{"id":21782,"date":"2025-01-02T10:27:43","date_gmt":"2025-01-02T02:27:43","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=21782"},"modified":"2025-01-02T10:27:44","modified_gmt":"2025-01-02T02:27:44","slug":"upsi-raih-pelbagai-pencapaian-cemerlang-sepanjang-2024","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/01\/02\/upsi-raih-pelbagai-pencapaian-cemerlang-sepanjang-2024\/","title":{"rendered":"UPSI Raih Pelbagai Pencapaian Cemerlang Sepanjang 2024"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 31 Disember 2024 \u2013<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menutup tirai tahun 2024 dengan pelbagai pencapaian cemerlang di peringkat nasional dan antarabangsa, menjadikan tahun ini penuh bermakna untuk universiti bersejarah itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff, dalam ucapan penghujung tahun, menzahirkan penghargaan kepada semua pihak, termasuk warga universiti, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), masyarakat Muallim, Negeri Perak, dan rakyat Malaysia atas sokongan padu terhadap UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerkat doa dan usaha semua pihak, UPSI kini berdiri sebaris dengan universiti ternama, berada dalam kelompok 600 universiti terbaik dunia, 151 terbaik dalam bidang Pendidikan, dan 151 terbaik di Asia.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"2048\" height=\"1141\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/1-1024x571.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-21784\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/1-1024x571.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/1-300x167.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/1-768x428.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/1-1536x856.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/1-600x334.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/1.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 2048px) 100vw, 2048px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">UPSI kini berada antara 600 universiti terbaik di dunia, 151 terbaik di dunia dalam bidang Pendidikan dan 151 terbaik di Asia<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cKami bertekad untuk mencapai 100 universiti terbaik dunia dalam bidang Pendidikan menjelang 2030.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menegaskan bahawa pencapaian ini tidak akan terhasil tanpa usaha gigih setiap warga UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetiap kejayaan yang diraih adalah hasil daripada sinergi antara tenaga akademik, pentadbiran, pelajar, dan alumni. Kami berterima kasih kepada semua yang terus memberikan sokongan kepada UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut mengulas mengenai kepentingan memperkukuh hubungan antarabangsa UPSI.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"565\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-1024x565.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-21785\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-1024x565.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-300x165.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-768x423.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-1536x847.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-600x331.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Kolaborasi strategik UPSI di peringkat antarabangsa sepanjang tahun 2020 hingga 2024<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cKerjasama dengan institusi antarabangsa, termasuk melalui penubuhan pusat di Xian, China, adalah langkah strategik untuk memastikan UPSI terus relevan di peringkat global. Ia juga membuktikan komitmen kami terhadap pendidikan bertaraf dunia,\u201d jelas beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Jumlah warga UPSI kini melebihi 30,000, dengan hampir 20 peratus atau 6,000 pelajar mengikuti pengajian pascasiswazah.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"585\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-1024x585.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-21786\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-1024x585.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-300x171.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-768x439.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-1536x878.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-600x343.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">8 pusat antarabangsa UPSI yang diwujudkan<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Seramai 1,600 pelajar antarabangsa dari 31 negara turut memilih UPSI sebagai destinasi ilmu, menjana impak ekonomi lebih RM500 juta kepada Daerah Muallim dan Negeri Perak.<\/p>\n\n\n\n<p>UPSI terus memperkukuh kepelbagaian akademiknya melalui inisiatif seperti Program APEL Q, ijazah berkembar, mobiliti antarabangsa, dan akreditasi antarabangsa daripada ASIIN dan ABEST21.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenubuhan pusat antarabangsa di Xian, China, turut menjadi bukti komitmen UPSI dalam pendidikan global.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"577\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4-1024x577.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-21787\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4-1024x577.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4-300x169.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4-768x433.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4-600x338.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4.jpg 1060w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Penjanaan yang diperolehi UPSI melalui penganjuran program<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Tambah beliau,<strong> <\/strong>tahun 2024 menyaksikan UPSI menjana lebih RM110 juta melalui pelbagai inisiatif seperti pengkomersialan fasiliti, penyelidikan, dan projek solar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBidang 4P (penyelidikan, perundingan, penerbitan, pengkomersilan) menyumbang RM38 juta, pencapaian terbaik dalam sejarah UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>\u201c<\/strong>Warga UPSI turut mendapat pengiktirafan antarabangsa, termasuk anugerah Profesor Kehormat untuk Prof Dr Che Zailina dari Uzbekistan dan pelantikan Prof Ramlee Mustapha sebagai Ahli Majlis TVET Negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeramai 64 warga universiti juga dihantar ke kursus antarabangsa di institusi terkemuka seperti Oxford University dan MIT.<\/p>\n\n\n\n<p>Kecemerlangan pelajar UPSI terserlah melalui kejayaan dalam karnival SUKIPT, SUKMA 2024, dan pelbagai kejohanan seni. Pelajar Fakulti Bahasa dan pelajar tahfiz dari Fakulti Sains Kemanusiaan turut membawa nama UPSI ke pentas antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>\u201c<\/strong>UPSI terus mengukuhkan kedudukannya dengan fasiliti bertaraf antarabangsa seperti UPSI Sports Bowl, Pusat Kokurikulum, Perpustakaan Digital, dan Sekolah Seri Budiman.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProjek pembangunan seperti Kampus Teluk Intan juga diteruskan dengan bajet yang diluluskan oleh kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Md Amin turut menyeru warga UPSI untuk menjawab cabaran tahun 2025, termasuk melahirkan pendidik sejati, memperkukuh pengalaman pembelajaran, dan memastikan manfaat universiti dirasai oleh masyarakat setempat.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"571\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/5-1024x571.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-21788\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/5-1024x571.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/5-300x167.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/5-768x428.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/5-1536x856.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/5-600x334.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/5.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">BITARA adalah \u00a0jenama unggul yang sinonim dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mencerminkan visi dan misi UPSI sebagai institusi pendidikan yang berfokus kepada kecemerlangan akademik, inovasi, dan impak sosial.<br>\u00a0<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cMarilah kita bersama-sama menjadikan UPSI bukan sahaja gah di Muallim, tetapi juga tersohor di peringkat antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyatakan aspirasi untuk UPSI menjadi pemangkin kepada perubahan sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita mahu UPSI bukan sekadar institusi akademik, tetapi sebagai institusi yang membentuk masyarakat dan memacu perubahan ke arah kebaikan,\u201d ujar beliau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak Tanjong Malim, 31 Disember 2024 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menutup tirai tahun 2024 dengan pelbagai pencapaian cemerlang di peringkat nasional dan antarabangsa, menjadikan tahun ini penuh bermakna untuk universiti bersejarah itu. Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff, dalam ucapan penghujung tahun, menzahirkan penghargaan kepada semua pihak, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":21783,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,29,149],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21782"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21782"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21782\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21789,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21782\/revisions\/21789"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21783"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21782"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21782"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21782"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}