{"id":21081,"date":"2024-12-17T08:50:43","date_gmt":"2024-12-17T00:50:43","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=21081"},"modified":"2024-12-17T08:50:45","modified_gmt":"2024-12-17T00:50:45","slug":"khar-anjur-program-pendidikan-bersama-pelajar-orang-asli-di-smk-bawong-sungai-siput","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2024\/12\/17\/khar-anjur-program-pendidikan-bersama-pelajar-orang-asli-di-smk-bawong-sungai-siput\/","title":{"rendered":"KHAR ANJUR PROGRAM PENDIDIKAN BERSAMA PELAJAR ORANG ASLI DI SMK BAWONG, SUNGAI SIPUT"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>SUNGAI SIPUT, 15 Disember 2024-<\/strong> Pendidikan merupakan elemen penting yang wajar diberikan perhatian dalam usaha untuk memupuk kesejahteraan sosial di samping dapat meningkatkan taraf hidup bagi masyarakat orang asli.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (MMKHAR) telah melaksanakan program Hala Tuju Pendidikan dan Aspirasi Orang Asli (HATI \u201824) \u201cMemperkasa Masa Depan Gemilang\u201d pada 13 hingga 15 Disember 2024. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"531\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/2-19.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-21083\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/2-19.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/2-19-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/2-19-768x433.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/2-19-600x339.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pelajar berbincang tentang hala tuju selepas SPM dalam slot bersama-sama Unit Pusat Universiti (UPU)<br>\u00a0<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Pelaksanaan program ini adalah melibatkan jaringan kolaborasi antara MMKHAR dengan SMK Bawong, Unit Pusat Universiti (UPU), Kementerian Pendidikan Tinggi Angkatan Belia, <em>Malaysia Future Leaders School<\/em> (MFLS), <em>Nutrition and Dietetics Students Association<\/em> (NUDSA) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini melibatkan 180 peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Terdapat pelbagai program yang dilaksanakan bagi meningkatkan keyakinan pelajar dalam pendidikan. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"627\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/3-16.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-21084\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/3-16.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/3-16-300x200.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/3-16-768x512.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/3-16-600x400.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi membuat tempok bersama-sama pelajar SMK Bawong<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Pada hari pertama, program dimulakan dengan slot \u201cJom Masuk Menara Gading Bersama-sama UPU!\u201d yang dikendalikan oleh Puan Nor Fazilah binti Soid daripada Bahagian Kemasukan Pelajar (IPTA). <\/p>\n\n\n\n<p>Pelajar diberikan peluang untuk mempelajari proses permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara dalam talian meliputi pengisian borang dan pemilihan jurusan pengajian yang sesuai.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"704\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/4-16.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-21085\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/4-16.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/4-16-300x224.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/4-16-768x575.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/4-16-600x449.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi fotografi bersama-sama pelajar SMK Bawong selepas majlis penutup<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Pelajar juga diberikan pendedahan tentang program pengajian yang ditawarkan pada peringkat Diploma, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi dan TVET melalui sesi perkongsian daripada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menjadi fasilitator program.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada hari kedua, program dimulakan dengan sesi senamrobik seterusnya diikuti dengan slot kenegaraan yang dikendalikan oleh tujuh orang wakil daripada Angkatan Belia <em>Malaysia Future Leaders School<\/em> (MFLS).<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"710\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/5-12.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-21087\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/5-12.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/5-12-300x226.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/5-12-768x579.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/5-12-600x453.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi senamrobik bersama-sama pelajar SMK Bawong<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Slot ini diadakan untuk mendidik pelajar tentang konsep pemerintahan dan kenegaraan yang dilaksanakan di Malaysia. Selepas itu, program diteruskan dengan slot \u201cKembara Bersama\u201d yang dikendalikan oleh fasilitator program.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam slot ini, pelajar orang asli berkongsi dan mengajar fasilitator serta ahli jawatankuasa pelaksana tentang cara-cara untuk menghasilkan tempok, sebuah perhiasan kepala yang dipakai oleh orang asli apabila mereka membuat persembahan tarian misalnya tarian sewang.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"712\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/6-10.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-21088\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/6-10.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/6-10-300x227.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/6-10-768x581.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/6-10-600x454.