{"id":22678,"date":"2025-01-27T10:37:41","date_gmt":"2025-01-27T02:37:41","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=22678"},"modified":"2025-01-27T10:37:42","modified_gmt":"2025-01-27T02:37:42","slug":"upsi-anjur-forum-pendidikan-tinggi-malaysia-uzbekistan-februari-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/01\/27\/upsi-anjur-forum-pendidikan-tinggi-malaysia-uzbekistan-februari-ini\/","title":{"rendered":"UPSI Anjur Forum Pendidikan Tinggi Malaysia-Uzbekistan Februari Ini"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJUNG MALIM, 27 Januari 2025 &#8211;<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal menganjurkan Forum Pendidikan Tinggi Malaysia dan Uzbekistan bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAS), UPSI yang dijadualkan berlangsung pada 4 Februari 2025 nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Timbalan Menteri Luar Negeri Uzbekistan, H.E. Mr. Ilkhom Khaydarov, forum tersebut dijangka menjadi platform penting bagi memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Uzbekistan dalam sektor pendidikan tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cForum ini bakal menghimpunkan para akademik, pakar pendidikan, serta pembuat dasar dari kedua-dua negara untuk membincangkan pelbagai isu strategik dan peluang kerjasama dalam bidang pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia dan Uzbekistan mempunyai banyak persamaan dalam komitmen terhadap bidang pendidikan tinggi.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-10-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-22680\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-10-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-10-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-10-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-10-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-10-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/2-10.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Timbalan Menteri Luar Negeri Uzbekistan, H.E. Mr. Ilkhom Khaydarov (enam dari kanan) bersama delegasi bergambar bersama pengurusan tertinggi UPSI ketika mengadakan kunjungan rasmi di Scholar\u2019s Suites, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cForum ini memberikan peluang unik untuk kami bertukar pandangan dan pengalaman serta membina jambatan untuk kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha dan kesungguhan UPSI sebagai penganjur dalam menjayakan forum bertaraf antarabangsa ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLokasi penganjuran yang strategik serta perancangan yang teliti mencerminkan komitmen universiti ini terhadap kecemerlangan akademik dan pembangunan global.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika hadir mengadakan kunjungan rasmi ke UPSI bersama delegasi negara itu dalam satu lawatan kerja yang bertujuan memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang pendidikan tinggi.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-7-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-22681\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-7-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-7-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-7-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-7-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-7-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/3-7.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Delegasi Uzbekistan bergambar di pintu utama Kampus Sultan Azlan Shah UPSI, ketika mengadakan kunjungan rasmi ke universiti berkenaan<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Antara aspek utama yang dibincangkan adalah penganjuran Forum Pendidikan Tinggi Malaysia dan Uzbekistan, pertukaran pelajar dan pensyarah, penyelidikan bersama serta inisiatif pembangunan program akademik yang berpotensi membawa manfaat jangka panjang kepada institusi pendidikan di Malaysia dan Uzbekistan.<\/p>\n\n\n\n<p>Delegasi Uzbekistan turut diberi taklimat khas mengenai keupayaan dan kemudahan UPSI sebagai institusi pendidikan tinggi terkemuka negara serta meluangkan masa meninjau lokasi penganjuran Forum Pendidikan Tinggi Malaysia dan Uzbekistan yang dijadualkan berlangsung pada 4 Februari 2025 ini bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAS), UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui hubungan erat antara Malaysia dan Uzbekistan, khususnya dalam sektor pendidikan, penganjuran forum tersebut mampu memperkaya pengalaman akademik dan profesional kedua-dua negara,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Timbalan Naib Canselori (Akademik &amp; Antarabangsa) UPSI, Prof Dr Abdul Rahim Razalli, menyatakan kesediaan universiti untuk memainkan peranan aktif dalam memacu hubungan akademik di peringkat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4-4-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-22682\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4-4-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4-4-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4-4-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4-4-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4-4-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/4-4.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Timbalan Menteri Luar Negeri Uzbekistan, H.E. Mr. Ilkhom Khaydarov ketika menandatangani buku pelawat ketika mengadakan kunjungan rasmi delegasi Uzbekistan ke UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, penganjuran forum ini mencerminkan komitmen UPSI untuk terus memacu kecemerlangan pendidikan di peringkat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cForum ini merupakan platform penting untuk memacu dialog konstruktif antara kedua-dua negara, sekali gus memperkukuh hubungan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi. Lawatan kerja ini juga menjadi langkah awal dalam menjayakan matlamat tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cForum ini merupakan langkah signifikan dalam usaha mengukuhkan hubungan akademik antara Malaysia dan Uzbekistan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI komited untuk menjadikan forum ini sebagai medan pertukaran idea dan inovasi dalam pendidikan tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, melalui pelbagai inisiatif yang dirancang, UPSI berupaya untuk terus memperkukuh kedudukannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami menantikan perbincangan yang membuahkan hasil dan penubuhan perkongsian bermakna yang akan memberi manfaat bukan sahaja kepada institusi kami tetapi juga generasi masa depan kedua-dua negara,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia, H.E. Dr. Karomidin Gadoev; Pengarah Akademik &amp; Antarabangsa UPSI, Prof Madya Dr. Ridzwan Che Rus; Dekan, Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi UPSI, Prof. Madya Dr. Ing Maizatul Hayati Mohamad Yatim; Dekan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI, Prof Madya Dr. Mazura @ Mastura Muhammad; Timbalan Pengarah 2, Pusat Antarabangsa dan Mobiliti UPSI, Dr. Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak TANJUNG MALIM, 27 Januari 2025 &#8211; Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal menganjurkan Forum Pendidikan Tinggi Malaysia dan Uzbekistan bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAS), UPSI yang dijadualkan berlangsung pada 4 Februari 2025 nanti. Menurut Timbalan Menteri Luar Negeri Uzbekistan, H.E. Mr. Ilkhom Khaydarov, forum tersebut dijangka [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":22679,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[191,156],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22678"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22678"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22678\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22683,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22678\/revisions\/22683"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22679"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22678"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22678"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22678"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}