{"id":21660,"date":"2024-12-30T12:52:54","date_gmt":"2024-12-30T04:52:54","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=21660"},"modified":"2024-12-30T12:52:56","modified_gmt":"2024-12-30T04:52:56","slug":"warga-kampus-dan-bekas-pesalah-kanak-kanak-pesalah-muda-mendekat-atau-menjauh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2024\/12\/30\/warga-kampus-dan-bekas-pesalah-kanak-kanak-pesalah-muda-mendekat-atau-menjauh\/","title":{"rendered":"Warga Kampus dan Bekas Pesalah Kanak-Kanak\/Pesalah Muda: Mendekat atau Menjauh?"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Noraini Aminuddin (FPE)<\/p>\n\n\n\n<p>Tanjong Malim, 11 Januari 2024 &#8211; Isu kanak-kanak yang terjerumus dalam sistem keadilan jenayah akibat perbuatan jenayah bukanlah perkara baharu dalam masyarakat. Hal ini sering menjadi tumpuan umum melalui liputan media massa, yang mengetengahkan pelbagai kisah tangkapan melibatkan golongan bawah umur ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, sejauh mana perhatian kita terhadap hala tuju remaja yang dilabelkan sebagai \u201cbermasalah\u201d setelah mereka menamatkan tempoh hukuman di institusi pemulihan? Mampukah masyarakat menerima mereka semula sebagai sebahagian daripada komuniti setelah golongan ini menjalani proses pemulihan yang disahkan oleh pihak berwajib?<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"514\" height=\"385\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/2-37.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-21662\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/2-37.png 514w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/2-37-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 514px) 100vw, 514px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Menyedari kepentingan isu ini, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Forum Ilmiah bertajuk \u201cWarga Kampus dan Bekas Pesalah Kanak-Kanak\/Pesalah Muda: Mendekat atau Menjauh?\u201d pada 11 Januari lalu yang berlangsung di Bilik Seminar FPE. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini juga merupakan sebahagian daripada Projek Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Programme), bertujuan memberi pencerahan kepada masyarakat kampus dan komuniti setempat mengenai isu pengintegrasian sosial bekas pesalah muda serta kepentingan penerimaan mereka dalam masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"570\" height=\"429\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/3-34.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-21664\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/3-34.png 570w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/3-34-300x226.png 300w\" sizes=\"(max-width: 570px) 100vw, 570px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurut Dekan FPE, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Mohd Noor ketika menzahirkan penghargaan kepada panel jemputan atas kesudian berkongsi pengalaman dan ilmu mereka, dalam ucapannya, beliau turut menekankan peranan UPSI termasuk tawaran Program Diploma Keusahawanan Pelita Suluh Budiman, sebagai salah satu inisiatif untuk membantu golongan ini membina masa depan yang lebih cerah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPewujudan program ini dilihat dapat menggalakkan perubahan positif dalam memberi peluang kedua kepada individu yang telah melakukan kesilapan pada masa lalu. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"595\" height=\"447\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/4-33.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-21665\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/4-33.png 595w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/4-33-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 595px) 100vw, 595px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>&#8220;Dengan memberikan sokongan, peluang pendidikan, dan kesedaran sosial, warga kampus dan masyarakat sekeliling adalah sebagai agen perubahan yang membantu bekas pesalah muda untuk membina semula kehidupan mereka\u201d, ujar beliau semasa merasmikan forum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Forum yang dilaksanakan ini mengetengahkan dua panel jemputan, iaitu Tuan Abdul Kadir Jailani Ismail dari Jabatan Penjara Malaysia serta Puan Noor Hayati Zaman dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang membincangkan secara terperinci beberapa topik yang berkaitan merangkumi:<\/p>\n\n\n\n<ul>\n<li>Latar belakang pesalah kanak-kanak\/pesalah muda yang ditempatkan di institusi pemulihan terbuka di bawah pengurusan Jabatan Kebajikan Masyarakat (terutamanya di Sekolah Tunas Bakti) dan juga dalam institusi pemulihan tertutup iaitu di bawah pengurusan Jabatan Penjara Malaysia (Sekolah Henry Gurney dan institusi penjara);<\/li>\n\n\n\n<li>Program pemulihan yang ditawarkan seperti pelbagai aktiviti dan modul yang dirangka untuk membantu pesalah kanak-kanak membina semula kehidupan sebaik dibebaskan dari institusi pemulihan; dan,<\/li>\n\n\n\n<li>Usaha integrasi sosial yang boleh dilaksanakan oleh pelbagai agensi Kerajaan dan\/atau orang persendirian bagi mempersiapkan golongan ini untuk kembali ke dalam masyarakat setelah berjaya menjalani tempoh pemulihan.