{"id":23069,"date":"2025-02-17T08:57:24","date_gmt":"2025-02-17T00:57:24","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=23069"},"modified":"2025-02-17T08:57:25","modified_gmt":"2025-02-17T00:57:25","slug":"wezas-agih-zakat-2-5-juta-bantu-pelajar-dan-kakitangan-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/02\/17\/wezas-agih-zakat-2-5-juta-bantu-pelajar-dan-kakitangan-upsi\/","title":{"rendered":"WEZAS AGIH ZAKAT 2.5 JUTA BANTU PELAJAR DAN KAKITANGAN UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh; Mohd Abdul Nasir Abd Latif<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 14 Februari 2025 &#8211; <\/strong>Tahun 2024 telah melabuhkan tirainya dengan catatan agihan zakat yang telah disempurnakan oleh Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, khairat dan Sedekah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (WEZAS UPSI) sebanyak RM2,492,200.56 kepada 4,505 penerima dalam kalangan pelajar dan kakitangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Agihan ini melibatkan 14 skim bantuan yang bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan, terutamanya dalam aspek sara hidup, pembayaran yuran pengajian, perubatan, serta keperluan pendidikan lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Bantuan terbesar diberikan melalui Skim Bantuan Sara Hidup, di mana sebanyak RM1,874,030.50 telah diagihkan kepada 3,960 penerima yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan mereka dalam menampung keperluan harian. Selain itu, Skim Bantuan Dermasiswa turut memberikan sumbangan yang besar, iaitu sebanyak RM238,373.20 kepada 108 pelajar bagi menyokong keperluan pendidikan mereka.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-16-at-11.43.51-1024x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-23072\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-16-at-11.43.51-1024x1024.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-16-at-11.43.51-300x300.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-16-at-11.43.51-150x150.jpeg 150w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-16-at-11.43.51-768x768.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-16-at-11.43.51-600x600.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-16-at-11.43.51-100x100.jpeg 100w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-16-at-11.43.51-24x24.jpeg 24w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-16-at-11.43.51-48x48.jpeg 48w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-16-at-11.43.51-96x96.jpeg 96w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-16-at-11.43.51.jpeg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Dari segi pembayaran yuran, Skim Bantuan Yuran telah membantu 15 pelajar dengan jumlah sebanyak RM12,865.50, manakala Skim Bantuan Yuran Pasca Siswazah pula sebanyak RM3,352.60 telah disalurkan kepada 2 pelajar. <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk pelajar baharu, Skim Bantuan Pendaftaran Semester 1 telah mencatatkan sebanyak RM193,500.00 kepada 93 pelajar bagi menampung kos pendaftaran awal pengajian mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, WEZAS UPSI turut prihatin terhadap kebajikan kakitangan dengan menyediakan Skim Bantuan Persekolahan Anak Staf. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebanyak RM22,500.00 telah diagihkan kepada kepada 59 kakitangan untuk membantu perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka yang berjumlah 190 orang. <\/p>\n\n\n\n<p>Skim Bantuan IPT anak-anak kakitangan juga telah disediakan dengan jumlah RM10,000.00 untuk 8 pelajar, sementara Skim Bantuan Sara Hidup untuk Kakitangan UPSI diperuntukkan sebanyak RM12,500.00 kepada 4 kakitangan yang memerlukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pelajar yang menghadapi situasi kecemasan atau masalah kesihatan, Skim Bantuan Musibah dan Perubatan telah menyalurkan RM9,519.00 kepada 4 pelajar. <\/p>\n\n\n\n<p>WEZAS UPSI juga membantu pelajar dalam mendapatkan kemudahan pembelajaran dengan menyediakan Skim Bantuan Pembelian Komputer Riba, di mana 44 pelajar telah menerima bantuan ini dengan melibatkan kos sebanyak RM75,336.50 untuk membeli komputer riba bagi tujuan akademik.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Skim Bantuan Zakat Segera telah diberikan kepada 188 pelajar dengan jumlah sebanyak RM14,810.00 bagi membantu mereka yang memerlukan sokongan kewangan segera. <\/p>\n\n\n\n<p>Skim Bantuan Pelajar Bekerja pula telah membantu 4 pelajar dengan jumlah RM4,063.26 sebagai bentuk sokongan tambahan. Dalam usaha menyokong program keagamaan, Skim Bantuan Program Syiar Islam telah menyalurkan RM1,000.00 kepada 1 pelajar yang terlibat dalam aktiviti keagamaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhir sekali, Skim Bantuan Am Pelajaran turut disediakan dengan jumlah RM350.00 kepada 1 pelajar bagi menampung keperluan pendidikan am.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, agihan zakat UPSI bagi tahun 2024 telah memberi manfaat yang besar kepada ribuan pelajar dan kakitangan. Bantuan ini bukan sahaja membantu penerima dalam aspek kewangan, tetapi juga memastikan mereka dapat meneruskan pengajian dan kehidupan dengan lebih baik. <\/p>\n\n\n\n<p>UPSI komited untuk terus menyalurkan dana zakat kepada mereka yang memerlukan agar kesejahteraan komuniti universiti dapat terus terpelihara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh; Mohd Abdul Nasir Abd Latif Tanjong Malim, 14 Februari 2025 &#8211; Tahun 2024 telah melabuhkan tirainya dengan catatan agihan zakat yang telah disempurnakan oleh Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, khairat dan Sedekah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (WEZAS UPSI) sebanyak RM2,492,200.56 kepada 4,505 penerima dalam kalangan pelajar dan kakitangan. Agihan ini melibatkan 14 skim bantuan yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":23071,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1,123],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23069"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23069"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23069\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23073,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23069\/revisions\/23073"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23071"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23069"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23069"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23069"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}