{"id":21457,"date":"2024-12-24T15:52:23","date_gmt":"2024-12-24T07:52:23","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=21457"},"modified":"2024-12-24T15:52:24","modified_gmt":"2024-12-24T07:52:24","slug":"mahasiswa-tahfiz-upsi-santuni-kanak-kanak-melalui-program-little-huffaz","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2024\/12\/24\/mahasiswa-tahfiz-upsi-santuni-kanak-kanak-melalui-program-little-huffaz\/","title":{"rendered":"MAHASISWA TAHFIZ UPSI SANTUNI KANAK-KANAK MELALUI PROGRAM LITTLE HUFFAZ"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Wan Ahmad Izani Wan Zainudin &amp; Ummikalsum Mat Lazim<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Baling,14 Disember 2024-<\/strong> Program Little Huffaz merupakan satu inisiatif yang dianjurkan oleh mahasiswa Tahfiz Qiraat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Kursus Insan Guru Profesional bertujuan untuk memperkenalkan dan menggalakkan pembelajaran al-Quran dalam kalangan kanak-kanak. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini melibatkan seramai 70 pelajar dari murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang, Baling, Kedah yang berlangsung pada 13 hingga 14 Disember lalu. Program ini juga bertujuan untuk memperkasa generasi muda dengan ilmu al-Quran, seterusnya menjadikan mereka hafiz dan hafizah yang berkualiti. Little Huffaz melibatkan kerjasama antara mahasiswa UPSI dengan komuniti sekitar dalam usaha melahirkan lebih ramai golongan yang menghargai dan memartabatkan al-Quran.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture1-14-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-21458\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture1-14-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture1-14-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture1-14-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture1-14-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture1-14.jpg 1377w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang, Fadzli Shaari dalam ucapan beliau menyatakan rasa terima kasih kepada pihak UPSI kerana memilih sekolah mereka untuk melaksanakan program yang amat bermakna ini. \u201cProgram seperti ini sangat penting bagi membentuk generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga dalam aspek rohani dan keagamaan. Kami berharap ia dapat diteruskan di masa hadapan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"921\" height=\"521\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture5-4.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-21459\" style=\"width:840px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture5-4.jpg 921w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture5-4-300x170.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture5-4-768x434.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture5-4-600x339.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 921px) 100vw, 921px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Dalam ucapan Pensyarah Kursus, Ustazah Ummikalsum Mat Lazim menyatakan bahawa Program Little Huffaz ini bukan sahaja bertujuan untuk mengajar para pelajar menghafaz al-Quran, tetapi lebih penting lagi untuk memupuk cinta mereka terhadap kitab suci ini sejak usia muda. \u201dSaya amat berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua mahasiswa UPSI yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan penuh dedikasi untuk memastikan bahawa setiap murid mendapat manfaat yang sepenuhnya daripada program ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang, terutama kepada guru-guru dan pelajar yang menyambut baik usaha ini.\u201d<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture7-1-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-21460\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture7-1-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture7-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture7-1-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture7-1-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture7-1.jpg 1377w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi Perkongsian oleh Alif tentang Keistimewaan al Quran<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture8-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-21461\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture8-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture8-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture8-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture8-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture8.jpg 1377w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi Perkongsian oleh Umar tentang praktikal bacaan al Quran secara bertajwid<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Antara aktiviti yang disediakan oleh pihak mahasiswa UPSI adalah sesi ceramah yang berkaitan dengan keistimewaan seorang huffaz. Terdapat tiga sesi utama yang dijalankan, iaitu ceramah mengenai Keistimewaan Al-Quran, Tajwid, dan Cara Menghafal Al-Quran. Sesi-sesi ini sangat penting untuk diperkenalkan pada peringkat awal, agar murid-murid lebih memahami asas penghafalan dan penghormatan terhadap kitab suci sebelum mereka mula menghafalnya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"575\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture9-1-1024x575.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-21463\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture9-1-1024x575.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture9-1-300x168.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture9-1-768x431.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture9-1-600x337.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Picture9-1.jpg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Selain itu, aktiviti praktikal menghafal Al-Quran turut disediakan untuk memberikan pengalaman berharga kepada murid-murid. Aktiviti ini dilaksanakan dalam kumpulan kecil bagi memastikan setiap fasilitator dapat memberikan perhatian yang sewajarnya kepada setiap peserta. Murid-murid diminta untuk menghafal sepuluh ayat pertama dari Surah Al-Kahfi dalam tempoh satu jam, dan seterusnya memperdengarkan bacaan mereka kepada fasilitator kumpulan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai penutup, aktiviti <em>explorance <\/em>turut diadakan, yang berkaitan langsung dengan hafalan yang dilakukan sebelumnya. Setiap checkpoint dalam aktiviti ini disertai dengan permainan dan tugasan yang perlu diselesaikan oleh murid-murid. Aktiviti ini bertujuan untuk menjadikan proses menghafal Al-Quran lebih menarik dan menyeronokkan. Biasanya, aktiviti hafalan dilakukan dengan cara duduk di satu tempat, namun kali ini, muraja\u2019ah Al-Quran diubah kepada bentuk permainan, membolehkan murid-murid belajar sambil bermain dan terus menguatkan hafalan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Program Little Huffaz adalah satu langkah yang baik dalam usaha melahirkan generasi muda yang menghafal al-Quran dan mendalami ajarannya. Inisiatif yang dianjurkan oleh mahasiswa Tahfiz Qiraat UPSI ini tidak hanya memberi manfaat kepada kanak-kanak, tetapi juga memperlihatkan komitmen dan peranan mahasiswa dalam memberi impak positif kepada masyarakat. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penambahbaikan agar lebih ramai kanak-kanak yang mendapat manfaat daripadanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Wan Ahmad Izani Wan Zainudin &amp; Ummikalsum Mat Lazim Baling,14 Disember 2024- Program Little Huffaz merupakan satu inisiatif yang dianjurkan oleh mahasiswa Tahfiz Qiraat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Kursus Insan Guru Profesional bertujuan untuk memperkenalkan dan menggalakkan pembelajaran al-Quran dalam kalangan kanak-kanak. Program ini melibatkan seramai 70 pelajar dari murid-murid Tahun 4 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":21464,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,166,138,248,17,237],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21457"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21457"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21457\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21465,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21457\/revisions\/21465"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21464"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21457"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21457"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21457"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}