{"id":22272,"date":"2025-01-17T16:25:48","date_gmt":"2025-01-17T08:25:48","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=22272"},"modified":"2025-01-17T16:25:49","modified_gmt":"2025-01-17T08:25:49","slug":"upsi-dan-jlkn-kukuhkan-kerjasama-tingkatkan-modul-plkn-3-0","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/01\/17\/upsi-dan-jlkn-kukuhkan-kerjasama-tingkatkan-modul-plkn-3-0\/","title":{"rendered":"UPSI dan JLKN Kukuhkan Kerjasama Tingkatkan Modul PLKN 3.0"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJUNG MALIM, 16 Januari 2025 &#8211;<\/strong> Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima lawatan kerja daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bagi membincangkan usaha penambahbaikan sistem latihan Khidmat Negara serta pengukuhan pelaksanaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam kalangan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 1\/2025, dengan kerjasama Majlis TVET Negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff, lawatan tersebut memberi tumpuan kepada pelbagai aspek pelaksanaan TVET yang relevan dengan pembangunan modul PLKN 3.0, termasuk taklimat, pameran dan lawatan ke bengkel teknikal yang terdapat di fakulti berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLangkah ini dilihat sebagai inisiatif penting dalam menyuntik elemen kemahiran teknikal dan vokasional dalam program khidmat negara yang bertujuan membentuk generasi muda yang lebih berkemahiran dan berdaya saing.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-2-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-22274\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-2-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-2-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-2-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-2-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-2-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-2.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Lawatan kerja daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) ke UPSI yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Bahagian Keselamatan UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cLawatan ini membuktikan kesungguhan semua pihak untuk memperkukuh modul latihan yang tidak hanya bersifat akademik tetapi turut memberi tumpuan kepada kemahiran teknikal yang amat diperlukan dalam era moden ini.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas beliau, UPSI bersedia untuk menjadi rakan strategik dalam menjayakan modul PLKN 3.0 dengan menawarkan kepakaran, fasiliti, dan pengalaman terbaik dalam bidang TVET.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami percaya bahawa kolaborasi ini mampu melahirkan belia yang bukan sahaja berkemahiran tinggi tetapi juga bersedia untuk menyumbang kepada pembangunan negara dalam pelbagai sektor,&#8221; tambahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kerjasama ini juga memberi peluang kepada pelatih PLKN untuk merasai pengalaman pembelajaran yang lebih holistik, sekaligus mengintegrasikan elemen teknikal dan vokasional dengan nilai-nilai patriotisme yang menjadi asas utama PLKN.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-1-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-22275\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-1-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-1-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-1-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-1-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-1.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff (empat dari kanan) bergambar bersama delegasi dari JLKN di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, dengan sokongan JLKN dan Majlis TVET Negara, UPSI komited untuk menerajui usaha ini ke arah melahirkan generasi muda yang memiliki kemahiran pelbagai dan mampu menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang semakin kompleks.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerbincangan ini merupakan satu langkah strategik untuk memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan tinggi dan pihak kerajaan dalam menyokong agenda pembangunan belia melalui TVET.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI komited untuk terus menyumbang kepakaran dan fasiliti terbaik bagi memastikan keberhasilan modul PLKN 3.0 yang lebih dinamik,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Pengarah Operasi Latihan JLKN, Kolonel Mazlizan Shaikh Osman berkata, kerjasama dengan UPSI membuka peluang besar untuk pihaknya mempertingkatkan kualiti latihan PLKN 3.0.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cFasiliti dan kepakaran yang ditawarkan UPSI sangat relevan dengan keperluan semasa dalam membentuk generasi muda yang lebih kompeten.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami yakin melalui inisiatif ini, pelatih PLKN bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran teknikal mereka, tetapi juga membina jati diri yang kuat sebagai rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Lawatan ini menjadi bukti kukuh bahawa kerjasama antara institusi pendidikan tinggi dan kerajaan mampu menghasilkan impak yang besar untuk pembangunan belia negara,&#8221; ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, prbincangan ini merupakan satu langkah strategik untuk memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan tinggi dan pihak kerajaan dalam menyokong agenda pembangunan belia melalui TVET.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/1-5-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-22278\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/1-5-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/1-5-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/1-5-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/1-5-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/1-5-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/1-5.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff (tengah) dan Pengarah Operasi Latihan JLKN, Kolonel Mazlizan Shaikh Osman (dua,kanan) memegang buku Siri Manual Fizikal PLKN bergambar bersama barisan pengurusan tertinggi UPSI di Bilik Mesyuarat Bahagian Keselamatan UPSI.<br><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cLawatan kerja ini juga diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan generasi muda yang bersedia menghadapi cabaran masa depan, sejajar dengan aspirasi negara untuk melahirkan tenaga kerja berkualiti dan berinovasi,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &amp; Inovasi) UPSI, Prof. Dr. Suriani Abu Bakar; Pengarah, Akademik &amp; Antarabangsa UPSI, Prof. Madya Dr. Ridzwan Che Rus; Timbalan Dekan (Akademik &amp; Antarabangsa) FTV UPSI, Prof. Madya Dr. Zaliza Hanapi; Timbalan Dekan (Penyelidikan &amp; Inovasi) FTV UPSI, Dr. Norhanizan Usaizan; Timbalan Dekan ( Jaringan Industri &amp; Pengkomersilan) FTV UPSI, Dr. Zahidah Ab Latif; Timbalan Pendaftar FTV UPSI, En. Ahmad Tarmizi Al Shaari; Penolong Pengarah Operasi Latihan JLKN, Mej. Mohamad Herme Basri; Komandan CLKN 505, Mej. Norizwan Shah Kastori; Timbalan Komandan Latihan CLKN 505, Kapt. Mohamad Shahril Mohamad Sofi; Timbalan Komandan Latihan CLKN 515, Kapt. Muhammad Shawal Mohamad Lias; Ketua Pengarah Setiausaha (Dasar), Majlis TVET Negara, Ts. Halim Abdullah; Ketua Pengarah Setiausaha (Dasar), Majlis TVET Negara, Dr.Rozita Sulaiman<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak TANJUNG MALIM, 16 Januari 2025 &#8211; Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima lawatan kerja daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bagi membincangkan usaha penambahbaikan sistem latihan Khidmat Negara serta pengukuhan pelaksanaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam kalangan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 1\/2025, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":22273,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,151,172],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22272"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22272"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22272\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22279,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22272\/revisions\/22279"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22273"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22272"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22272"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22272"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}