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Namun, pendekatan integrasi semula ini memerlukan usaha bersama untuk menangani kebimbangan mengenai keselamatan dan stigma sosial. Melalui program pemulihan, sokongan psikologi dan kesedaran yang lebih luas mengenai faktor-faktor yang menyumbang kepada jenayah, masyarakat kampus dapat memainkan peranan penting dalam mencipta persekitaran yang lebih inklusif dan berdaya saing untuk semua golongan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"625\" height=\"470\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/5-27.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-21666\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/5-27.png 625w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/5-27-300x226.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/5-27-600x451.png 600w\" sizes=\"(max-width: 625px) 100vw, 625px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurut Pengarah program yang juga sebagai moderator, Dr. Rosfizah Md. Taib,&nbsp; aktiviti yang berlangsung ini berjaya menghidupkan suasana forum yang menjadi pengantara antara panel dan penonton, dilaksanakan secara bersemuka dan hibrid, membolehkan lebih ramai penonton dalam lingkungan pelajar dan masyarakat umum untuk turut serta bersama berkongsi ilmu yang disampaikan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenonton yang hadir nyata teruja dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perkongsian ini kerana kedua-dua panel jemputan berjaya memberikan perspektif mendalam berdasarkan pengalaman mereka mengurus serta memulihkan pesalah kanak-kanak di institusi masing-masing\u201d, ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Acara forum turut diserikan dengan tayangan montaj yang memaparkan imej serta penerangan mengenai aktiviti pemulihan yang dijalani pesalah kanak-kanak sepanjang berada di institusi. Tayangan ini bukan sahaja menyentuh emosi penonton, malah membangkitkan rasa insaf dan kesedaran akan pentingnya peluang kedua bagi golongan muda ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Forum Ilmiah ini berjaya membuka mata warga UPSI dan masyarakat sekitar mengenai keberadaan serta cabaran yang dihadapi oleh bekas pesalah kanak-kanak\/pesalah muda dalam proses pengintegrasian sosial. Selain meningkatkan kesedaran, program ini juga merangsang masyarakat untuk memainkan peranan dalam menyokong usaha kerajaan dan institusi berkaitan untuk membantu golongan ini kembali kepada kehidupan yang normal dan produktif.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan kerjasama berterusan antara institusi pendidikan, jabatan kerajaan, dan komuniti, harapan tinggi diletakkan untuk memastikan golongan ini tidak lagi tersasar ke jalan yang gelap, sebaliknya mampu membina masa depan yang lebih gemilang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Noraini Aminuddin (FPE) Tanjong Malim, 11 Januari 2024 &#8211; Isu kanak-kanak yang terjerumus dalam sistem keadilan jenayah akibat perbuatan jenayah bukanlah perkara baharu dalam masyarakat. Hal ini sering menjadi tumpuan umum melalui liputan media massa, yang mengetengahkan pelbagai kisah tangkapan melibatkan golongan bawah umur ini. Namun, sejauh mana perhatian kita terhadap hala tuju [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":21661,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,29,79],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21660"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21660"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21660\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21667,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21660\/revisions\/21667"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21661"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21660"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21660"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21660"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}