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Slot bersama-sama Angkatan Belia <em>Malaysia Future Leaders School<\/em> (MFLS)<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Pada waktu petang, aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) dijalankan bagi memupuk kerjasama dan membina semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari kedua diakhiri dengan Malam Seribu Bintang iaitu malam kebudayaan yang bertujuan untuk menggilap bakat pelajar melalui persembahan menarik daripada setiap kumpulan. Terdapat pelbagai persembahan yang telah dilakukan oleh pelajar termasuklah lakonan, nyanyian dan tarian.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"710\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/7-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-21089\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/7-3.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/7-3-300x226.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/7-3-768x579.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/7-3-600x453.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Persembahan pelajar dalam slot Malam Seribu Bintang<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Seterusnya, hari ketiga dimulakan dengan slot berkaitan penjagaan kesihatan dan pemakanan yang dikendalikan oleh wakil daripada <em>Nutrition and Dietetics Students Association<\/em> (NUDSA).<\/p>\n\n\n\n<p>Pelajar diberikan penerangan tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan pengambilan makanan seimbang yang berupaya untuk memberikan impak kepada pencapaian akademik mereka di sekolah. <\/p>\n\n\n\n<p>Aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) iaitu <em>explorace<\/em> dijalankan untuk memastikan pelajar faham mengenai perkongsian daripada panel jemputan. Program ini diakhiri dengan majlis perasmian penutupan oleh Pengetua SMK Bawong, Encik Mohd Fauzi Mohd Ramli. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapannya, pengetua sekolah mengharapkan agar mahasiswa menjadikan program ini sebagai satu program yang terus memberikan semangat kepada pelajar SMK Bawong untuk meneruskan pengajian mereka dan saling berhubungan dengan pelajar berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Program, Muhammad Irfan Aiman Abdul Muqtadir menzahirkan kesyukuran apabila pelaksanaan program mendapat sambutan yang hangat daripada pelajar di SMK Bawong.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Setiap pelajar perlu tahu bahawa pendidikan berupaya untuk mengubah masa depan mereka. Kami mengambil inisiatif untuk melaksanakan program ini kepada pelajar agar mereka lebih bersedia untuk menempuh alam pendidikan tinggi pada masa akan datang.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Penasihat Program, Dr. Muhammad Ridhwan Sarifin menyatakan bahawa penganjuran program ini merupakan satu langkah yang sewajarnya diambil oleh mahasiswa di universiti untuk menarik minat pelajar di sekolah menengah untuk melanjutkan pengajian ke menara gading setelah menduduki SPM.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan semua pelajar termasuk orang asli pada hari ini mendapat peluang yang cerah untuk melanjutkan pengajian. Penganjuran program-program yang berilmiah dan menarik sudah tentu akan membantu menarik minat mereka tentang kehidupan mahasiswa di kampus universiti.&#8221;, ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, Dr. Haji Che Anuar Che Abdullah turut menunjukkan sokongan penuh beliau kepada program ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berharap agar MMKHAR dapat meneruskan usaha ini pada masa akan datang untuk menjadi sebuah organisasi yang menjadi medium penyaluran pendidikan bukan sahaja kepada mahasiswa di UPSI tetapi juga kepada pelajar-pelajar di sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebagai sebuah organisasi, kita sedia menyokong semua cadangan mahasiswa yang ingin menganjurkan program atau inisiatif pelaksanaan yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya berharap usaha murni ini dapat membantu menanam minat pelajar untuk meneruskan pengajian mereka tanpa mengira cabaran yang dihadapi oleh mereka.&#8221;, ucap beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini diharapkan dapat menjadi sebuah penanda aras kepada semua pelajar untuk menceburi alam pendidikan di menara gading. Setiap pelajar wajar diberikan peluang untuk mendapat pendidikan tanpa mengira latar belakang mereka.<\/p>\n\n\n\n<p> Jutaan terima kasih diucapkan oleh pihak penganjur kepada semua pihak yang berganding bahu dalam memastikan matlamat pelaksanaan program dapat dicapai dengan jayanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak penajaan termasuklah Dewan Bahasa dan Pustaka, <em>PTS Bookstore<\/em>, UPSI Holdings, <em>Ewan Cafe<\/em>, Warung Dais KHAR, <em>UncleBob<\/em> KHAR, <em>Alfateh Kitchen<\/em> Kolej Ungku Omar (KUO) dan ibu bapa atas sumbangan yang diberikan kepada program ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SUNGAI SIPUT, 15 Disember 2024- Pendidikan merupakan elemen penting yang wajar diberikan perhatian dalam usaha untuk memupuk kesejahteraan sosial di samping dapat meningkatkan taraf hidup bagi masyarakat orang asli. Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (MMKHAR) telah melaksanakan program Hala Tuju Pendidikan dan Aspirasi Orang Asli (HATI \u201824) \u201cMemperkasa Masa Depan Gemilang\u201d pada 13 hingga 15 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":21082,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,29,176,200,96,95],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21081"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21081"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21081\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21090,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21081\/revisions\/21090"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21082"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21081"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21081"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21081"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}