{"id":20832,"date":"2024-12-12T12:53:24","date_gmt":"2024-12-12T04:53:24","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=20832"},"modified":"2024-12-12T12:53:25","modified_gmt":"2024-12-12T04:53:25","slug":"ncdrc-upsi-gegar-mimos-melalui-perkongsian-stem-cetus-inspirasi-ibu-bapa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2024\/12\/12\/ncdrc-upsi-gegar-mimos-melalui-perkongsian-stem-cetus-inspirasi-ibu-bapa\/","title":{"rendered":"NCDRC UPSI Gegar MIMOS Melalui Perkongsian STEM Cetus Inspirasi Ibu Bapa"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Dr. Intan Farahana Abdul Rani dan PM. Dr. Norazilawati Abdullah<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kuala Lumpur, 22 November 2024 \u2013<\/strong> Perkongsian ilmu mengenai pendekatan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) kepada ibu bapa di MIMOS Junior Academy berlangsung dengan jayanya melalui sesi forum interaktif bersama pakar-pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. <\/p>\n\n\n\n<p>Acara ini menampilkan panel berpengalaman, termasuk Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDRC) UPSI, Prof. Madya Dr. Norazilawati Abdullah; Ketua Jabatan Pengurusan Penyelidikan MIMOS, Ir. Dr. Hazian Mamat serta Dr. Raja Noor Farah Azura Raja Ma\u2019amor, penyelidik utama dalam pembangunan modul STEM untuk prasekolah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi forum ini menumpukan pada perkongsian Modul Aktiviti STEM Bertema, hasil inovasi Dr. Raja Noor Farah Azura. <\/p>\n\n\n\n<p>Modul ini dibangunkan khusus untuk kanak-kanak prasekolah menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP), yang disesuaikan dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).<\/p>\n\n\n\n<p>Modul tersebut terdiri daripada 10 tema utama yang dilengkapi dengan satu projek khas. Setiap tema direka bentuk untuk merangsang kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan menerapkan elemen inovasi, teknologi, dan kreativiti. <\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan ini didasari oleh enam tunjang KSPK, memastikan ia selaras dengan keperluan pendidikan prasekolah di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Para ibu bapa yang hadir melahirkan rasa teruja terhadap modul ini, yang akan digunakan secara rasmi di MIMOS Junior Academy bermula sesi persekolahan 2025. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"522\" height=\"735\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/2-11.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-20842\" style=\"width:840px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/2-11.png 522w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/2-11-213x300.png 213w\" sizes=\"(max-width: 522px) 100vw, 522px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Monograf hasil penyelidikan STEM dari geran yang ditwarkan oleh NCDRC<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Mereka yakin pendekatan baharu ini mampu memberikan kelebihan kepada anak-anak mereka, terutama dalam membina pemikiran kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kreativiti mereka cipta.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sangat teruja melihat bagaimana modul ini dapat membantu anak-anak kami menjadi lebih celik teknologi dan berdikari. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Harapan kami, mereka akan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan,\u201d ujar seorang ibu bapa yang menghadiri sesi tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui modul ini, kanak-kanak dijangka akan menguasai kemahiran teknologi sejak usia muda, meningkatkan keupayaan mereka untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, membentuk daya inovasi serta sahsiah yang tinggi dan bersedia untuk cabaran masa depan dengan kemahiran reka cipta yang kukuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Prof. Madya Dr. Norazilawati Abdullah, pendekatan STEM untuk pendidikan awal kanak-kanak bukan sahaja menggalakkan pembelajaran yang menyeronokkan, tetapi juga membina asas kukuh untuk perkembangan minda yang kreatif dan inovatif.<\/p>\n\n\n\n<p>NCDRC terus memainkan peranan aktif dalam memperkasa pendidikan awal kanak-kanak melalui inovasi dan penyelidikan. Program ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat pendidikan yang berdaya saing di peringkat global.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"627\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/1-12.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-20843\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/1-12.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/1-12-300x200.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/1-12-768x512.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/1-12-600x400.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Barisan Para Panel dan Moderator Bagi Perkongsian Ilmu Mengenai Pendekatan STEM di MIMOS Junior Academy<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Dengan kerjasama seperti ini bersama MIMOS Junior Academy, NCDRC berharap dapat memperluaskan impaknya ke lebih banyak institusi dan komuniti di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerjasama ini adalah langkah penting ke arah memupuk minat kanak-kanak dalam STEM sejak awal usia. Generasi muda kita adalah aset negara, dan kita bertanggungjawab untuk membimbing mereka menjadi pemimpin masa depan yang inovatif,\u201d kata Prof. Madya Dr. Norazilawati menutup sesi tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr. Intan Farahana Abdul Rani dan PM. Dr. Norazilawati Abdullah Kuala Lumpur, 22 November 2024 \u2013 Perkongsian ilmu mengenai pendekatan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) kepada ibu bapa di MIMOS Junior Academy berlangsung dengan jayanya melalui sesi forum interaktif bersama pakar-pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Acara ini menampilkan panel berpengalaman, termasuk Timbalan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":20841,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,29,121,117,102],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20832"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20832"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20832\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20844,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20832\/revisions\/20844"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20841"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20832"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20832"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20832"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}