{"id":22629,"date":"2025-01-27T08:40:57","date_gmt":"2025-01-27T00:40:57","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=22629"},"modified":"2025-01-27T08:40:58","modified_gmt":"2025-01-27T00:40:58","slug":"upsi-lancar-kad-budi-bitara-hargai-jasa-pesara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/01\/27\/upsi-lancar-kad-budi-bitara-hargai-jasa-pesara\/","title":{"rendered":"UPSI Lancar Kad Budi Bitara, Hargai Jasa Pesara"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJUNG MALIM, 24 Januari 2025 \u2014 <\/strong>Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini melancarkan Kad Budi Bitara, satu inisiatif khas sempena Majlis Jasamu Dikenang UPSI 2024, sebagai tanda penghargaan kepada pesara universiti atas sumbangan dan khidmat bakti mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff, berkata, pelancaran Kad Budi Bitara ini merupakan langkah proaktif universiti dalam menghargai jasa pesara yang telah menyumbang kepada pembangunan institusi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKad ini adalah simbol penghormatan dan tanda penghargaan kami terhadap komitmen tinggi para pesara yang telah berkhidmat demi kecemerlangan universiti.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.34-1-1-1024x683.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-22631\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.34-1-1-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.34-1-1-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.34-1-1-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.34-1-1-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.34-1-1-600x400.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.34-1-1.jpeg 1600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pesara UPSI bergambar bersama pengurusan tertinggi UPSI sambil memegang Kad Budi Bitara yang diterima sempena Majlis Jasamu Dikenang 2024 yang diadakan di Muallim Ballroom, Scholar Suites, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cMereka adalah tulang belakang kepada kejayaan UPSI dan kami berharap kemudahan yang disediakan dapat memberi manfaat kepada mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas beliau, kad ini bakal menawarkan pelbagai kemudahan eksklusif termasuk akses kepada perkhidmatan perpustakaan , kemudahan sewaan fasiliti di UPSI dan Universiti Holdings Sdn. Bhd. (UHSB) pada kadar kakitangan serta akses ke fasiliti di kedua-dua kampus UPSI seperti kolam renang, gelanggang bowling, gimnasium, dan pelbagai kemudahan lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKad Budi Bitara yang diberikan kepada semua pesara UPSI adalah pengiktirafan kepada dedikasi mereka dalam memperkasakan sektor pendidikan dan pembangunan universiti.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.34-1024x683.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-22632\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.34-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.34-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.34-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.34-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.34-600x400.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.34.jpeg 1600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Replika Kad Budi Bicara yang dilancarkan oleh UPSI sempena Majlis Jasamu Dikenang 2024 yang diadakan di Muallim Ballroom, Scholar Suites, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan sesi pelancaran Kad Budi Bitara sempena Majlis Jasamu Dikenang 2024 bertempat di Muallim Ballroom, Scholar Suites, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, inisiatif ini juga menunjukkan komitmen universiti untuk terus membina hubungan yang erat dengan para pesara walaupun mereka tidak lagi bertugas secara aktif.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPesara adalah sebahagian daripada keluarga besar UPSI, dan kami mahu memastikan mereka sentiasa merasa dihargai dan diberi keistimewaan dalam menikmati kemudahan yang universiti tawarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau lagi, Kad Budi Bitara ini bukan sekadar kemudahan fizikal tetapi juga simbolik kepada penghormatan universiti terhadap pengalaman dan kepakaran pesara.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1020\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.33-1.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-22633\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.33-1.jpeg 1020w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.33-1-300x226.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.33-1-768x578.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.33-1-600x452.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1020px) 100vw, 1020px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berucap sempena Majlis Jasamu Dikenang 2024 yang diadakan di Muallim Ballroom, Scholar Suites, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cKami berharap Kad Budi Bitara ini menjadi inspirasi kepada staf yang masih berkhidmat untuk terus memberikan yang terbaik kepada universiti. Komitmen dan integriti yang ditunjukkan oleh para pesara perlu dicontohi oleh generasi baru,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Pendaftar UPSI, En. Helmi Zaifura Abdul Rahman, berkata bahawa pihak UPSI juga turut menyediakan pelbagai inisiatif lain bagi menghargai jasa para pesaranya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, antara inisiatif yang diwujudkan adalah sumbangan kepada pesara seperti sumbangan ke hospital sebanyak RM100, sumbangan kematian sebanyak RM300, dan sumbangan penyakit kritikal sebanyak RM1,000.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"850\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.33-1024x850.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-22634\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.33-1024x850.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.33-300x249.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.33-768x637.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.33-1536x1275.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.33-600x498.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-24-at-21.31.33.jpeg 1600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff (4 dari kanan) serta barisan pengurusan UPSI bergambar bersama pesara UPSI dalam Majlis Jasamu Dikenang 2024 yang diadakan di Muallim Ballroom, Scholar Suites, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cInisiatif kedua adalah penyediaan \u2018Wall of Fame\u2019 yang sedang dalam proses untuk penyediaan spesifikasi dan draf reka bentuk akhir yang dijangka siap pada Mac tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWall of Fame ini akan memaparkan ukiran nama-nama pesara di atas kayu yang akan kekal dipamerkan di sekeliling ruang legar Aras 1 bangunan Canselori.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau lagi, inisiatif ketiga ialah program khas bagi bakal-bakal pesara untuk menerima program pendedahan seawal dua tahun sebelum persaraan bagi mempersiapkan mereka menghadapi dunia persaraan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPelbagai inisiatif yang diwujudkan oleh pihak UPSI bagi mencerminkan usaha kami untuk mengekalkan hubungan baik dengan bekas kakitangan, di samping menyokong keperluan mereka dalam menjalani kehidupan selepas persaraan,\u201d kata beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis Jasamu Dikenang 2024 yang diadakan dengan penuh kemeriahan ini, dihadiri oleh lebih 100 pesara serta ahli keluarga mereka. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan seni dan penyampaian anugerah serta cenderamata kepada pesara UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik &amp; Antarabangsa) UPSI, Prof Dr. Abdul Rahim Razalli; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar &amp; Alumni) UPSI, Prof Dr. Norkhalid Salimin; Bendahari UPSI, En. Mohamad Najib Mohamed; Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof Madya Dr. Mohd Izwan Shahril.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak TANJUNG MALIM, 24 Januari 2025 \u2014 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini melancarkan Kad Budi Bitara, satu inisiatif khas sempena Majlis Jasamu Dikenang UPSI 2024, sebagai tanda penghargaan kepada pesara universiti atas sumbangan dan khidmat bakti mereka sepanjang tempoh perkhidmatan. Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff, berkata, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":22630,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[202,136],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22629"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22629"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22629\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22635,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22629\/revisions\/22635"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22630"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22629"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22629"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22629"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}