{"id":23112,"date":"2025-02-19T16:30:06","date_gmt":"2025-02-19T08:30:06","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=23112"},"modified":"2025-02-19T16:30:08","modified_gmt":"2025-02-19T08:30:08","slug":"upsi-dan-ikim-meterai-memorandum-persefahaman-mou-bagi-kerjasama-akademik-dan-penyelidikan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/02\/19\/upsi-dan-ikim-meterai-memorandum-persefahaman-mou-bagi-kerjasama-akademik-dan-penyelidikan\/","title":{"rendered":"UPSI DAN IKIM METERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) BAGI KERJASAMA AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN"},"content":{"rendered":"\n<p><sub>Pertukaran dokumen MoU disempurnakan oleh Ketua Pengarah IKIM dan Naib Canselor UPSI, disaksikan oleh Dekan FSK dan wakil IKIM<\/sub><\/p>\n\n\n\n<p>Oleh: Dr Nurul Aini Mehat<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kuala Lumpur, 18 Februari 2025 \u2013<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) secara rasmi telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuhkan kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis menandatangani perjanjian ini berlangsung di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh wakil utama dari tiga institusi, iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Islamic Banking &amp; Finance Institute Malaysia (IBFIM). Dalam majlis ini, tiga MoU telah dimeterai, masing-masing antara IKIM dan UPSI, UTHM dan IBFIM MoU ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik antara institusi, menggalakkan kolaborasi dalam pelbagai bidang penyelidikan, serta memperluas jaringan akademik bagi meningkatkan impak keilmuan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture4-8-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-23113\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture4-8-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture4-8-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture4-8-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture4-8-600x450.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture4-8.jpg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>IKIM mengucapkan penghargaan kepada pihak UPSI, UTHM dan IBFIM atas kesediaan mereka untuk kerjasama dalam membentuk sinergi melalui MoU yang dimeterai. &#8220;Semoga MoU ini membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat dan meluas dalam pelbagai bidang yang boleh diteroka bersama. IKIM percaya bahawa setiap institusi yang hadir memiliki kepakaran dan keunikan tersendiri,&#8221; ujar Prof. Madya Datuk Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM, yang turut meraikan ulang tahun IKIM ke-33.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau \u201cSinergi antara tiga institusi sebagai gedung ilmu, bersama peranan IKIM sebagai badan pemikir Islam, diharapkan dapat memberikan manfaat yang besar kepada pemegang taruh dan masyarakat.\u201d<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"729\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture5-3-1024x729.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-23115\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture5-3-1024x729.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture5-3-300x214.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture5-3-768x547.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture5-3-1536x1094.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture5-3-2048x1458.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture5-3-600x427.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UPSI, Profesor Dato&#8217; Dr. Md Amin Md Taff merakamkan penghargaan kepada IKIM atas kesediaannya menjadi rakan strategik dalam kolaborasi bersama Fakulti Sains Kemanusiaan. Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuh kefahaman Islam, menyumbang kepada penyelidikan akademik, dan melahirkan generasi Muslim yang berilmu, berakhlak, serta beradab. Inisiatif ini, yang dipimpin oleh Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) dengan pelbagai jabatan dan disiplin ilmu dalamnya, membentuk sinergi kepakaran untuk mencapai matlamat tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>UPSI komited melahirkan modal insan bitara melalui pendidikan holistik dan jaringan strategik dengan industri seperti IKIM. Kejayaan ini membolehkan UPSI tersenarai antara universiti terbaik Malaysia. &#8220;Alhamdulillah, hasil usaha gigih, UPSI kini berkembang pesat dan berada dalam kelompok universiti terbaik di Malaysia,&#8221; ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sasaran kami adalah untuk meletakkan UPSI dalam kalangan 100 universiti terbaik dunia dalam bidang pendidikan menjelang 2030. Agenda besar ini akan dapat dicapai sekiranya setiap warga UPSI, termasuk warga FSK, berfungsi dengan penuh dedikasi dan profesionalisme,&#8221; tambahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi tahun 2024, UPSI turut meraih banyak pencapaian cemerlang yang membanggakan, yang diharapkan dapat memberi suntikan semangat bagi terus mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang. Kini, UPSI berada di ranking ke 126-150 dalam <em>The World University Ranking<\/em> 2025 dalam bidang penyelidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dekan FSK, Prof. Madya Ts. Dr. Nor Kalsum Mohd Isa, berkata, &#8220;Saya amat berbangga dan teruja dengan kolaborasi ini. Diharapkan kerjasama ini tidak hanya membuka peluang untuk meningkatkan kualiti penyelidikan akademik, tetapi juga memberikan ruang kepada kami untuk menyumbang lebih banyak pengetahuan dan kepakaran kepada masyarakat.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture6-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-23116\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture6-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture6-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture6-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture6-600x450.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture6.jpg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Barisan wakil utama dalam Majlis Persefahaman (MoU)<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture7-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-23117\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture7-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture7-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture7-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture7-600x450.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/Picture7.jpeg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Barisan akademik dan pentadbiran FSK<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Kerjasama strategik antara tiga institusi bersama IKIM ini diharapkan dapat terus memperkukuh kecemerlangan akademik UPSI serta menyumbang kepada aspirasi negara dalam melahirkan masyarakat berilmu. Pihak universiti merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dan berharap jalinan ini memberikan impak positif yang berterusan. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi UPSI untuk menjadi antara 100 universiti terbaik dunia menjelang 2030, sekaligus memberi manfaat dalam pembangunan ilmu dan masyarakat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pertukaran dokumen MoU disempurnakan oleh Ketua Pengarah IKIM dan Naib Canselor UPSI, disaksikan oleh Dekan FSK dan wakil IKIM Oleh: Dr Nurul Aini Mehat Kuala Lumpur, 18 Februari 2025 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) secara rasmi telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuhkan kerjasama dalam bidang akademik dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":23118,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[166,138,17],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23112"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23112"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23112\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23119,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23112\/revisions\/23119"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23118"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23112"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23112"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23112"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}