Pak Kholid, seorang pensyarah dari Universitas Muhammadiyah Surakarta (UMS). <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"424\" height=\"566\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/3-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-20723\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/3-1.png 424w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/3-1-225x300.png 225w\" sizes=\"(max-width: 424px) 100vw, 424px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Menaiki beca motor ke Tugu Yogyakarta\u00a0<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Ekspedisi dimulakan\u00a0 dengan kunjungan ke <em>Sunday Morning<\/em> (<em>SunMor) Market<\/em> iaitu market Kreatif Penggerak Ekonomi dan Kesejahteraan Masyarakat sepanjang lebih dari 5 km, \u00a0di mana pelbagai aktiviti masyarakat setempat berlangsung. <\/p>\n\n\n\n<p>Market tersebut menawarkan pelbagai aktiviti kanak-kanak dan orang dewasa seperti olahraga dan juga pelbagai jualan termasuk makanan Indonesia seperti pentol, risol, dan air jeruk segar menyebabkan masyarakat dan pelancong lebih tertarik untuk berbelanja dan berkumpul bersama keluarga. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada sebelah petang pula, perjalanan diteruskan ke Yogyakarta menggunakan kereta api yang hanya memakan masa sejam sahaja.\u00a0 Kami juga berpeluang menjelajahi Malioboro Street sebuah kawasan pelancongan yang terkenal. <\/p>\n\n\n\n<p>Aktiviti termasuk menaiki beca ke Tugu Jogja dan bergambar di lokasi ikonik tersebut. Pada sebelah malam pula, mereka berpeluang menikmati hidangan unik, <em>Limo Pizza<\/em> di Pizza Hut yang hanya ada di Indonesia, sebelum kembali ke Kota Solo dengan kereta api malam untuk berehat di hotel.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 2 Disember 2024, Prof. Madya Dr. Mazlini Adnan mengendalikan bengkel bersama pensyarah UMS, di mana beliau berkongsi pengalaman beliau di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melaksanakan aktiviti berkaitan STEM selama hampir 12 tahun. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"566\" height=\"424\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/4-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-20724\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/4-1.png 566w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/4-1-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 566px) 100vw, 566px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Bengkel STEM di UMS<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Bengkel ini turut membincangkan perbandingan sistem pendidikan matematik di Malaysia dan Indonesia bagi memperkukuh kerjasama akademik. <\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Aisyah, Zahirah, dan Farhah berpeluang untuk meneroka Kota Solo serta mencuba pelbagai hidangan tempatan dan pembangunan di bandar tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada sebelah petang pula, kami berpeluang melawat Kedai Batik Fajar untuk membeli cenderamata istimewa sebagai ole-ole. Setelah senja menjengah, kami menaiki kereta api Bima pulang ke Jakarta kembali.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 3 Disember 2024, Perjalanan diteruskan ke Universitas Muhammadiyah Prof. DR. HAMKA (UHAMKA). Sambutan yang meriah oleh warga universiti menjadikan satu kenangan indah bagi semua. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"566\" height=\"424\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/5.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-20725\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/5.png 566w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/5-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 566px) 100vw, 566px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Di Stesen Keretapi Solo Balapan<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Para mahasiswa berpeluang merasai suasana pembelajaran di sana dan berkenalan dengan rakan-rakan baharu. Prof. Madya Dr. Mazlini sekali lagi berkongsi kepakarannya dalam pengaplikasian STEM di bilik darjah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap pendidikan terutamanya dalam matematik. <\/p>\n\n\n\n<p>Petang itu, mereka melabuhkan tirai perjalanan dengan penuh rasa syukur dan pengalaman cukup bermakna sebelum berangkat pulang ke Malaysia pada jam 7 malam menggunakan penerbangan <em>Royal Dutch Airlines<\/em> (KLM).<\/p>\n\n\n\n<p>Kesimpulannya, perjalanan ke Negara Gajah Mada bersama pensyarah iaitu Dr. Mazlini, Dr. Hairy, dan tiga mahasiswa adalah pengalaman yang penuh bermakna. Ianya dapat\u00a0 menyatukan elemen akademik dan eksplorasi budaya diantara dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"566\" height=\"424\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/6-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-20726\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/6-1.png 566w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/6-1-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 566px) 100vw, 566px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><sup>Sesi bergambar bersama pensyarah di UHAMKA<\/sup><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Kenangan manis termasuk merasai hidangan tempatan seperti pentol dan risol, membeli batik sebagai cenderamata, serta menyaksikan keunikan budaya setempat akan menjadi satu memori yang indah akan terpahat di lubuk hati.\u00a0 <\/p>\n\n\n\n<p>Sambutan hangat dari universiti seperti UHAMKA dan UMS meninggalkan kesan mendalam dan diharapkan agar jaringan Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus diperkuat pada masa yang akan datang. <\/p>\n\n\n\n<p>Perjalanan ini bukan sahaja memupuk hubungan akademik, perkongsian silang budaya tetapi juga menjalin ukhuwah dan memberikan inspirasi yang akan dikenang sepanjang hayat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: PROF. MADYA DR. MAZLINI ADNAN, CIK NUR AISYAH ASWANI MOHD ASRI &amp; PROF. MADYA DR. MOHD HAIRY IBRAHIM Tanjong Malim, 30 November 2024- Ekspedisi ilmu dan budaya ini merupakan pengalaman pertama buat mahasiswa UPSI iaitu pelajar semester 6 (Aisyah, Zahirah, dan Farhah) semasa menjejakkan kaki ke Indonesia, ianya menjadikan satu detik yang sangat dinanti-nantikan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":20720,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,29,121],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20719"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20719"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20719\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20727,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20719\/revisions\/20727"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20720"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20719"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20719"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20719"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}