{"id":22553,"date":"2025-01-24T09:36:02","date_gmt":"2025-01-24T01:36:02","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=22553"},"modified":"2025-01-24T09:36:03","modified_gmt":"2025-01-24T01:36:03","slug":"kerjasama-pintar-upsi-iab-genting-highlands-buka-peluang-pengantarabangsaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/01\/24\/kerjasama-pintar-upsi-iab-genting-highlands-buka-peluang-pengantarabangsaan\/","title":{"rendered":"Kerjasama Pintar UPSI-IAB Genting Highlands Buka Peluang Pengantarabangsaan"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>GENTING HIGHLANDS, 23 Januari 2024<\/strong> &#8211; Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan lawatan rasmi ke Institut Aminuddin Baki cawangan Genting Highlands (IABCGH), dalam usaha memperkukuhkan kerjasama strategik dalam bidang pendidikan dan pengantarabangsaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Delegasi UPSI seramai 11 orang kakitangan yang diketuai oleh Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UPSI Prof. Madya Dr. Mohd Izwan Shahril, disambut baik oleh Pengarah IAB Cawangan Genting Highlands, Encik Norazmir Ahmad, bersama barisan pegawai kanan institut tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Norazmir Ahmad, IABCGH amat berbesar hati dengan peluang dapat merealisasikan Program Kerjasama Pintar Pengantarabangsaan UPSI-IAB dalam memperkukuh usaha ke arah latihan pemimpin pendidikan bertaraf global<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram ini merupakan rentetan kunjungan pihak IAB ke UPSI pada 2 Januari lalu yang memberi impak positif dalam kerjasama ini. Kami juga komited untuk meneroka lebih banyak peluang kerjasama pada masa akan datang.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-9-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-22555\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-9-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-9-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-9-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-9-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-9-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-9.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Delegasi UPSI bergambar bersama barisan pegawai IABCGH ketika dibawa melawat ke Sudut Aminuddin Baki.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cIa menjadi platform penting untuk meningkatkan kualiti latihan, profesionalisme, dan inovasi dalam sektor pendidikan negara dalam melahirkan pemimpin pendidikan tanah air.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, dengan adanya sinergi antara UPSI dan IAB pelbagai inisiatif baharu dapat dilaksanakan untuk memperkasa sektor pendidikan di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;\u201cKami berharap kolaborasi ini dapat memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak. Usaha bersama ini bukan sahaja meningkatkan kualiti pendidikan tetapi juga melahirkan pemimpin pendidikan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan aluan dalam Program Kerjasama Pintar Pengantarabangsaan IABCGH-BKK UPSI di Dewan Antarabangsa, IABCGH, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-6-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-22556\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-6-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-6-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-6-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-6-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-6-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-6.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Dari kiri, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Profesor Madya Dr. Mohd Izwan Shahri; Pengarah IAB Cawangan Genting Highlands, Encik Norazmir Ahmad dan Timbalan Pengarah BKK UPSI, Prof. Madya Dr. Ghazali Din ketika sesi perbincangan berlangsung di Dewan Antarabangsa, IABCGH.<br>\u00a0<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Katanya, program pengantarabangsaan adalah penting dalam melahirkan pemimpin pendidikan yang berdaya saing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam dunia yang semakin global, kita perlu memastikan pemimpin pendidikan kita bukan sahaja memahami konteks tempatan tetapi juga bersedia menghadapi cabaran antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan kerjasama UPSI, saya yakin kita berada di landasan yang betul untuk merealisasikan visi tersebut,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Delegasi UPSI turut diberi taklimat khas mengenai sejarah, visi, dan misi IAB serta kemudahan latihan yang tersedia, termasuk dewan auditorium, bilik kuliah, dan fasiliti yang tersedia.<\/p>\n\n\n\n<p>Topik perbincangan meliputi strategi komunikasi pendidikan, pengurusan krisis dan pendekatan inovatif dalam penyampaian maklumat serta program pengantarabangsaan yang boleh dijalankan bersama.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Profesor Madya Dr. Mohd Izwan Shahril, turut menyuarakan keyakinan beliau terhadap kerjasama strategik ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4-3-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-22557\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4-3-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4-3-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4-3-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4-3-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4-3-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4-3.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi perbincangan yang berlangsung Dewan Antarabangsa, IABCGH semasa Program Kerjasama Pintar Pengantarabangsaan IABCGH-BKK UPSI<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cLawatan ini membuka lembaran baharu dalam hubungan kerjasama antara UPSI dan IAB. Kami percaya program ini akan menyumbang kepada peningkatan kecemerlangan pendidikan melalui perkongsian ilmu dan kepakaran.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI sentiasa komited untuk memperkukuhkan kerjasama dengan institusi seperti IAB, kerana kami yakin sinergi ini mampu menjana inovasi baharu yang relevan dengan keperluan pendidikan masa kini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni amat penting dalam usaha mencipta penyelesaian inovatif kepada cabaran semasa dalam bidang pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, selain daripada memperkukuhkan hubungan institusi, lawatan ini juga memberi peluang kepada pegawai-pegawai kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan dan pengalaman.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerjasama ini juga akan membuka ruang untuk pelaksanaan program-program latihan bertaraf antarabangsa yang memberi manfaat kepada seluruh ekosistem pendidikan di negara ini,\u201d kata beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama Timbalan Pengarah Cawangan IABCGH, En. Mohd Zaidi Basir; Timbalan Pengarah BKK UPSI, Prof. Madya Dr. Ghazali Din; Timbalan Pendaftar IABCGH, Dr. Mohamad Nizam Arshad; Ketua Jabatan Kerjasama Luar dan Antarabangsa IABCGH, Dr. Azyanzuhaila Hasan Basri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak GENTING HIGHLANDS, 23 Januari 2024 &#8211; Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan lawatan rasmi ke Institut Aminuddin Baki cawangan Genting Highlands (IABCGH), dalam usaha memperkukuhkan kerjasama strategik dalam bidang pendidikan dan pengantarabangsaan. Delegasi UPSI seramai 11 orang kakitangan yang diketuai oleh Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UPSI Prof. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":22554,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[149],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22553"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22553"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22553\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22558,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22553\/revisions\/22558"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22554"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22553"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22553"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22553"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}